Wednesday, 28 March 2012

Kerjakan Office....Kerjakan Rumah.....

Hamboiii.....dah lama rasanya tak menulis blog. Tak cukup masa, letih, malas nak bukak laptop. Tu antara sebabnya. Kerjakan office dan kerjakan rumah adalah dua perkara yang berbeza.

Kerjakan office??? Bukan aku kerjakan office tu. Buat sepah, buat bising itu biasa. Tapi aku mengerjakan pekerjaan aku di office. Wahhh ayat peningkatan kerjaya gitew. Serius beb, lately agak busy tapi ada masa untuk mengular. Bukan mengular sebenarnya, tapi mencari mood dan idea. Kerja engineer pun kena cari mood dan idea hokey macam nak cipta lagu.

Partitionku...Sumber Inspirasiku...

Kerjakan rumah pula? Ya betul, mengerjakan rumah. Cuci, cuci dan cuci. Bulan lepas aku dah dapat masuk rumah baru aku. Rumah lelong yang aku bid last year consider rumah baru la bagi aku. Lega rasanya...


Dah macam team Cuci-Cuci The Musical rasanya hehehe...


 Kami cuci cleaner KLCC lalalala

Sebelum tu aku nak bagitau step sebelum kerja cuci mencuci ni. Kebiasaan rumah lelong takde kunci jadi kenalah pikir sendiri macam mana nak masuk rumah tu. Nak pecah masuk tak pandai, tak sampai hati nak rosakkan pintu, jadi aku pun hiredlah tukang kunci. Bagus tukang kunci ni. 



Total ada 2 mangga solex, 1 grill, 4 tombol. 


Dah survey banyak tempat, tukang ni bagi best price kat aku. Done!

Kerja di office yang perlu memerah otak ni letih kan. Hujung minggu pulak cuci rumah letih jugak kan. Kesimpulannya letih fizikal dan mental. Dan bila sebelah malamnya pulak ZZZZzzzzz.... itu pasal la susah nak hapdet blog :). La ni aku tabahkan diri untuk menulis blog.

Sekian.

AB: pernah tak korang bawak balik kerja office ke rumah konon-kononnya urgent nak siapkan. Aku pernah. Tapi peram je dalam beg dan esoknya buat je kat office. Poyo je aku ni.... Tapi sekarang dah tak buat dah sebab tau apa kesudahannya....

Thursday, 15 March 2012

Audit SIRIM Macam Lucky Draw

Sepanjang dua hari ni memang serabut fikiran aku. Bukan sibuk sebab tugas hakiki, tapi sibuk buat preparation sebab hari ni auditor SIRIM nak datang buat audit SPK certification MS ISO 9001:2008. Alahai...banyaknya projek aku yang shortlisted dalam senarai audit projek. Ada 3 projek aku kena prepare. Nasib baik ada assistant yang boleh diharap. Taklah terkontang kanting sorang-sorang.

Kalau jual 'paper lama' laku ni
Apa perasaan korang bila diaudit. Setakat ni aku pernah kena audit. Tapi audit dalaman aje. Kalau audit SIRIM aku belum pernah kena lagi. Pagi-pagi datang terus sambung update file. Perut memang dah berkeroncong kelaparan tapi takde selera nak makan. Selagi tak setel audit ni, tak senang duduk aku dibuatnya.


Bos pulak ajak masuk meeting dengar apa yang dibincangkan nanti. Nasib baik dah setel checking taklah kelam kabut sangat. Amboi...siap ada welcome bunting lagi. "Kami mengalu-alukan kedatangan anda wahai auditor", padahal dalam hati "apasal la korang datang hari ni huhuhu". Aku rasa bukan aku sorang je yang rasa risau, semua orang kot. Auditor dah sampai lalu diberikan taklimat mengenai background activity cawangan ni. Mic bertukar tangan. Saat yang dinantikan.
Auditor SIRIM yang berbaju batik
Akhirnya auditor pun telek satu persatu list projek cawangan ni. Dan ayat keramat yang aku dengar, auditor nak pilih 1 projek je daripada berpuluh-puluh projek yang ada dalam list. Lega sikit dengar, tapi masih berdebar-debar manalah tau dalam berpuluh-puluh projek tu, projek aku yang dipilih naya dibuatnya. Finally keputusan dah dibuat. Macam tunggu result lucky draw la pulak. Bukan projek aku yang diaudit. Selamat mak nak.

Fuhhh lega. Keluar meeting room dengan senang hati sambil makan nasi lemak dah dah lama menunggu di luar. Siap tambah lagi tu. Kenyang sampai ke petang kalau macam ni. Save poket aku hari ni :)


Sempat skodeng dari luar. Keadaan semasa audit dijalankan. Pandai-pandai la korang jawab eh. Kalau dapat NCR tu cepat-cepat closekan ia. Good luck semua. Tapi rasanya auditor ni baik-baik aje kot. OK, bab audit pun dah setel, simpan balik drawing and file. Sambung balik tugas hakiki lalalalala...

