Berikutan kejadian itu, suami wanita tersebut pada awalnya ingin menyaman pihak TV3 atas simptom yang berlaku kepada isterinya. Walau bagaimanapun, tindakan saman ke atas TV3 tidak jadi dibuat kerana memikirkan rasional dan kejayaan TV3 dan pihak penerbitan Tentang Dhia atas menarik minat serta pandai menyentuh emosi para penonton Malaysia.
Acah aje aku tipu. Berita merapu di atas adalah rekaan semata-mata dan wanita yang disebut tu merupakan wife aku. Ya, wife aku sangat setia menonton Tentang Dhia dari episod 1 lagi. Kalau termiss pun 1 atau 2 episod, itupun dapat catch up tengok semula kat www.tonton.com.my. Wife aku tersangatlah emosi, bisa mengalirkan air mata. Lakonan Nora Danish terkesan di hati setiap penonton. Adegan air matanya begitu feel sekali, mungkin disebabkan pengalaman pahit dialaminya sebelum ini menyenangkan air mata mengalir sangat-sangat natural.Tahniah buat semua pendukung watak Tentang Dhia. Rasanya tinggi kot rating TV3 pada masa tersebut. TAHNIAH TV3!!!
Dalam pada itu ada juga orang yang tak puas hati kerana watak-watak jahat seperti Ku Salmi, Zetty dan Rose tidak ditunjukkan pembalasan mereka dalam drama tersebut. Kalau kat wall facebook tu jangan cakap la. Macam-macam yang diluahkan. Ade pulak tu yang kreatifnya post, lawak dan geli hati aku membacanya. Aduyai...
Pada pendapat aku Drama Tentang Dhia ni adalah drama terbaik TV3 yang aku tontong dari segi ke'touching'annya. Juga drama yang selalu disebut orang sebagai penutup tahun 2011.
P/s: selamat datang 2012. Sekarang ni aku di kampung. Agak-agak ade ke orang main bunga api macam kat Dataran Merdeka?
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment