Tuesday 6 March 2012

Jalan-Jalan | Percutian di Port Dickson

Meliburkan diri bersama keluarga di Port Dickson pada weekend baru-baru ni. Kali ni memenuhi ajakan my best friend masa zaman sekolah, Shidee di resort milik companynya tempat beliau bekerja. Kalau tak silap last 2 year dia ada ajak tapi tak dapat join atas sebab apa tak ingat. Tahun ni Shidee ajak lagi, pucuk dicita ulam mendatang, kebetulan takde plan apa pun so dapatlah aku join.


Aku & Shidee. Hampir 14 tahun persahabatan terjalin sejak di Tingkatan 4 kat Sekolah Teknik Tuanku Jaafar. Baik budaknye, balik sekolah sama, suka melawak, selalu ajak aku main PS kat rumah dia (time tu dia je ade PS), amat obses dengan army dan macam-mcam lagi.

Cita-cita nak jadi army tak kesampaian, tup-tup tau dia kerja kat tempat cop duit. Perjalanan hidup telah ditentukan olehNya, bak kata Johan "Kita haruslah redha"... Kalaulah Shidee jadi army tak merasalah aku nak masuk tempat ni, dapat tidur 2 malam u ols.


Terasa macam berada di percutian mewah. Memang santai dan selesa betullah tempat ni. Tiba-tiba terlintas di fikiran, kenapalah dulu aku tak belajar accounting ke, bisnes study takpun banking. Piirahh!!! Kalau aku grad accounting pun belum tentu aku dapat kerja kat sini ade faham - sound diri sendiri -

Gelagat atuk dan cucu
Selama 2 hari kat sini, seperti biasa perkara wajib yang biasa orang lakukan ialah berendam, berendam dan berendam kat swimming pool dan pantai.

Yang ni anak buah dengan Mak Lang pulak
Tapi lain pulak ceritanya kali ni sebab aku berkesempatan menyibokkan diri dalam aktiviti memasang pukat (pukat ke???) untuk tangkap ikan dan pasang perangkap ketam. First time ni...

Untuk ikan

1) Cari kayu panjang 2 batang untuk dijadikan pancang. Tajamkan hujung supaya senang nak dipacakkan (susah gak nak pacakkan dalam air berombak ni)


2) Bentangkan pukat dan letakkan kayu pancang di hujung


3) Pastu ikat. Takkan nak biarkan jek


4) Dah siap ikat. Bawak ke dalam air takat mana yang sampai. Cuak gak aku time ni dah paras dagu dah. Tunggu hasilnya keesokkan hari.



Untuk ketam

1) Gunakan perangkap ketam, pasangkan umpan dan ikat pada perangkap tu.


2) Pasang pelampung sebagai tanda. Sebab perangkap ni terletak kat dasar air. Senang nak cari. Lepas tu bawak la ke dalam air. Tunggu hasilnya keesokan hari.


Nak tengok hasil tangkapan? Kena tunggu keesokan harinya. Jadi, kenalah tunggu next entry pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...