Wednesday, 14 March 2012

Sesi Pengenalan Maxis Mobile Application Kepada Blogger

Semalam, lepas habis kerja terus merempit gi KLCC. Nasib baik tak kena hujan. Event nuffnang dan maxis yang aku hadir "Maxis Apps - Blogger Experiential Tour" kat Menara Maxis.

T. Kugan sedang briefing produk terbaru maxis
Maxis memperkenalkan Maxis Apps yang boleh didownload secara percuma khas untuk pengguna iPhone, iPad via Apps Store tak lupa juga bagi pengguna android via Google Play. Terdapat 20 aplikasi yang diperkenalkan oleh pihak Maxis. Untuk detail application boleh refer sini. Baru aku tau banyak jugak Maxis apps ni. Selama ni yang aku tau Maxis Movie je, berbaloi sebab buy 1 get 1 free ticket.

Maxis PayPal
Antara demo yang sempat aku tengok, maxis paypal dan finder301. Amboi Kak Sha kita ni, tekunnya dengar explanantion. Faham ke idak tu? Hehehe.....

Maxis Finder301
Tahukah korang, 31% daripada pengguna maxis menggunakan smartphone, sebab tulah maxis menyibukkan diri mencipta 20 application untuk kemudahan dan kesenangan pengguna. Maklumat di hujung jari. Lepas ni bertambahlah application kat tab aku.


Umang aii, ramainya blogger. Dengar cerita ada lucky draw. Kebarangkalian tinggi memungkinkan aku nak merasa galaxy note mahupun iPhone 4s kalau macam ni. Tapi takpe, at least aku dapat berpeluang join event nuffnang ni, secara tak langsung dapatlah aku jumpa blogger-blogger hebat masa kini. First time bersua dengan blogger adamaeben, teratakarmo, dan suterablogger. Tetiba terasa kecik je walhal badan bosar godang ya amat.



Dan saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang, MELANTAK TIME


Special thanks to maxis and nuffnang. Lain kali bolehlah ajak saya lagi ya :)

Tuesday, 13 March 2012

Siapa Cakap Main Golf Senang???

Aku bukanlah peminat sukan. Main bola pun tak tau apatah lagi menonton perlawanan di TV. Sukan Golf jauh sekali. Sedang jalan-jalan di Publika Solaris Dutamas, tengok-tengok ada orang tengah main golf. Maybank tengah buat promotion dan menganjurkan Maybank Malaysian Open 2012 pada 12 - 15 April 2012.


Orang kat booth Maybank tu offer kat aku main golf. Manalah tau pukul masuk lubang dapat tiket free tengok golf event nanti. Aku, kalau orang dah pelawa, mula-mula je malu-malu kucing, sekali dah pegang kayu golf tak mau lepas hehehe :)

Tengok macam senang je orang main golf, sekali cuba umang ai memang betul-betul kayu. Keras betul badan ni. Nak aim straight ke lubang pun ada tekniknya. Juling kejaplah mata aku ni. Susah beb. Haaa layankan skill aku ni.....

Coaching Session. Penerangan oleh coach aku. Fokus beb fokus

Mamarazi tengah amik gambar. Alamak! Hilang fokus.

                       Putting time, seriusnya aku                     Aik, apecer tetiba gelak ni


Patut pun. Apsal bola tu berenti kat situ. Tak cukup hayun ke?
Siapa cakap main golf senang?
Selama ni aku ingat main golf tu main-main pukul jek, tapi perlukan teknik dan konsentrasi.

Sepatutnya kalau bola masuk lubang baru boleh dapat tiket free. Tapi aku kira special case, walaupun tak masuk lubang, tetap dapat tiket. Hadiah dari orang Maybank tu sempena anniversary aku dan wife. 


Terima kasih :)

Saturday, 10 March 2012

Jualan @ Sale Di IKEA | Dapat Voucher RM5

Hari Khamis lepas tengah surfing internet, ternampak satu iklan IKEA. Rupa-rupanya IKEA tengah buat sale. Sedang elok. Aku tengah berangan nak beli perabot baru la konon-kononnya. Selera riban-riban nak pakai barang IKEA la sangat kan. Hari tu jugak aku bersemangat nak pergi IKEA.



Sale bermula 8hb sampai 25hb Mac ni. Lagi la rasa meroyan sebab boleh dapat voucher RM5 kan. Bukan senang nak dapat voucher IKEA kan. Tapi ada caranya.



