Saturday, 28 January 2012

Amaran : Beli Rumah Atau Aku Diigau Mimpi Ngeri

Sebenarnya, dah lama aku peram ckisah seram ni cuma situasi yang tak sesuai untuk aku kongsikan. Dan sekarang barulah rasa selesa untuk aku ceritakan. Entri ini ditulis kerana aku rasa terpanggil setelah membaca entri ini satu ketika dulu. Korang pun patut baca entri tersebut. 

Memang pening hidup di KL dengan kos sara hidup yang tinggi. Mana nak cekau duit? Tiap-tiap bulan dapat gaji bayar hutang kereta, sewa rumah, PTPTN, kad kredit, personal loan etc. Pening...pening...pening... Last-last berapa sen je tinggal?

Kira bernasib baik la jugak, bersyukur sebab bab sewa rumah tu aku tak payah pening-pening nak pikir. Apa sebabnya? Parent duduk di KL so dapatlah aku menumpang kasih tinggal dengan parent aku. Ya, aku lelaki yang dah berkahwin... Apa masalahnya? Masalahnya aku punya tanggungjawab menyediakan makan pakai, tempat tinggal untuk isteri aku kan. Tapi kenapa aku terhegeh-hegeh nak duduk bawah ketiak mak bapak aku lagi siap menjebakkan sekali isteri aku untuk tinggal bersama parent aku. Oh, sadisnya...

(Info: Aku anak lelaki tunggal, no 3 daripada 4 beradik dan aku anak yang last kahwin).

Memandangkan aku anak yang terakhir kahwin, tinggallah parent aku di rumah itu sekiranya aku keluar. Mesti diorang sunyi, tiada siapa nak tengok-tengokkan. Itu antara alasan kenapa mak aku tak bagi aku keluar daripada rumah itu selepas berkahwin.

Sebelum aku kahwin awal-awal lagi mak aku dah pesan, selagi tak beli rumah, jangan harap aku dapat keluar daripada rumah tu melainkan aku transfer ke luar KL. Ni kira amaran keras ni. Aku diberi pilihan sama ada beli rumah dulu baru boleh hidup berdikari atau terpaksa tinggal dengan parent aku; mimpi ngeri beb. Orang tua lebih memahami, tau asam garam kehidupan nak pulak yang baru mendirikan rumahtangga dan hidup di KL. "Kalau setakat kerja di KL tapi nak sewa kat luar, baik kau bagi je duit sewa rumah tu kat mak ni ada faedahnya", kata mak aku. Gulp! Ditelan mati mak, diluak mati bapak, abis tu aku kemam ajelah. Hal ini tak pernah aku ceritakan kepada wife aku sebelum kitorang kahwin (aku kemam). Bukan apa, aku rasa sukar baginya untuk menerima hakikat menantu perempuan duduk sebumbung dengan ibu mertua. Argh! Tension...Tension...

Selepas kahwin, aku bagi penjelasan pada wife aku. Pada mulanya memang seperti yang aku jangkakan - sukar untuk diterima. Aku berikan harapan yang perkara ini tidak akan berpanjangan, aku minta tempoh setahun untuk aku usahakan untuk mencari rumah sendiri, bukan rumah sewa. Pernah juga aku terfikir untuk menyewa, bila buat monthly budgeting aku rasa memang takat paras hidung ajelah. Nak enjoy lebih sikit pun tak merasa. Argh! Tension...Tension... Memang selalu kita dengar pandangan negatif tentang menantu hidup serumah dengan mak mertua tak serasi tak sebulu. Mimpi ngeri beb. Tambahan pula wife aku satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga aku jadi mungkin situasinya tak sama dengan menantu-menantu lelaki yang lain. Lagilah mimpi ngeri. Tapi tak seburuk yang disangka. Wife aku pandai menyesuaikan diri, lagipun mak aku jenis yang sporting. Hormati orang tua itu yang penting. Alhamdulillah, wife aku boleh terima kenyataan tersebut dan dia boleh serasi hidup sebumbung dengan mak mertuanya. Legaaaa....

