Friday 28 October 2011

MAK | FAMILY DAY | SANI

Hari ni birthday mak
Balik kerja aku wish kat mak
Selamat hari lahir ke 53 mak
Aku salam, cium tangan mak
Kalau selalu mak cium pipi aku
Hari ini aku cium pipi mak
Aku peluk mak kuat-kuat
"SAYANG MAK", aku cakap dalam hati
Kami tak celebrate ape2 pun :-(
Tapi esok lan bawak mak cuti kat PD ok :-)

Esok aku bawak wife & parent gi PD
2 hari 1 malam
Ofis aku buat family day kat Tiara Beach Resort
Kiranya hadiah untuk mak la ni hehe :-P

Sani; aku kenal sejak zaman uni
Kira-kira ni tahun ke-11 persahabatan kami
Esok adalah tarikh keramat Sani
Sebabnya?
Sani nak nikah esok
Akhirnya kawin jugak kau Sani
Sani orangnya yang sangat memilih calon isteri
Pernah satu masa dulu dia cakap kat aku
Dia target tahun 2011 mesti kawin
Tercapai sudah azam kau Sani
Aku tak dapat hadir majlis ko esok kat Slim River
InsyaAllah aku pi belah hang kat Sg Petani nanti
Selamat Pengantin Baru Sani
Semoga berbahagia dengan pilihan hati

posted from Bloggeroid

Thursday 27 October 2011

Penantianku Berakhir...

Alhamdulillah
Penantian aku selama ini berakhir
Hampir 3 tahun aku menunggu
Walaupun rezeki PGM tak menyebelahi aku...

Tapi aku bersyukur
Sekurang-kurangnya aku dapat confirmation
Terima kasih Perkhidmatan Awam
Terima kasih Ya Allah...

p/s: Lepas ni boleh la merasa duit EPF :)

Monday 17 October 2011

Murtabak Kg Melayu Majidee

Khamis lepas aku dgn Munir ke JB atas urusan kerja yang mana korang boleh baca kat sini. Disebabkan sampai awal, so kitorang pun ingat nak lepak kejap kat masjid sementara tunggu masuk waktu Zohor. Cari punya cari last2 kitorang jumpa Masjid Kg Melayu Majidee.


Lepas solat Zohor, kitorang decide nak carik kedai makan. Mula2 pikir malas nak naik keta. Pastu nampak kedai ni depan pintu masjid.
Murtabak Kg Melayu Azo 96
Masa aku check-in Masjid Kg Melayu Majidee guna Facebook, ramai gak orang check-in kat kedai ni. Kedai ni memang core business die jual murtabak kot. Sampai depan kedai macam x confident dah bukak ke kedai ni pasal baru pukul 1 lebih. Customer pun xde. Tapi mamat kat bawah ni tengah rancak buat murtabak. Aku tapau je murtabak daging sebab nak makan lepas makan nasi. Apekah??? Gile ape lepas makan nasi makan murtabak lagi. Ade mak kesah....

Korang tengok ajelah saiz murtabak die besar gedabak. Kalau xsilap, murtabak jenis ni memang popular kat Johor. Ade yang panggil murtabak singapore. Agaknye orang Singapore memang kuat makan kot; contoh mcm rojak singapore tu. Penah gak dulu beli murtabak saiz camni masa tu kat Ayer Hitam dekat dengan petrol station. Sebab dah lama x mkn murtabak Singapore saje la nak try compare dgn murtabak kat Ayer Hitam tu.
Dah x nampak tanagn. Laju betul mamat ni buat murtabak gamaknye
Mmm...not bad. Aku tak dapat nak beza murtabak ni dgn yang kat Ayer Hitam tu lebih kurang je rasanya hehehe (bab makan aku memang tak memilih sebab tulah aku x boleh komen lebih2). Untuk info, murtabak ni memang banyak perbezaan dgn murabak yang biasa kita tengok kat pasar malam tu. Kalau murtabak biasa filling tu digaul sekali dengan telur dalam kole baru dituang atas roti canai, yang jenis ni pulak bahan2 letak satu persatu atas roti canai tu, pastu die  bawang banyak. Bentuk pulak yang murtabak biasa tu empat segi sama - tebal, yang murtabak ni empat segi tepat - nipis.

Saiz besar harga pun besar
AB: Gambar time makan murtabak ni x sempat nak amik gara-gara kitorang kelaparan.

Thursday 13 October 2011

Off To JB



Pagi ni aku naik LRT nak ke Johor Bahru lebih tepat lagi Tebrau. Hari ni ade site study sebab lepas ni maybe nak kena wat design. Tapi boleh ke naik LRT gi JB?

Jawapannya BOLEH. Aku naik LRT pastu turun kat Bukit Jalil. Pastu oficemate aku Munir pick-up aku then kitorang pun off to JB :)



Kat atas ni la Munir kacak orangnya masih single lagi, engineer pulak tu hehehe. Serius btl mamat ni bawak keta. Kata mamat kelate ni die xpenah sampai JB lagi.

Boring dok opis sekali sekala gi jalan2 tengok site ok gak kan. Lama betul dah aku rasa x g outstation. Asyik2 g site kat KL je apa barang. Ade gak bos aku offer g site sarawak tapi keadaan workload yg x mengizinkan aku.

