Thursday 31 May 2012

Berbaloi-Baloi Order Pizza Via PHD Online

Tadi masa kat office wife kol.
"Abang nak makan apa malam ni?"
"Tak payahlah masak. Tadi dah makan banyak bekal nasi goreng. Kenyang lagi ni.", jawab aku.
Pagi-pagi buat breakfast, rajin kan wife aku. Up sikit hehehe. Hari ni stayback kat office sebab nak setelkan design. Dukacita tak dapat nak siapkan hari ni jugak. HUHUHU

Inilah design syok sendiri namanya
Bila dah buat kerja sampai lewat petang, perut pulak berkeroncong. Barulah terasa lapar. La... patut pun, hujan rupanya memang laparlah perut time-time gini.

Kesian pulak nak bagitau wife suruh masak. Ye lah kan, tetiba je berubah fikiran. Dia pun kerja jugak. Hurmmm nak wat camne nih....

Ting!!! Idea sudah mari.



Plan asal nak ajak wife makan luar jek. Tapi memandangkan hujan, online order & delivery ajelah. Tunggu je orang datang bagi salam. Pastu buat-buat lupa bayar memang nak kena sekeh jawabnya.

Nak tau, kalau online order ni boleh beli buy 1 free 1. Jimat dan berbaloi-baloi.


Nak dijadikan cerita, kat rumah ni ada plak coupon. Hanya bayar RM10 untuk tambah 1 regular pizza lagi. Hamek kaw muka dah macam pizza dah masing-masing. Malam ni kita makan pizza sampai lebam. Untuk 3 keping regular pizza ni aku hanya perlu bayar RM32 sahaja. Free delivery charge. Untung kan. Eh...eh...ada orang bagi salam. Jangan lupa bayar atau anda saja mencari nahas untuk disekeh. Yang ditunggu sudah tiba. Bagus, sampai awal kurang dari 30 minit.


Tadaa....bab pilihan pizza ni aku serahkan pada wife aku sebab dia pakar rasa. Kami order chicken galore, tasty masala dan beef & mushroom. Rasanya memang tak mengecewakan. Sedap dan menyelerakan. Tambahan pula perut ni dari tadi terasa lapar.


Kalau makan ramai-ramai best jugak ni tapi apakan daya kami tinggal berdua je, takkan nak hadap semua ni. Takpe, esok-esok boleh pehangat lagi, boleh bawak bekal gi opis lagi dan misi seterusnya.....jemput makan semua!!!


Jangan lupa, boleh order di sini ya!!!
Memang berbaloi-baloi


AB: Lama giler tak update blog. Jadilah untuk entry penutup Mei 2012 kan

Monday 14 May 2012

Dah Jumpa Tempat Nak Berperang

Jalan-jalan cuci mata kat Giant Batu Caves. Berangan nak ada workstation dalam rumah sendiri. Berangan tak sudah ahaks. Lepas tu lalu kat area perabot. Wah menarik offer meja workstation ni. Harga murah  RM259 jek. L-shape lagi tu. Citarasa sangat u ols.

Belek punya belek, mmm... tak jadilah beli. Nak tau kenapa?


Ini bukan workstation la. Rupa-rupanya warstation. Baru pakcik tau ini kot tempatnya nak berperang. Oooo... Hampeh tol tak jadilah nak beli :P
Giant ni nak bergurau ke nak menguji minda customer agaknya.

Sunday 13 May 2012

Warehouse Sale | Clearance Sale

Aku suka sangat pergi warehouse / clearance sales. Pantang tengok promosi iklan kat paper atau iklan tepi jalan, tapi selalunya aku suka tengok kat shoppingnsales. Setakat ni warehouse yang aku suka pergi ialah Crocs Warehouse Sales dan Clarks Warehouse Sales.

Ni pulak cerita pasal warehouse yang aku pergi semalam. Nak dijadikan cerita, memang aku betul-betul pulun hari cuti ni sebab dari pagi sampai ke petang aku terjah 2 tempat warehouse. Ini memang betul-betul gila warehouse sales. Kengkadang sampai wife aku aku pun aku paksa terjebak sama.

Mula-mula aku pergi Electrolux Warehouse Sale. Wow!!! 1st time aku sampai tempat ni dan kat sini ada sistem pembelian yang tersendiri. Tak sama dengan warehouse sale lain yang pernah aku pergi sebelum ni. Dasyat sungguh. Nanti aku ceritakan keadaannya dalam entri yang lain (agaknya kot). Nasib baik aku dapat benda yang aku hajatkan selama ni.

Ok next aku terjah pulak kat Extreme Warehouse Sale. Kat warehouse sale ni pulak mostly jual barang-barang makanan contohnya macam pasta, spaghetti, jam, chocolate, sos, kopi, kinder bueno etc. Walaupun namanya extreme keadaan kat sini lebih terkawal berbanding electrolux warehouse sale, orang pun tak berapa ramai dan selesa sikit tempatnya. Murah Berbanding Retail Price.

