Friday 31 August 2012

Menjelang Acara Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati

Hamboi tajuk entri ade jugak 'Menjelang' hokey. Hari ni 12 Syawal. Maklumlah musim raya ni, lagu menjelang hari raya dok terlintas di fikiran aku, nak jugak guna perkataan 'menjelang' kat tajuk tu. Ok serius ni serius.

Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati
Tarikh: 31 Ogos 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil

Kelmarin, aku ade dapat 1 memo ni. Nama aku telah dipilih secara random sebagai salah sorang peserta  'bertuah' mewakili office untuk ke himpunan ni. Oh deng! Baru je plan nak balik kampung pagi Jumaat. Nak tak nak kena la pergi jugak sebab bukan sunat mahupun makruh tapi ia adalah wajib ok. Siap bold lagi perkataan dalam memo tu. Nampak tak motifnya. Serius bunyinya memo tu.


Tapi nasib baik ada berita gembira. Boleh dapat cuti gantian (cuti tanpa rekod). Mak Jemah suka la tew. Dalam rasa keterpaksaan tu, tercetus pulak rasa gumbira dan teruja di dalam hati ni. Masakan tidak, di samping dapat cuti gantian tu, semalam tengok buletin utama TV3 bagitau pasal ada acara cabutan bertuah buat pengunjung Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati tu nanti. Bertambah-tambahlah meroyan Si Mak Jemah nanti.

Ada luck tak nombor aku ni?
Korang baca tak entry pasal Dapat Kad Raya Dari PM. Kalo tak pergi baca sekarang (style paksa tu). Ekceli kad ucapan raya PM dengan kad lucky draw ni benda yang sama jek. Printed depan belakang. So terjawab sudah kekonfiusan korang kan. Hehehe.
"kad cabutan tersebut adalah serampang dua mata kerana ia bukan sekadar untuk cabutan bertuah tetapi turut mengandungi ucapan hari raya daripada Perdana Menteri dan Timbalannya untuk semua pengunjung." - Utusan Malaysia 30/8/12

Ok sambung balik. Dengar cerita boleh tahan jugak hadiahnya. Sebuah proton preve, motor modenas (boleh ganti motor aku yang dah kena lenjan tu), iPhone, iPad dengar cerita 50 bijik. Ade lagi, laptop, tiket flight ke London, tiket flight ke Sydney., best tu dapat travel. Ade lagi, pastu blacberry pun ada, basikal pun ada. Tapi kebarangkaliannya tinggi pasal diorang target 200,000 pengunjung akan hadir. Abis tu peluang aku camne nanti? Toksah berharap sangat la kan. Yang penting pengisian program tu nanti sempena 55 tahun Merdeka.


Tak dapat lucky draw pun takpe lah. Dapat baju free ni pun dah kira hadiah jugak bagi aku (ayat nak sedapkan hati). Baju ni kena pakai malam nanti. Carik-carik la mana tau masuk tv. Ramai kot hehehe.


Janji Ditepati. 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 kepada semua warga Malaysia.
Kita Anak Malaysia. Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah.
Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur.
Amin.

AB: Entry ini tidak kena mengena dengan mana-mana fahaman politik.

Thursday 30 August 2012

Dapat Kad Raya Dari PM

Salam Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

buat semua readers alanbaik.blogspot.com

Dah 11 Syawal kot. Baru aku terhegeh-hegeh nak bagi ucapan selamat hari raya. Takpe yang penting ucapan aku ikhlas ok. Rindu pulak rasa nak menulis entry nak hampir tengah malam merdeka ni.

Seikhlas-ikhlas ucapan raya aku ni, sayugia itu (bahasa sasterakah ini???) aku telah terima satu kad ucapan kad raya dari pemimpin kita tak lain tak bukan PM Dato' Sri Najib Tun Razak dan TPM Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin. Tak percaya??? Nah, ini buktinya.


Besar sangat ke title aku sampai boleh dapat kad raya PM ni?
Sila konfius sekarang

SEKIAN

Friday 17 August 2012

Bilik Aku Bakal Menandingi Bilik Yuna

Cerita kat entri ni tak habis lagi. Yang ni kesinambungan kisahnya.

Seperti yang aku beritahu aku tak balik dengan tangan kosong kan. Di samping door gift yang aku dapat tu, aku bawak satu pembaharuan untuk rumah aku nanti. Ingat lagi dalam entri tu aku cerita pasal happy hour. Kalau tak tau cepat belek sekarang.


