Kesempatan ketika bercuti di kampung minggu lalu aku dan wife jalan-jalan ke Teluk Intan. Mula-mula kita isi perut dulu. Dah lama tak pekena mee rebus Mastan Ghany dan bagi wife pula ini percubaan pertamanya.
Restoran Abdullah Mastan Ghany Mee Rebus Dan Rojak amat famous di kalangan orang Teluk Intan dan sekitar kawasan Hilir Perak. Sebut saja Mastan Ghany semua orang tahu; kecur air liur masing-masing membayangkan mee rebusnya. Kalau nak cari restoran ni senang je, benchmarknya berhadapan dengan The Store.
Bergambar kenangan depan restoran |
Speciality restoran ni memang kena pada namanya iaitu mee rebus dan rojak. Kuah mee rebus dan kuah rojak tersebut mempunyai rasa yang tersendiri, lain daripada yang lain berbanding yang ada di tempat lain. Disamping itu, menu minumannya pun tak kurang hebatnya. Yang selalu diorder antaranya ABC, air jagung, dan bandung cincau. Tidak hairanlah jika restoran ini fofular di kalangan orang tempatan dan sentiasa full house dikunjungi orang ramai.
Menu yang terdapat di Mastan Ghany |
Aku sedikit bernasib baik kerana tak lama menunggu seat kosong. Sedang menikmati hidangan, orang dah mula menuju ke restoran ni. Sekali tengok jam, patutlah peak hour rupanya. Untuk mengelakkan korang menunggu lama, datanglah lebih awal kalau ikut time aku datang pukul 12.00 tengahari memang cantekkk...
Please Wait To Be Seated |
Memang teruja dengan main course mee rebus dan rojak. Mula-mula kitorang order mee rebus sorang 1 dengan air jagung. Air jagung kat sini memang best, warna pun menarik. Tapi kalau nak diikutkan, air jagung kat kedai makan ikan patin di Temerloh memang tiada tandingannya. Lepas tu alang-alang dah sampai, order pulak rojak tapi kali ni share berdua sebab tadi masing-masing dah balun mee rebus kan.
Air jagung. |
Mee rebus |
Amacam? Terliur tak tengok mee rebus kat atas ni. Rasailah kesedapan mee kuning yang dicelur lalu dituangkan kuah keatasnya beserta sebiji telur rebus, udang goreng tepung, kriuk-kriuk dan daun bawang. Pasti menyelerakan...
Sukanya diaaa |
"Sedap hingga menjilat sudu" kata wife aku. Tambahnya lagi "abang, please makesure everytime kita balik kampung, kita kena pergi makan kat sini tau". OH EM JII... Nak kata menyesal pun tidak, nak kata tak sangka pun bukan. Itulah penangannya Mastan Ghany ni. Sedap tak terkata. Ke wife aku dah kena mandrem dengan kedai ni. Oh tidak.... InsyaAllah kalau ada kesempatan boleh datang lagi :)
1 comment:
nak skittttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Post a Comment