Layankan dulu gambar-gambar kat bawah ni.

1) Electrolux Warehouse Sale





2) Extreme Warehouse Sale





Rebut Peluang di warehouse sale. Selalunya barang-barang branded ni kalau dijual kat butik/supermarket/shopping mall memang mahal. Kalau nak murah pun kenalah tunggu musim sales. Tapi biasanya kalau beli kat warehouse sale ni barang yang dijual jauh lebih rendah berbanding di harga pasaran. Tapi kena sedar bahawa barang-barang yang dijual kat warehouse ni selalunya out-dated, old stock, display set, defect dan untuk barang-barang makanan pula dah nak dekat expired.

Oleh sebab itu, bila pergi tempat-tempat macam ni, kita seharusnya mesti peka, teliti dan bijak membeli. Study terlebih dahulu barang yang ingin dibeli, check market value, warranty dan lain-lain yang perlu. Kalau barang makan pula, check label, kalau boleh pilih expire date yang paling lama ada dekat situ.

Tapi, kedua-dua warehouse sale yang aku terjah semalam memang tidak menghampakan. Dapat apa yang diidam dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran. 


Saturday 12 May 2012

Parking Paling Mahal Yang Pernah Dibayar

Ada nampak itu machine?



Sekarang, itu kad parking kasi masuk sama itu machine juga



Ayyoyo...

Nah....rasakan!

Pengalaman ketika parking kereta kat LCCT. Inilah first time drive kereta, park n fly kat sini. Sebelum ni prefer naik bas je kat KL Sentral kalau fly naik AirAsia sebab senang, murah, dan tak perlu tergopoh-gapah. Tapi disebabkan flight awal pagi dan takut tak confident bas boleh sampai awal, so aku taknak ambil risiko then decide drive dan parking je kat LCCT.

Terkulat-kulat jugak nak bayar. Oh ya lupa nak habaq mai time ni aku outstation atas urusan kerja, nasib baik boleh claim dengan office.

What the fish la sampai 40 hengget aku kena bayar. Aku rasa macam mahal je parking rate LCCT ni. Tak boleh ke buat parking rate per entry taklah terasa beban nak bayar parking aku dalam tempoh 15 jam 59 minit itu. Bila refer kat http://www.lcct.com.my/facilities/parking memang betullah rate yang diorang charge kat aku maknanya RM40.50 tu kira maximum rate bagi tempoh 15 jam ke 24 jam. So lepas-lepas ni kena ingat dalam kepala sediakan cash RM40.50 kalau parking kat LCCT. 

sumber : www.lcct.com.my

Lagi 1 info, aku park kereta kat Zone A di mana zone tersebut terletak paling hampir dengan LCCT berbanding Zone B dan Zone C. Oleh itu, parking rate Zone A agak mahal berbanding zone yang lain. Konsepnya dekat = mahal, jauh = murah. Termenung seketika....

Kesimpulannya, naik bas ajelah lepas ni.

Friday 11 May 2012

Mat Rempit Jatuh Motor

Kesian dengan mat rempit tu. Jatuh motor ish..ish... Bak kata upin ipin, kesian kesian kesian.

Dengan mat rempit pun nak kesian diorang kan selalu buat onar di atas jalan raya ni.

Tapi kali ni mat rempit ni lain. Dia tak buat onar, tak menyusahkan orang. Baik je budaknya. Tu yang kesian tu. Untuk pengetahuan, mat rempit yang jatuh motor tu yang baik-baik tu, yang sweet-sweet tu sape lagi kalau bukan aku. Yup, A-K-U....Kesian kan. Jap... nak amik mood sedih sob...sob...

Ceritanye cenggini. Semalam aku cuti. Wife aku pulak ada meeting kat Mid Valley. Dapat sms daripada wife yang meeting dah abis, so dengan cargasnya dan rasa dedikasi aku pun pergilah Mid Valley. "Dedikasilah sangat kan". Dalam pukul 5 lebih, hujan pulak tu. takpe aku memang dah biasa redah-redah hujan ni. Tiba-tiba entah macam mana aku boleh jatuh masa nak u-turn kat atas grating besar kat area Boulevard Hotel. Perghhh memang malang tak berbau. Agaknya time hujan grating tu licin pastu aku syok je 'kona lipat' amekkaw memang kaw-kaw dengan aku-aku sekali kena lipat. Nasib baiklah takde kereta kat belakang. Cepat-cepat aku angkat motor. Kat step kaki pulak rasa tak sedap nak pijak bengkok sikit.

Bila dah jatuh tu tiba-tiba tangan aku pun secara tindakan refleks dok menahan dari jatuh la kan. Rasa macam nak terkeluar nadi yang kat tangan tu. Bila dah jatuh dan kononnya nak tahan daripada jatuh inilah hadiah yang aku dapat.