Rasa macam ralat kalau lepaskan peluang ni. 70% less perabot Macy sape nak bagi? Happy hour 2 jam aje kot. Barang baru lagi tu. Tambahan pula design inspiration by celebrity. Kira macam limited edition la ni kan. Mau tak tergugat nafsu aku. Bonus raya baru je dapat kan. Sajalah nak lekatkan duit bonus kat Macy ni. Nampak sikit barangnya hasil duit bonus tu. Terima kasih kerajaan Malaysia!!!


Dipendekkan cerita, hati berkenan dengan item yang 70% jek. Hehehe...pastu tengok-tengok price storage bench tu boleh tahan juga. Oh ya...lupa nak kasitau storage bench tu inspiration by Yuna ok...Geram punya pasal Yuna tak datang, jadi aku sambar ajelah storage bench tu hehehe...takde maknanya Yuna oii...Padahal sebabnya harga asal bench tu RM799, so after discount 70% cuma RM239.70. Berbaloi kan. Aku rasa kalau harga RM799 telan air liur nak membayarnye.

Haaa...inilah ghopenye bench Yuna tu. Agaknya bilik aku nanti setaraflah dengan bilik Yuna kan. Boleh la aku cari ilham buat lagu. Ecececeh....apakah motifnya?

Memang verangan nak ada bench nih. Kalo tengok citer omputeh ke cite pasal orang kaya-kaya ke, kat bilik diorang kan ada letak bench macam ni kat kaki katil. Nampak cantik aje kan. Pastu kan dalam bench tu boleh bukak tempat storage - korang boleh sumbat segala mak nenek barang yang ada selagi muat. Dah bosan duduk atas katil boleh duduk atas bench ni pulak kekdahnya. *feeling macam eric leong* Tapi kan eric leong dah abis decor-decor pasang plak lilin pastu letak atas bench tu. Motif??? Nak kasi rumah terbakar kot.

Meh sini nak habaq hang. Untuk sapa-sapa yang tak tau, kat semua barang, tak kisah la perabot ke, kain langsir ke, kain table runner ke, sarung bantal ke, akan diletakkan tagging Macy.

Tapi yang bestnya kali ni, atas kejayaan aku menyambar strorage bench special edition ni (special edition la sangat), bersempena dengan Inspiration by Yuna maka storage bench aku kali ni pun special jugak kekdahnya. Malas nak cerita banyak, di setiap gambar ada lagu. Siap tagging sign Yuna ok.


Motif besarkan gambar ni? Korang sila jeles sekarang....

Walaupun Yuna tak datang, aku tetap angkat bench ni. Cuba bayangkan kalau Yuna ada time tu, confirm aku angkat semua bedroom set Yuna ni. Kalau Yuna baca entri aku ni, sila ambil maklum :)


Aku ni cerita je lebih. Walaupun bench tu ready stock. tapi tak bawak balik lagi. Sebabnya rumah still on upgrading works, dah abis semua kerja nanti baru la aku angkat dari Macy nanti. Tapi takpe, bilik aku bakal menandingi bilik Yuna. Tengoklah nanti, aku bakal hasilkan lagu sehebat Yuna *poyo*


Kalau korang berminat nak dapatkan Celebrity Inspiration edition ni, promotion ni still on going until 2/9/12. Tapi diskaunnya tak dapat la macam happy hour tu. Kalau nak tau info terkini boleh refer kat http://www.macy.my/.

Thursday 16 August 2012

Mood Raya Sudah Mari

Arini aku last day kerja. Bukan nak berenti kerjainye pun aduyai, tapi kan dah nak dekat raya ni. Aku dah apply cuti start esok 17/8 sampai 28/8. Pastu ingat minggu selepas cuti Merdeka aku ingat nak sambung cuti lagi. Sakan ye kau alan. Ye la kan, cuti aku banyak ada 26 hari lagi baki. Tapi ini cuma planning aje, pokok pangkalnya tergantung kepada beban kerja lepas balik cuti raya nanti ataupun dapat kelulusan bos. Harap-harap dapat la cuti nanti. Ada projek mega aku nak kena buat ni Shhh....tak boleh bagitau rahsia.

Arini nak buat kerja pun dah takde mood. Apakan daya. Ramai orang juga berperasaan macam tu kan. So meh aku bawak korang jalan-jalan tengok mood raya kat ofis aku ok. Dah hias macam-macam semangat tol diorang ni.