Mula-mula, jangan survey barang. Pergi makan dulu. Ya murid-murid, pergi makan. Makan kat mana? Makan kat food court IKEA. Makan apa sahaja yang korang suka dengan syarat makan lebih daripada RM20. Pastu bila nak bayar, cashier tu akan bagi voucher RM5 kat korang. Kalau dia tak bagi gak sama ada dia lupa atau saje buat-buat lupa nak bagi takpun korang beli makanan kurang daripada RM20. Ingat! "beli makanan lebih RM20 dan dapatkan RM5 voucher". Kenyangkan perut dan dapat voucher. OK what???



Inilah rupa voucher yang aku dapat tu. Lupa nak bagitau. Syarat-syarat lain ialah voucher ni valid on same date korang makan kat food court tu. Di samping tu, voucher ni korang boleh dapat on weekdays jek. Kalau korang berhajat nak pergi IKEA on weekend tak dapatlah nak gunakan konsep "EAT YOUR DISCOUNT" ni. Tawaran sah dari hari Isnin sampai Jumaat sahaja.

Perut dah kenyang, voucher pun dah dapat. Jom kita gi shopping riban-riban. Tak sabar nak sambar sofa 3 seater yang harga RM2000 itu. Pusing punya pusing, finally aku berkenan dengan sofa ini.



Haha ini bukan sofa, ini laundry basket. Ok la tu kan. Harga promosi RM11.90 tolak voucher RM5 so dapatlah dengan harga RM6.90. Alahai... Buat masa sekarang aku hanya mampu berangan nak pakai sofa IKEA jer. Sekian, terima kasih.

p/s: bersiaran dari Pusrawi. Wife aku still menjalani fisioterapi.


posted from Bloggeroid

Wednesday, 7 March 2012

Hasil Tangkapan Nelayan Partimer

Percutian di Port Dickson lebih bermakna kalau diisi dengan aktiviti yang menarik. Kalau tanya aku, aktiviti yang paling menarik ialah makan dan tidur. Tapi member aku yang sorang ni memang excited nak tangkap ikan dan ketam. Awal-awal sebelum datang dah sms bagitau plan nak tangkap ikan dan ketam. Mula-mula aku tak percaya.


Haa...inilah dia nelayan partimer yang aku maksudkan, Rashidee aka Shidee Tekken aku panggil dia. Nelayan  partimer pesisir pantai hahaha... Semangat betul Shidee pagi-pagi dah buat preparation.

Hasilnya?????


Day 1 - Dapatlah 3 ekor ketam dengan 2 ekor ikan. Takpe-takpe, lepas ni cuba lagi. Tengok pulak esoknya dapat camne pulak....


Day 2 - Perghhh banyaknya ketam. Ikan pun banyak tapi aku lupa nak amik gambar. Siap sesat 2 ekor udang. Betul kata kau Shidee. Patutlah kau beriya-iya ajak aku datang sini. Bersemangat dengan jaring dan perangkap ketamnya.

Ok dah setel jom kita sambung...........



GEDEBUSHHHHH

Tuesday, 6 March 2012

Hidup Penuh Dengan Drama

Sebenarnya hari ni aku tak pergi kerja. Demam selsema. Mungkin gara-gara berkubang tak ingat dunia masa percutian di Port Dickson.

Meleleh je hidung ni. Alahai... Arini dok terperap dalam bilik ajelah. Bukak laptop sambil tu pasang tv.

Tengok tv3. Mula-mula layan berita buletin 1.30 ok lah. Abis berita ada pulak cerita indon "Putri Yang Ditukar". Abis je cerita indon, sambung cerita Latin "Bella" pulak. Ingatkan takde cerita lain dah. Rupanya sambung pulak cerita Filipina tapi tajuk apa aku tak tau.

Umang ai, selama ni dok kat opis manalah amik port sangat kan. Baru hari ni perasan berderet-deret cerita luar kat tv ni. Tu baru tv3 belum yang channel astro lagi.

Memang menjadi kegilaan suri rumah @ orang yang bekerja di rumah ni. Contoh paling dekat mak aku. Addicted. Tak boleh miss tengok "Putri Yang Ditukar". Nak tukar channel pun dimarahnya aku. Iklan pun nak tengok. Aku bukan apa, suka mengusik mak aku ni. Gurau ye mak :)

Begitulah kisahnya. Tak lengkap hidup seharian orang-orang di rumah kalau tak disaji dengan drama luar. Kalau hari-hari macam ni boleh faham bahasanya tak payah tengok subtitle kot.