Dua-dua belah tapak tangan dapat hadiah. Luka sikit je. Tapi sekarang lengan aku baru terasa impak kalau nak angkat atau pegang barang macam tak terdaya. 

Aku tak cerita kat sape-sape pun kejadian ni kecuali korang yang 'ter'baca blog aku ni. Even masa jemput wife pun aku buat macam biasa je. Aku pun tak cerita kat wife aku melainkan kalau dia 'ter'baca jugak entry ni.

Tuesday 1 May 2012

HOMEDEC 2012 KLCC


Selamat Hari Pekerja semua. Hari cuti ni jom ramai-ramai kita terjah exhibition HOMEDEC 2012 yang diadakan dari 29 April - 2 May ni di KL Convention Centre. Aku dah pun pergi usha-usha pada 29 April yang lalu. Pendek kata macam-macam ada, dari kitchen cabinet sampailah ke lanscaping. Nak berangan ada swimming pool, sausa, sanitary fitting yang cantik-cantik bolehlah jamu mata. Yang berhajat nak tukar cat, nak buat wallpaper, nak pasang curtain semuanya ada. Yang penting sediakan aja ongkosnya ya ibu-ibu bapak-bapak. 

Aku pulak? Saje nak survey-survey laminate floor, kitchen hood dengan kitchen cabinet.

Ni kesimpulan yang aku dapat buat berdasarkan survey pada hari Ahad lepas.

Laminate Floor
Banyak pilihan dan setiap company tawarkan pakej yang berbeza. Ada company yang bagi harga lump sum untuk supply & install laminate floor termasuk skirting dan profile. Ada pulak harga laminate floor tak include skirting dan profile. Delivery charge pulak ada yang free dan ada yang kena topup RM100. Price range antara RM4-RM7 per sqft. Sekarang ni pun aku tengah study lagi pasal pakej yang ditawarkan dan kualiti produk. Aku siap buat measurement sendiri complete with price comparison lagi tu. Semangat betul aku ni almaklumlah rumah aku ni floor finish takat cement render jek. Tu yang beria-ia nak pasang laminate floor tu.

Kitchen Cabinet
Kalau tengok kitchen cabinet kat HOMEDEC ni memang perghhh cantik gila. Siap dengan bar counter, table top marble. Kalau dah pandangan mata cantik tu sendiri mau ingatlah harganya pun cantik. Aku rasa duit buat kitchen cabinet tu boleh buat downpayment beli rumah lagi satu kot. Berangan sudahla.... Aku rasa macam nak buat kitchen cabinet sendiri jek. Adakah projek angan-angan ni akan menjadi kenyataan??? Wait and see.

Kitchen Hood
Kitchen hood ni pun sekarang bukan lagi trend nak bagi cantik dapur korang tapi ia macam satu keperluan. Macam rumah aku sekarang ni kalau masak tu konfem mesti bau satu rumah bukan takat baju je sofa langsir semua habis lekat bau. Kat HOMEDEC ni pun macam-macam jenis, macam-macam brand ada. Tapi aku sebenarnya berkenan dengan hood yang siap ada ducting hose tak payah dah nak pasang ventilation fan. Tapi dalam banyak-banyak brand yang ada aku suka dengan brand pacifica sebab die ada function autoclean. Tak payah dah nak bukak-bukak screw bagai nak cuci filter lagi. Masuk je air panas kat lubang tu tekan button autoclean terus hood tu cucikan sendiri kat dalam body die. Lepas dah siap cuci keluarlah segala mak nenek minyak kat tempat yang bertakung tu. Memang best tapi harganya pulak tak hengat. Takpe-takpe aku boleh tunggu lagi kalau ada brand ni buat warehouse sale memang akulah orang first beratur.
Bagus sebenarnya pergi tempat macam ni walaupun tak beli kita boleh survey-survey harga dulu, dapatkan maklumat produk, buat price comparison antara brand/company yang ada dan kadang-kadang harga yang ditawarkan masa exhibition ni murah sikitlah dari market price. Kalau tak pun mesti ada pakej-pakej menarik dan free item. Sukalah tu kan kumpul woven bag banyak-banyak kat rumah korang hehe. 


Wife aku sempat sambar garment steamer ni. Dah lama teringin nak ada garment steamer ni. Sekali tengok murah pulak harganya RM220 tu yang terus sambar tu. Brand Faber ni Malaysia brand tapi bukan cap ayam kan? Lepas ni menggosok baju bagaikan profesional la nampak gayanya.


Hari ni plan nak pergi lagik. Ni kira nak buat detail survey kat booth yang berkenan di hati dan decision making session!!! Siapkan duit anda atau batalkan hasrat maka duit anda selamat. Bajet tak berapa nak hado tapi berangan je lebih. Piiiiiraaah alan :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...