Yang ni kat luar ofis. Ade 2 belah pintu masuk.



Amacam meriah tak? Belum cukup meriah lagi. Jom kita masuk dalam.



Tengok tu, digantungnya macam-macam. Banyaknya anak bulan kat opis aku ni.

Yang part ni aku paling suka.


Bertabahlah diorang print gambar rumah kampung ni. Ekceli gambar ni kecik je. Pastu diorang bahagikan by grid pastu setiap grid tu diprint saiz A1. Pastu diorang cantum-cantum macam puzzle dan tampal kat dinding ni. Kreatif kan... Barulah terasa suasana nak balik kampung ni. Masakan tidak ramai yang dah start cuti raya. Tak percaya? Meh tengok gambar seterusnya.


Semua orang dah tulis tarikh cuti raya masing-masing. Jarang tengok whiteboard tulis penuh macam ni.

Tahun ni dapat jugak kad raya. Walaupun 1 jek, tapi tetap hepi sebab ada jugak orang nak bagi kan daripada takde langsung hehe...



 Ramai yang dah start bercuti. Menjadi amalan, yang nak bercuti tu bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan wish raya. Begitulah suasana di ofis aku sekarang ni. Didoakan semoga semuanya bergembira dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. setiap masa.

Wednesday 15 August 2012

Shopping Raya With Celebrity Inspirations @ Macy Home Furnishing

Jumaat lepas dapat sms dari wife ajak gi Macy Balakong. Dia dapat info dari Fanpage FB Rashidi Ishak katanya Shidi n Vanidah Imran *sweet celebrity couple* akan berada di Macy pada hari esoknya (Sabtu - 11/8/12).


Hmmm....menarik jugak, bukan sebab nak jumpe retis sangat pun, sebab masa event tu, kita boleh dapat:-

#free registration member card. (lepas ni sakanlah shopping kat Macy)
#shopping bag (sangat ok beg itu. boleh letak macam-macam. Better than IKEA shopping bag)
#voucher RM50 (yang ni kena beli barang RM1000 ke atas baru boleh guna voucher. Pandainya korang Macy oii)
#sampul duit raya (siap sign autograph by Macy Celebrity - Shidi + Vee, Yuna, Jojo Struys and Chui Ling)


Dan paling best, diadakan jualan diskaun 50% - 70% untuk semua range produk Celebrity Inspiration. Yang ni aku sangat teruja. Ingat senang-senang ke Macy nak bagi diskaun sampai 70%. Tapi limited time only, pada hari Sabtu tu sahaja dari pukul 1 sampai 3 petang. Kira happy hour la ni kan. Sebab tulah tujuan aku berada di situ nak tengok apa dia produk Celebrity Inspiration ni.

Of course la barang-barang kat Macy ni memang la mahal tetapi jika dilihat pada kualiti dan designnya memang rasa nak sambar je tapi apakan daya ongkosnya enggak mengijinkan gue. Tapi usah hawatir, pada masa-masa tertentu Macy akan buat mengadakan obral yang cukup menjamin keselesaan saku anda.

Nak tengok design yang mengikut citarasa dan sentuhan para Celebrity Macy ni? Saksikan....

Bilik untuk anak-anak inspirasi Vee & Shidi
Inspirasi Yuna yang mahukan "Comfort Zone" katanya
Inspirasi Dinign Area Chui Ling. Rasa nak tidur je kat meja makan ni 
Dining set inspirasi Jojo Struys
Boleh tahan diorang ni kan. Selera ala-ala Eric Leong gitu, Surpriseeeeeeeeeee!!!!

Wife memang minat dengan Vee ni. Pernah tengok live masa tengok teater Cuci The Musical tapi dari jauh je pasal ramai orang. Kali ni hamekaw dapat bertegur sapa siap bergambar lagi. Tertunailah hasrat di hati isteri....


Eh...ehh aku pun takmo kalah hokey!


2 pasangan serasi bersama gitu

Balik dengan tangan kosong? Tidak sama sekali. Sempatlah sambar satu barang ni during happy hour tu. Akan update kemudian.

