Saturday, 7 January 2012

Jalan-Jalan | Menara Condong Teluk Intan

Dah kenyang makan kat Mastan Ghany kan. Korang makan mee rebus ke rojak? Ke makan hati jek hihihi....Kalau gitu jom aku bawak korang jalan-jalan pergi Menara Condong Teluk Intan.


Menara Condong merupakan mercu tanda dan merupakan bangunan bersejarah serta merupakan antara pencakar langit bagi bandar Teluk Intan. Oleh sebab itu, ia juga menjadi subjek utama yang terdapat pada logo Majlis Perbandaran Teluk Intan.


FAKTA SEJARAH
Berdasarkan fakta sejarah, menara condong ini dikenali sebagai menara jam yang memberi pedoman waktu kepada penduduk setempat suatu masa dahulu. Jam tersebut ditempah khas dari London dan sehingga kini,  ia masih lagi berfungsi dengan baik. Suatu masa dahulu terdapat sebuah tangki simpanan air yang digunakan  semasa musim kemarau melanda dan dijadikan sumber untuk memadam api kebakaran. Tapi kini, ia tidak lagi berfungsi. Pernah dijadikan sebagai menara tinjau oleh tentera jepun semasa negara dibawah jajahan Jepun. Selepas kemerdekaan, ia diserahkan kepada kerajaan Malaysia dan pernah dijadikan pejabat Pengakap dan LPPKN. Sekarang ia ditutup kerana faktor kecondongan dan dikhuatiri tidak selamat untuk diduduki.


FAKTA SENIBINA
  • Mempunyai pengaruh senibina Cina. Kesannya dapat dilihat kerana rupa bentuk dan fasad mempunyai ciri-ciri pagoda. Dikatakan bahawa, pemilik / penyumbang asal bangunan ini merupakan kontaktor Cina.
  • Pengaruh Cina dapat dilihat dengan jelas pada struktur bumbung bangunan tersebut.

  • Bahan binaan utama : kayu dan batu bata.
  • Mempunyai 110 anak tangga
  • Jika dilihat dari luar menara, seolah-olah ada 8 tingkat tetapi sebenarnya hanya ada 3 tingkat sahaja.
  • Setiap lantai mempunyai ketinggian 5 meter. 
  • Tangki air teletak di tinggat 3. Kapasitinya 18.36 cubic meter.

FAKTA KEJURUTERAAN


Mengapa menara jam ini boleh condong? Ciri tanah di kawasan tersebut merupakan tanah lembut. Kemungkinan pada masa ia dibina, faktor ini tidak diambil kira, tidak menjalankan penyiasatan tapak, tidak menjalankan soil treatment. Maka penggunaan foundation yang tidak sesuai digunakan dan loading menara jam serta tangki air tidak dapat ditanggung oleh struktur asas. Oleh itu, pemendapan / settlement akan berlaku.



Jika dilihat pada masa ini, data penyiasatan tapak mendapati bahawa kawasan Teluk Intan sememangnya mempunyai ciri tanah lembut. Sekarang dapat dilihat di Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan, banyak failure yang berlaku pada permukaan dan struktur jalan tersebut.


Bergambar depan pintu masuk sahaja. Sebelum ini, Menara Condong pernah dibuka masuk untuk orang ramai. Rasanya dulu terdapat kedai suvernir dalam bangunan tersebut. Buktinya signage pada gate tersebut. Tak tahulah pulak kenapa ia ditutup, mungkin kurang dapat sambutan agaknya. Tetapi dapat bergambar dari luar pun dah kira ok :) 

Di sebelah menara condong ade ade bangunan tertulis Kompleks Menara Condong  tapi kitorang tak masuk pun. Ada apa kat dalam ni eh???


Overall, aku suka dan kagum tengok struktur bangunan ni, konsepnya sama macam kat Pisa Tower, kalau nak pergi Italy tu jauh sangat kan, dapat tengok kat Diamond Bay pun jadilah... Camnelah diorang design  & construct building ni dulu kan. Dah lama rasanya tak pergi tempat-tempat sejarah ni. Muzium Negara lagilah, harapkan rombongan sekolah dulu-dulu je. 

Sempena Tahun Melawat Negeri Perak 2012 ni, pergilah melawat Menara Condong Teluk Intan. Boleh tengok view lebih dekat baru nampak condongnya menara itu. Free of charge takde admission fee tapi tak boleh masuk dalam building ni, setakat ambil gambar buat kenangan.

1 comment:

Unknown said...

Jarang dapat gi ke belah utara..kaum kerabat byk kat belah selatan

bawak balik aaa motor tu..akak klu pandai naik moto..akak merempit lagi senang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...