Hidup ini juga penuh dengan drama kan? Ada suka ada duka dan ada hingus masih meleleh lagi. Huwaaa esok nak kerja dah!!!

posted from Bloggeroid

Jalan-Jalan | Percutian di Port Dickson

Meliburkan diri bersama keluarga di Port Dickson pada weekend baru-baru ni. Kali ni memenuhi ajakan my best friend masa zaman sekolah, Shidee di resort milik companynya tempat beliau bekerja. Kalau tak silap last 2 year dia ada ajak tapi tak dapat join atas sebab apa tak ingat. Tahun ni Shidee ajak lagi, pucuk dicita ulam mendatang, kebetulan takde plan apa pun so dapatlah aku join.


Aku & Shidee. Hampir 14 tahun persahabatan terjalin sejak di Tingkatan 4 kat Sekolah Teknik Tuanku Jaafar. Baik budaknye, balik sekolah sama, suka melawak, selalu ajak aku main PS kat rumah dia (time tu dia je ade PS), amat obses dengan army dan macam-mcam lagi.

Cita-cita nak jadi army tak kesampaian, tup-tup tau dia kerja kat tempat cop duit. Perjalanan hidup telah ditentukan olehNya, bak kata Johan "Kita haruslah redha"... Kalaulah Shidee jadi army tak merasalah aku nak masuk tempat ni, dapat tidur 2 malam u ols.


Terasa macam berada di percutian mewah. Memang santai dan selesa betullah tempat ni. Tiba-tiba terlintas di fikiran, kenapalah dulu aku tak belajar accounting ke, bisnes study takpun banking. Piirahh!!! Kalau aku grad accounting pun belum tentu aku dapat kerja kat sini ade faham - sound diri sendiri -

Gelagat atuk dan cucu
Selama 2 hari kat sini, seperti biasa perkara wajib yang biasa orang lakukan ialah berendam, berendam dan berendam kat swimming pool dan pantai.

Yang ni anak buah dengan Mak Lang pulak
Tapi lain pulak ceritanya kali ni sebab aku berkesempatan menyibokkan diri dalam aktiviti memasang pukat (pukat ke???) untuk tangkap ikan dan pasang perangkap ketam. First time ni...

Untuk ikan

1) Cari kayu panjang 2 batang untuk dijadikan pancang. Tajamkan hujung supaya senang nak dipacakkan (susah gak nak pacakkan dalam air berombak ni)


2) Bentangkan pukat dan letakkan kayu pancang di hujung


3) Pastu ikat. Takkan nak biarkan jek


4) Dah siap ikat. Bawak ke dalam air takat mana yang sampai. Cuak gak aku time ni dah paras dagu dah. Tunggu hasilnya keesokkan hari.



Untuk ketam

1) Gunakan perangkap ketam, pasangkan umpan dan ikat pada perangkap tu.


2) Pasang pelampung sebagai tanda. Sebab perangkap ni terletak kat dasar air. Senang nak cari. Lepas tu bawak la ke dalam air. Tunggu hasilnya keesokan hari.


Nak tengok hasil tangkapan? Kena tunggu keesokan harinya. Jadi, kenalah tunggu next entry pula.

Friday, 2 March 2012

Aku Letih Giler

What a hectic week. Nak tengok blog sendiri pun kejap-kejap je inikan pula nak menghapdet lagilah tak sempat.
Aku rasa letih sangat minggu ni. Kelam kabut dibuatnya. Nak siapkan report, nak prepare drawing for submission DBKL, nak ngadap bos mintak sign cop PE, pastu nak mintak sign client lagik. Tu baru satu bab.

Dalam pada masa yang sama, kena study design projek baru. Atrend meeting tak payah cakap la. Sekarang rasa malas je nak gi meeting. Rasa macam banyak masa dihabiskan kat meeting je.

Time nilah baru sedar yang masa tu amat berharga sangat. Lagi mahal nilainya daripada emas. Bayangkan time lunch pun dok pulun buat kerja. Stop kejap bila terasa lapar - tapau nasik. Ahhhh...nikmatnya rasa.

Minggu ni jugaklah aku setelkan hal rumah baru aku. Baru ke? Kira barulah bagi aku padahal itu rumah lelong aje pun. Bila dapat hakmilik rumah tu, first thing yang aku kena hadap ialah carik tukang kunci kasi pecah la itu rumah. Akhirnya dapat jugak aku melangkah masuk rumah yang aku tunggu hampir setahun pemilikannya. Alhamdulillah.

Dalam menempuh susah payah minggu ni, aku dikhabarkan berita gembira. Member baik time sekolah aku, Shidee call ajak bercuti di di Port Dickson, di rumah peranginan company tempat Shidee kerja. Thanks Shidee ingat lagi kau kat aku.

So nak bagitau kat sini yang aku rasa happy sebab dapat selitkan weekend aku bercuti di PD. Lega rasanya kepala otak aku ni.

Next week macam mana pula??? GULP

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...