Saturday 11 August 2012

Motivasi Diri Dengan Muhasabah Cinta

Satu hari ni aku pun dah tak ingat bila, balik dari sembahyang jumaat, terus on tv. Masa tu tv1  tayangkan video klip nasyid, almaklumlah hari jumaat yang mulia ni. Layankan ajelah.*mood budak sekolah agama*

Di akhir rancangan (sempat tengok kejap jek), keluarlah satu video klip kumpulan nasyid ni, lagunya sangat best. Dah tahap menjiwai watak budak sekolah agama yang sangat baik giler. Kumpulan ape ni? Macam inteam jek tapi apsal 2 orang jek groupnye. 

Kat Malaysia ni kan banyak sangat group nasyid. Ingat masa-masa kecik dulu kaset nasyid ni jual kat pasar tani jek kat department buku agama (memandai je cakap department). Lepas tu dimainstreamkan oleh Raihan pastu Rabbani, Hijjaz dan macam-macam lagi mengikut trend masa tu. Siap ada lagu cintan-cintun versi nasyid. Kumpulan apakah itu?

Berbalik pada cerita tadi. Sebab lagu tu best sangat, aku pun dah lama tak mengikuti arena nasyid ni, mungkin grup nasyid baru tapi tak dipublisitikan, telahan aku. Bila tengok video klip tu, aku rasa liriknya sangat tersentuh hati , sangat bermotivasi dan mengingatkan tentang hubungan manusia dengan Allah. *touching beb*

Dengan semangat waja nasyid, aku pun menggunakan kepakaran menggugel. Zasss....sekejap je dah dapat info. Bila tengok video klip kat tv tu, memang 110% aku cakap ni group nasyid Malaysia, sekali group nasyid dari Bandung, Indonesia daa. Silap sudah.... Sebab apa aku tengok video tu berlatar belakangkan KL. Hmmmm...boleh tahan group ni dah melepasi pasaran Malaysia. 

Aku dah start suka dengan lagu ni. Tajuknya Muhasabah Cinta by Edcoustic. Lagu tu memang aku boleh layan hari-hari. Bertepatan dengan bulan Ramadhan yang mulia ni tetiba jadi baik je nak dengar lagu nasyid kan. Haha....Ape-ape pun lagu ni memang patut dihayati penuh mendalam makna liriknya itu. Lagu ni sangat memotivasikan diri aku. Bila rasa lemau tu silalah dengar lagu ini ya.


Muhasabah Cinta by Edcoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Monday 6 August 2012

Fakta Menarik Mengenai Nuzul Quran Tahun 2012

Diam tak diam sudah 17 hari kita berpuasa kan. Blog ni pun ape kurangnya, diam je memanjang macam tuannya puasa jugak kan. Lama gila tak hapdet hehe...
Langsung tak terasa dah setengah bulan kita mengharungi Ramadhan tahun ni. Apa yang pasti raya kali ni merasalah bonus setengah bulan gaji *winkwink* Alhamdulillah....
Bersempena sambutan Nuzul Quran pada hari ni 17 Ramadhan 1433H aku nak sharekan info mengenai Al-Quran ni. Masa bersiap-siap pagi tadi nak pergi kerja dalam mood malas, (Monday Blues - aku sangat jeles dengan orang Selangor ok) layanlah MHI TV3. Masa tengah-tengah siap tu dengar Ally Iskandar bacakan trivia   mengenai Al-Quran dan aku sangat teruja lalu nak amik kamera tangkap gambar tentang info yang ditunjukkan kat skrin tv tapi tak sempat nak snap *hampa hatiku*. Antara fakta menarik yang masih segar dalam ingatan aku ialah:-
Tarikh diturunkan Al-Quran = 17 Ramadhan 13 tahun sebelum hijrah = 6 Ogos 610 Masihi
Nampak tak ape yang menarik di situ?
Kebetulan hari ni kan 6 Ogos 2012. Kalau ikut perkiraan masihi sudah 1402 tahun peristiwa ini berlaku kan. Dikhabarkan juga, Al-Quran diturunkan juga pada malam Isnin 17 Ramadhan tersebut. Kebetulan lagi. Wallahualam....

Lagi info mengenai Al-Quran:-

Jumlah Surah Dalam Al-Quran: 114 surah

Bilangan Juzuk: 30 Juzuk

Bilangan Ayat: 6666 Ayat

Tempat di turunkan: Di Mekah dan Madinah

Tempoh diturunkan: 23 Tahun (12 tahun 5 bulan 13 hari di Mekah manakala 9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah)



AB: Selamat menjalani ibadah puasa. Entri kali ni meriah dengan warna-warna. Almaklumlah feeling raya Ahaks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...