Sunday, 18 December 2011

Seoul Garden BBQ di KL Festival City


Pada 9 November 2011, aku telah pergi makan-makan di Seoul Garden di sebuah pusat membeli belah baru yang telah dibuka pinggir kota Kuala Lumpur. Ia dikenali dengan nama KL Festival City.


Ia terletak berdekatan dengan Jalan Genting Klang dan lebih popular dekat dengan Uptown Danau Kota.


Ini merupakan kali ketiga aku makan di Seoul Garden. Sebelum ni pernah makan di OU (tunang belanja), kemudian di Plaza Pantai (iftar beramai-ramai) dan kali ni di shopping complex baru. Memang berbaloi-baloi makan di Seoul Garden kerana aku telah membeli deal offer Seoul Garden Korean Steamboat and BBQ Buffet Lunch + Free Flow of Drinks + Lifetime Membership Card for RM35.50 instead of RM53.40 di Groupon. Amat puas hati kalo jadi orang kuat makan macam aku sebab Seoul Garden ni serve makanan secara steamboat dan BBQ berkonsepkan buffet. Maka, pelanggan boleh memilih juadah mengikut selera masing-masing yang terhidang di tempat yang disediakan lalu memasaknya sendiri.

Harga Buffet tidak termasuk air. So kena tambah RM3.99++ lagi
(click image to enlarge)
Makanannya sedap-sedap belaka dan banyak pilihan. Nak daging marinate? Nak yang steamboat? Nak udang, kupang, lala fresh? Disamping itu disediakan nasi, mee dan sayur-sayur yang boleh dicelur dalam kuah steamboat seperti tomyam, sup ayam dan lain-lain lagi. 

Dessert? Mestilah ada....kalo nak merasa buat ABC sendiri jom datang ke Seoul Garden. Nak kacang lebih, nak jagung lebih, lantak korang la selagi adooo. Aiskrim pun ado gak. Berikut merupakan menu yang terdapat di Seoul Garden. Makan sampai lebam....

Variety of menu (click image to enlarge)
1..2..3..action!!!
Marinated meat
(source: www.seoulgarden.com.my)
Daging yang telah dimasak
Nikmatnya aiskrim itu
Bila dah beli deal ni dari Groupon, so pakejnya termasuklah dapat member card aka my preferred card. Kalo time biasa, nak apply card ni kena bayar RM15 sekali sahaja seumur hidup. Keistimewaannya dapat 10% discount dan lain-lain promotion. Sesiapa yang nak discount tu jangan segan-segan pinjam kat aku dengan syarat bawak aku sekali kehkehkeh... Masa datang aritu dapat lagi voucher RM20 dua keping. Ada sape-sape yang nak?


Dapur special untuk BBQ dan steamboat dengan tagline "The Table Barbeque People"

Tenang je suasana kat Seoul Garden KL Festival City ni kan. Sebenarnya ketenangan seperti dalam gambar dia atas diambil pada waktu lunch time bakal beakhir. Kalo time peak hour tu memang ramai orang. Seeloknya buatlah booking sebelum datang nak pulak kalo datang beramai-ramai kan. Jangan hawatir restoren ni dijamin halal dan dapat sijil pengesahan halal oleh Jakim.

Seoul Garden (KL Festival City)
Lot G38, Ground Floor
KL Festival City 
67, Jalan Taman IbuKota 
Taman Danau Kota, Setapak 
53300 Kuala Lumpur

Opening Hours : 11.30am - 10.00pm
Reservation : 03-4131 7385 or 03-8065 3166
Fax : 03-8065 3066

Di Malaysia macam-macam ada. Korang tak perlu terbang ke Korea untuk menikmati Daging Bulgogi ataupun Kimchi. Datang ke Seoul Garden seperti menikmati hidangan di Korea :) Anyounghaseyo!!!

p/s: Entri dah basi. Sepatutnya entri ni harus dipost selepas entri Hari Lahir Sidia. Bila dah tangguh lama kelamaan jadi malas pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...