Ternyata tempoh setahun yang aku minta dari wife aku untuk hidup menumpang kasih dengan parent berlarutan hampir tahun kedua umur perkahwinan kami. Saban hari, minggu, malah berbulan-bulan aku dan wife mengenangkan bilalah kita dapat duduk rumah sendiri ni. Alahai nasib, nak beli rumah baru kat KL ni faham-faham ajelah. Kalau setakat rumah teres tu harga nak dekat 1/2 juta. Kalau apartment pulak rasa macam tak berbaloi beli mahal-mahal, nanti nak mengadap maintenance fee lagi. Argh! Tension...Tension...

Rumah lelong yang diusha oleh aku
Setelah puas mencari, akhirnya aku telah berjaya memiliki rumah sendiri - rumah kecik aje pun....jadilah buat permulaan ni. Ikut kemampuan. Member pernah kata, "korang laki bini kerja engineer kenapa pilih rumah macam tu. Korang kalau combine loan, keluar duit EPF pastu beli teres 2 tingkat lagi selesa beb". Iyelah tuuu. Ape ingat engineer banyak duit ke? Aku ada sebab dan musabab kenapa aku tak target nak beli rumah besar terus dan tak combine loan pada masa sekarang.

Nice to see dari luar. Kat dalam tak tau cerita lagi
Seperti yang aku katakan, ini baru permulaan. Rumah yang murah (below market value) yang aku dapat dalam proses lelong. Aku dah lalui pembelian rumah melalui proses lelong ni. Hampir setahun lamanya aku menunggu sehingga proses jual beli selesai. Apa yang aku belajar, untuk memiliki rumah lelong ni aku harus banyak bersabar, kerja keras dan jadi penunggu yang setia. Lokasi yang strategik, dekat dengan sekolah, masjid, kedai, LRT. Dengan kata lain - hot area. Dikhabarkan rumah aku ni kalau disewakan pun boleh dapat passive income berganda. Cuma biarlah aku duduki dulu rumah ni dan belum terfikir untuk mencari keuntungan dengan menyewakannya dalam masa yang terdekat. Mungkin satu hari nanti selepas memiliki rumah kedua. Doakanlah untuk aku ye.

Buat orang tua aku dan mertuaku; terima kasih tak terhingga kerana memberi ruang, peluang, tempat berteduh dan menumpang kasih kalian. Jasamu dikenang. Terus terang anakmu ini rasakan seperti kurang senang dan kurang puas hati dengan diri sendiri sebab walaupun dah bergelar suami orang, tapi rasa bagai tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu macam sedikit terbatas, almaklumlah nanti ingat macam overshadow bapak sendiri pulak. Mak  dan abah dah banyak bantu dan berikan jalan untuk aku. Sekarang, bila dah dapat memiliki rumah sendiri, harta sendiri, baru rasa yakin untuk melangkah keluar.

Buat wife; peneman setia yang selalu berada disamping aku ketika susah dan senang. Sentiasa sabar melayan karenah aku dan orang tuaku. Teringat waktu mula-mula kahwin dulu, sudah banyak kali aku diajak keluar duduk sendiri (sewa). Puas jugak aku memujuk supaya tunggu dan bersabar agar aku capai matlamat, dapat beli rumah, baru kita boleh gagahkan diri. Memang tidak dinafikan, hubungan suami isteri serta tanggungjawab masing-masing dan privacy agak terbatas kalau nak diikutkan bila duduk dengan parent ni. Rasa seperti igauan mimpi ngeri.... Ye la kan, mesti ada suka duka. Semua kira pengalaman gak ni. Ada sebuah rumahtangga dalam sebuah rumahtangga yang lain. Nak tak nak, dah nak dekat 2 tahun kita lalui semua ni.

Hidup mesti ada matlamat. Tetapi aku tak suka letakkan target untuk mencapai matlamat hidup aku. Aku selalu amalkan hidup mesti diteruskan, oleh itu redahlah ia. Dalam pada itu, mesti ada sesuatu yang akan terjadi semasa redahan tersebut. So, 'sesuatu' itulah yang menjadi pendorong untuk mencapai matlamat hidup aku tu. Aku faham apa yang aku cakapkan ni dan aku tak pasti korang boleh faham tak ape yang aku cuba sampaikan ni.

p/s: Sadis kan kisah aku ni. Bukan kisah seram pun...

2 comments:

Unknown said...

tak kisahlah rumah kecik ker rumah besar..satu permulaan yang baik

blog-tips-kurus said...

bertuahnya bro dapat ibu & isteri yang sporting..
biz minded ni, beli rumah yg senang nak sewakan. area mane tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...