AB: ikutkan hati mmg malas nak g JB sebab byk kerja menunggu kat opis tapi apekan daya SAYA YANG MENURUT PERINTAH dan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

posted from Bloggeroid

Bloggeroid

Arini download bloggeroid from market. Nak test ok ke x application ni. Try upload gambar sbb blogger-droid yg aku guna sblm ni xblh upload gmbr.

posted from Bloggeroid

Wednesday 12 October 2011

Aku jatuh bawah

Lately, boleh dikatakan hari2 aku bukak website ni sebab nak tau status urusan aku dengan diorang macam view kat bawah ni.


(click image to enlarge)
Ya betul. PDP dengan PGM. Urusan PDP tu untuk confirmkan jawatan aku sekarang dam PGM tu untuk upgrade tangga gaji aku based on experience aku sebelum masuk tempat kerja ni dengan harapan dapat la up skit gaji aku seringgit dua. As usual pagi ni check website and status dah bertukar.

(click image to enlarge)
"PERMOHONAN ANDA TELAH SELESAI DIPROSES". Hati aku dah mekar kembang berbunga-bunga. Masakan tidak, 2 bulan lebih aku apply PGM hari ni tgk status DONE. Ingatkan nak follow up dgn org SPA tp aku biarkan dulu sebab pagi ni ade sesi taklimat CPR daripada Pertahanan Awam sempena Hari Keluarga office aku hujung bulan ni. Sesi taklimat tu interesting & kalo ade masa aku nak tulis kat next entry.

So petang tadi aku pun call SPA dengan perasaan yg excited nak tau berapa kenaikan gaji yang aku boleh dapat. camnilah lebih kurang perbualan aku dgn org SPA tu.

En Spa: SPA, boleh saya bantu?
En AB: Nama saya alanbaik. Saya nak tau status PGM saya.
En Spa: Boleh bagi No IC encik?
En AB: xxxxxx-xx-xxxx
En Spa: Maaf encik. Sistem kami xblh check skrg. Boleh tinggalkan no telefon encik?
En AB: 0123456789

Beberapa minit kemudian....

En AB: Hello
En Spa: Ya En alanbaik. Maafkan saya. Permohonan encik x berjaya. Ada 2 alasan. Pertama, walaupun encik kerja swasta kat 3 tempat tapi kat setiap syarikat tu xgenap tempoh setahun. Kedua, masa kat KKM dulu encik berjawatan sambilan. So, jawatan sambilan x dikira sebagai tahun pengalaman bekerja.
En AB: Diam seketika dan jadi blur sekejap (hati berkata "APAKAH???"). Ok, terima kasih.

Aku xboleh nak cakap ape dah. Aku dah jadi bawah (DOWN). Nak argue tapi macam blur macam kena pukau kot. Yang alasan x genap tempoh setahun tu aku boleh terima sebab aku pun pernah dengar kes tu sebelum ni (just cuba nasib je). Tapi bab post sambilan kat KKM dulu x dikira tahun pengalaman tu aku memang xboleh terima. Kemon la SPA, tolong la consider sikit status post sambilan tu bawah sikit je dari post kontrak. Xkan xkira pengalaman kerja kot. Post sambilan ke kontrak ke permenant ke buat kerja sama je tanggungjawab sama je. Adoi....

Aku Ramai Peminat Ke?

Alkisahnye arini bapak bos segala bos2 yang ade kat jabatan aku ni a.k.a Ketua Pengarah (KP) datang ke office aku sebab arini ada majlis penyampaian sijil penghargaan & cenderahati kepada staf2 yang join program bacaan doa, tazkirah & tadarus sempena bulan Ramadhan yang lalu. Dan tanpa diduga aku telah dijemput sebagai tetamu UNDANGAN KHAS kat majlis ni okey! Rupa2nya aku antara penerima sijil penghargaan dek kerana kesetiaan aku menjadi pembaca doa pagi kat building ni (ecececeh...baik sungguh alanbaik baca doa pagi2). 

So arini dapatlah peluang salam n terima sijil drpd KP. Actually, sebelum ni aku penah gak dok dalam 1 meeting dengan dia beliau tapi masa tu dia beliau jadi Timbalan KP tapi arini aku face to face dengan dia beliau sebagai KP. Bangga sikit ajelah... Pastu nak plak mase emcee panggil nama aku tetibe orang dok tepuk tgn n riuh sekejap. "Ai...ramainye peminat", kata Dato KP kat aku. Aku just hehehe aje. Member opis memang suka sakat aku dek kerana ke'baik'an aku ni.

