Wednesday, 11 January 2012

Movie Review | Jack and Jill | Luahan Hati

Malam semalam dengan tak plan apa-apa aku bawak wife pergi tengok wayang sempena dapat surprise from nuffnang. Dah nak dekat due date baru nak guna complimentary pass TGV ni. So dengan kadar segera kitorang melangkah ke TGV Wangsa Walk. First time tengok wayang kat sini tempat baru kerusi pun empuk lagi.


Disebabkan tak plan nak tengok cerita apa, nasib tak menyebelahi sebab movie yang compliment for free takde dalam time kitorang datang tu so terpaksalah topup duit sikit untuk tengok movie baru. 


Bila tanya wife dia nak tengok cerita Jack & Jill sebab Adam Sandler berlakon sure kelakar punya. Tak tengok trailer, aku pun terbayang cerita Jack & Jill ni  macam ini......

atau cerita dongeng Jack and the beanstalk.


Ntah apa-apa je aku ni. Yang ni baru betul.


Movie ni mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar. Kembar yang selalu kita tengok sama jantina kan, tapi dalam movie ni memaparkan pasangan kembar Jack (lelaki & sudah kahwin) dan Jill (perempuan still bujang). Yang menariknya watak Jack & Jill ni dibawakan oleh Adam Sandler sendiri. Memang kelakar habis la kalau tengok Adam Sandler ni berlakon 2 watak yang berbeza. Aku terfikir, kagum seketika tengok diorang boleh shoot scene Jack & Jill boleh duduk sekali dan boleh timing dialog diorang tu.

Bila fikir balik cerita pasal kembar ni aku rasa kalau pasangan kembar (sama jantina) ni membesar bersama itu normal kan. Tapi macam mana pulak kalau kes macam Jack & Jill ni, takkan nak tinggal sebilik, share semua benda sama-sama, tentu tak selesa seperti yang Jack rasa. Malaslah nak cerita sampai habis...

*******************************

Dalam pada itu, aku tengok di sebalik movie ini pun ada agenda diorang dalam persoalan agama. 

1st, kisah ni berkisarkan tentang background family Jack yang beragama Yahudi. Adam Sandler tu Yahudi ke? So adelah scene diorang celebrate Hanukkah. Mula-mula aku tak perasan pastu ada scene tu nampak candle holder yang macam aku pernah tengok dan relate pasal Yahudi ni. Confirm!!!

Inilah dia candle holder yang aku maksudkan - Menorah

2nd, ada jugak 1@2 scene diorang labelkan orang yang berjanggut panjang tu Al-Qaeda. Secara automatiknya bila diorang sebut pasal janggut tu Al-Qaeda, maka secara automatiknya orang akan fikir janggut = islam = Al-Qaeda = Terrorist. Itu tidak benar!!! Macam haram jekk. Siot tol....

3rd, diorang highlightkan watak mamat ni (kawan si Jack) merupakan  seorang Atheis (orang yang tiada kepercayaan agama).

Camne nak cakap eh. Hati aku rasa macam tak best jek bila tengok movie ni. Bila fikir aku tengok movie ni adakah aku support Yahudi??? Nauzubillah. Pastu aku rasa cukuplah sekadar tahu jalan cerita ni saja. Pasni aku taknak tengoklah walaupun movie ni kelakar.

AB: aku harap luahan hati ni bukanlah bermaksud nak menghasut atau mempersenda sape-sape eh. Sekadar reminder untuk diri sendiri sahaja. 

1 comment:

blog-tips-kurus said...

kalau ade Adam S tu, memang tak mo tengoklah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...