Friday, 16 December 2011

Bila Title 'Puan' Disangka 'Cik'

Kepada para wanita,

Sekiranya nda bertitle Puan tetapi dipanggil Cik, apakah perasaan anda? Suka? Marah? Tak percaya?

Adakah anda akan berperasaan begini?

Kalau jawapan perasan berbaur gedik:- 
"Eeeee sukanye mamat tu panggil i Cik, tak tido malam dibuatnya" atau
"eh...nampak macam belum kawin lagi ke aku ni, kena pasang badan ni baru nampak lagi vogue".

Kalau jawapan takde perasaan tak gedik:-
"Alah diorang ni saje nak test aku la tu"
"Diorang malu nak tanya aku dah kawin ke belum tu yang panggil Cik kot"
"Diorang buta ke apa"

Atau korang sendiri ada jawapannya...

Tak kisah la kan. Title cik dan puan ni bukannya berlaku kat nama aku. Bukan....bukan aku yang dipanggil cik mahupun puan. Aku ada 2 1 alat kelamin je ok. Ceritanya bermula begini.......

Sewaktu di hospital, aku dah perasan yang nama wife aku ditulis title "Cik" kat whiteboard depan nurse counter. Aku memang tak kesah dan buat tak tau ajelah dengan nama tu.


Esok-esoknya tu aku pergilah ke nurse counter tu dan bermulalah dialog aku dan sekumpulan nurse di situ.

AB: Saya nak tanya la perkembangan patient Noorxxxxxx tu camne eh. Doktor dah round ke tadi?
Nurse: Patient 2 - 1 tu eh. Encik ni sape?
AB: Saya suami dia. Nape?

Diorang pandang sesama sendiri kemudian tengok aku semacam seolah-olah ada sesuatu tak kena

N: Oooo suami. Tapi kat whiteboard tu tulis cik. Ingatkan tak kawin lagi.

Hello, kan kat tag masa nak masuk wad ni tulis puan. Aku yang datang pagi balik malam kat hospital ni tak nampak macam suami dia ke.

AB: Aah la (sambil gelak-gelak cover tension)
N: Isteri encik ni bla bla bla (sesi penerangan pasal wife aku)

Bila diorang perasan dan dah tau wife aku berstatus puan, nampak gayanya kat whiteboard tu dah mengikuti peredaran semasa hahaha...


Emmmm....masalah jugak kan kalo 1 perkataan yang simple macam ni disalahtafsirkan. Kalo mak jan tu dipanggil cik ke puan eh???

1 comment:

n said...

wakakakkaa! adooooi...awet muda la kakak CN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...