Wednesday 5 October 2011

blogger-droid application

Ok gak kan guna blogger-droid ni kat galaxy tab ni. Search kat market ade pulak benda ni. Try wat entri n publish. Terbaikkkk... Pasni senang la sikit kalo berebut laptop. Guna jari pun boleh hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Demam

Tak taulah nape. Mula2 MIL yang demam kelmarin. Lepas dah ok, adik ipar aku pulak demam semalam. Dah la tgh exam PMR. Risau dibuatnya. Arini pulak wife n FIL aku pulak demam. Tang wife aku pulak dah 2 hari kursus kat Eastin Hotel. Tak taulah sebab mkn mcm2 ke, sebab cuaca ke, sejuk sangat tempat kursus tu gamaknye. Abis segala minyak yg ade kat umah ni dilumur. Wife aku jenis susah nak mkn ubat, drug katanya; Nanti boleh jd 'high' dan blur je sok pagi. Boleh terima eno halia je, badan xsedap katanya. Kesudahannya VOMIT.... Lega sikit rasanya.

Ok la kan sekali sekala demam. Ujian Allah. Demam@sakit ni kan kifarah penebus dosa. Mcm lagu Raihan tu; INGAT SIHAT SEBELUM SAKIT. Kenalah selalu ingat Allah, sabar n redha ketentuanNya. Dah macam profeser not so easy plak hehehe. Diharap semuanya cepat sembuh dan sihat selalu :)



Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 4 October 2011

No Submit No D.O

Adoyai....Ingatkan bila kerja sama line (G2G) ni senang skit nak kawtim tapi jangan harap der....Ingatkan lepas abis tender dah boleh goyang kaki. Cerita pasal tender tu korang boleh baca kat sini.

Ape die DO???
Submit ape pulak???

Korang boleh tanya Encik Google atau secara fahaman aku, DO tu development order atau dalam istilah melayu disebut arahan pembangunan @ perintah pembangunan yang mana arahan tersebut perlu mendapat kelulusan oleh PBT selaku tuan punya tempat yang nak dibangunkan. Untuk tujuan tersebut, pemaju melantik planner, dalam kes ni arkitek sebagai planner akan membuat permohonan kebenaran merancang. Biarpun arkitek selaku org penting (payment mahal tu) untuk proses ni, aku secara tak langsung terkena tempiasnya sebab dalam permohonan tu, terdapat beberapa part yang aku kena comply untuk permohonan tersebut..

Beberapa part yang aku kena comply tu menjawab kepada persoalan berkenaan submit tu. Aku nak betulkan semula ayat aku bukan beberapa part tapi setelah disemak SEMUA PART KERJA AKU KENA SUBMIT OMG!!!!! Submission kepada 2 agensi spt IWK dan SYABAS taklah merisaukan sangat sebab ramai otai2 kat department aku biasa deal dengan diorang tapi kalo dengan DBKL tu jadi masalah sebab aku adalah insan terpilih ~ rasanya aku orang 1st kot terlibat dengan submission DBKL ni. Adoi.....
Banyak giler checklist ni
Proses kebenaran merancang ni memang dah termaktub dalam Kanun Tanah Negara. Nak tak nak kena follow. Lepas proses ni dah setel baru dapat kelulusan pelan bangunan yang mana selagi kelulusan pelan bangunan tak dapat maka bangunan tak boleh didirikan. Atau dengan kata lain selagi proses ni xsetel lagi, walaupun kontraktor dah award, kontraktor tak boleh start kerja. Bila kontraktor tak boleh start kerja, kemungkinan berlakunya EOT. Nampak tak impaknya???

Fuhhh.....lega sikit rasanya. Nasib baik aku ade assistant yang boleh diharap dan membantu apa yang patut dan boss yang memahami masalah anak buahnya. Hidup ini penuh dugaan dan cabaran...biar ape pun halangan dan rintangan akanku tempuhi. Ya Allah....permudahkanlah jalan hidupku dan berikan kekuatan kepada hambaMu ini. Amin....

AB: All d best untuk diri sendiri. Kalo korang ade experience dengan authority sharelah dgn aku. Saya budak baru belajar....

Sunday 2 October 2011

Aku dan numerologi

Numerologi ialah suatu kajian nombor yang mengkaji kecenderungan dan sikap dan tabiat seseorang. Kebiasaannya kajian yang dibuat adalah berdasarkan tarikh lahir seseorang. Setelah tarikh lahir aku ditambah tolak punca kuasa duakan, kajian numerologi  membuktikan bahawa aku mempunyai ciri-ciri berikut:-

1) pendiam & pasif tapi seorang yang aktif di kalangan rakan-rakan (pilih bulu jugak aku ni hehehe)
2) bertanggungjawab dan sangat bermoral (i loike)
3) tak akan mempermainkan orang lain (aku xkan kecewakan korang chewahh)
4) perlu menjadi pintar (maknanya aku belum brapa nak pintar la ni kan)
5) luar nampak kuat, tapi hati lembut (ni kes dalam hati ada taman)
6) sangat berhati-hati dan percaya (memang selalu berhati-hati dalam byk perkara)

Daripada ciri-ciri di atas, tak semua statement tu 100% betul tapi jawapan tu boleh diterima pakai. Diorang yang mengkaji rahsia nombor berdasarkan tarikh lahir ni memang dah mengambilkira macam2 aspek dan biasanya ahli psikologi dan motivator selalu menggunakan teknik untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri seseorang.


AB: tgk balik ciri-ciri kat atas tu, baik-baik belaka je kan. Tak sia-sia nama alanbaik ni. Betul tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...