Monday, 16 January 2012

Jalan-Jalan | KL Bird Park

Pada hari Ahad yang lalu (9/1/11) aku dating dengan wife kat KL Bird Park di Taman Tasik Perdana. First time dating kat sini. Baru la boleh jadi orang KL. Bila orang tanya "Ko dah pernah masuk KL Bird Park?" hihihi.

Itu pun sebab kebetulan. Kalau tak kerana voucher yang dijual kat everyday ni, jangan harap la aku nak masuk KL Bird Park ni. RM10 instead of RM20 entrance ticket for adult (50% off) berbaloi kan. Thanks to everyday....


Ok sebelum masuk jom tukar tiket dulu. Kalau diikutkan harga tiket masuk ialah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak tapi jangan lupa tunjuk Mykad untuk dapat subsidi. Kalau tak harganya mahal jugak la. Untuk kes macam aku ni nasib baik dapat harga special. Seronok kan.



Tiket dah pun dapat. Ayooooh!!!

Apabila berada di dalam KL Bird Park umpama berada dalam satu sangkar burung yang besar. Sebab itulah ia dikenali sebagai World Largest Free-Flight Walk-In Aviary. Tujuannya ialah untuk mengekalkan habitat dan ciri semulajadi burung yang bebas berterbangan - tetapi ada limitnya. KL Bird Park terbahagi kepada 4 zon.
  • Zon 1 & 2 - Free-flight zone : Burung bebas berterbangan dan kita boleh dekati spesis burung ni pada jarak dekat
  • Zon 3 - zon burung kenyalang : Ada pelbagai jenis burung kenyalang dapat dilihat. Ada yang di dalam sangkar, ada yang free fly.
  • Zon 4 - Spesis burung yang diletakkan dalam sangkar.

Melangkah masuk sahaja ke dalam, terasa sangat teruja. Mana tidaknya kehadiran kitorang disambut dengan kicauan burung dan perlbagai jenis burung yang berwarna-warni. Elok sahaja burung-burung ni bertenggeng di dawai besi mahupun di batang-batang kayu. Seolah-olah menyambut kehadiran manusia yang datang melawat mereka.







Mari kita terjah burung apa lagi yang ada kat sini. Untuk makluman, KL Bird Park ni luas giler kawasannya 21 ekar. Kitorang pun tak sure boleh round habis ke tak. Tapi dinasihatkan supaya isi perut anda terlebih dahulu sebelum datang sini, nak jalan jauh la katakan. 




Dah lama tak tengok live burung merak ni kembang macam ni. SubhanaAllah indahnya ciptaan tuhan. Burung merak ni memang pandai. Time orang ramai datang kerumun, time tu la dia kembangkan bulu dia macam ni dan stay lama sampai orang puas bergambar dengan dia. Bila orang dah blah baru la dia kuncupkan balik bulunya. Dah macam artis kau ni merak. Tetiba teringat pulak cerita dongeng burung merak yang sombong.

Di zon 1 dan 2, memang rasa teruja sangat sebab tengok burung-burung ni bebas terbang dan bergerak. Spesis merak memang banyak kat zon ni, so dia memang tak heran langsung kat kita yang datang ni. Kita pulak yang naik heran kat binatang ni.




Melangkah masuk ke zon 2, kelihatan banyak spesis bangau dan burung air. Seperti tinggal di habitat sendiri, mereka dibiarkan bebas dalam sungai dan tasik. 






Kalau bernasib baik kita dapat mendekati burung tersebut.


Disamping melihat burung, kita dapat menyaksikan aktiviti-aktiviti yang diadakan di KL Bird Park seperti bird feeding, bird show dan bird photography.


Untuk bird photography, dikenakan bayaran tapi tak ingat pulak berapa harganya dan dapat bergambar dengan kawan-kawan angry bird!!!





Di zon 3, banyak betul spesis hornbill. Time ni sempat tengok slot hornbill feeding tapi hornbill tu malu-malu pulak sebab ramai sangat orang tengok kot. Samalah macam kita jugak, kalo ramai orang tengah tengok kita sorang tengah makan, malu tak? Hehe





Kat sini juga ada Hornbill restaurant tapi harganya sendiri mau ingat mahal wo. Aku nasihatkan sebelum datang sini penuhkanlah tank-tank korang secukupnya atau bawa bekal sendiri. Masa kat entrance diorang tak check pun beg isi makanan luar ke tak. Alternatif lain, kat sini disediakan kiosk menjual makanan ringan. Tapi jangan terkejut kalau tengok air mineral kecil dijual pada harga RM4.00 hokey! 



Tapi ingat jangan sesekali bagi makanan yang korang bawak tu kat burung-burung ni nanti. Sila patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.


Walau bagaimanapun, bagi korang yang teringin sangat nak bagi makanan kat burung-burung tu, disediakan food machine kat banyak lokasi dalam park ni. Boleh bagi makan kat burung dan ikan. Tapi kena sediakan syiling 50 sen x 2. Ini bukan jajan tau.


Penat gila berjalan dalam KL Bird Park ni. Kalau dah keluasan 21 ekar tu, gila tak letih kalau berjalan kat sini. Jangan risau, banyak kawasan rehat kat dalam ni, sambil nak hilangkan penat, layan dulu bird show.



Sekitar di zon 4. Banyak sangat burung dalam sangkar. Tak tengok semua pun sebab dah takde mood sangat gara-gara keletihan tahap gaban.




Lebih kurang 4 jam lebih menikmati keindahan ciptaan tuhan. Badan dah penat, perut pun dah terasa lapar. Sebelum balik, beli dulu suvernir sebagai kenangan.

Ada 2 gift shop. Peacock Gift Shop dan Hornbill Gift Shop.
Posing dengan hasil tangkapan depan Hornbill Gift Shop
T-shirt sedondon untuk suami dan isteri
Fridge Magnet
Seronok 3x. Boleh tengok banyak spesis burung. Dimaklumkan bahawa di KL Bird Park ini terdapat lebih kurang 3000 spesis burung yang berasal daripada banyak negara antaranya Malaysia, Indonesia, Indonesi, Australia dan lain-lain lagi. Menarik kan. Baik untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita yang kurang gangliosida ni hehehe... Kalau ada offer lagi dari everyday, pasti aku akan datang lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...