Hari ini dalam sejarah. Tidak disangka-sangka selama ini lenguh-lenguh dan sakit belakang yang selalu wife aku alami dan mengadu kepada aku mengundangnya untuk ditahan di dalam wad di Hospital Pusrawi. Selama ini aku ambil ringan akan perkara ini dan kadang kala aku menjadi tukang urut tak profesional. Dalam pada itu sungguh berkesan juga ‘hasil urutan’ itu; maksud aku legalah sikit kesakitannya itu….
Sakit yang dialami ade la dalam sebulan lebih ni. Mungkin disebabkan penangan tournament bowling yang disertainya di pejabat sebelum ni. Nasib baik menang dapat piala. Mungkin juga disebabkan ketidak'ergonomik'an di tempat kerja. Atau mungkin disebabkan oleh aku sendiri? Mintak-mintak dijauhkanlah aku menjadi menjadi penyebabnya huhuhu….
Kisahnya bermula begini….
Tengah training step tango untuk Sehati Berdansa tahun depan |
A very serious discussion |
Semalam (7 Disember 2011), kami jumpa Dr Zanariah for consultation. Angkat tangan, luruskan, bongkokkan badan, pusing tangan kat belakang, diagnose done macam-macam soalan ditanya oleh doktor. Akhirnya wife aku pun admitted sebab doktor nak buat fisio, x-ray dan MRI. Doktor bagitau wife aku mengalami impingement syndrome. Berkemungkinan ligament kat tulang belikat wife koyak dan kesakitannya itu boleh melarat ke bahagian pinggang dan ke lower body.
Alahai kesiannya wife aku. Tak sangka pulak boleh jadi gini sampai kena tahan wad bagai. Bila dipikirkan balik dengan keadaan tak diduga ini berlaku secara tiba-tiba terdetik di fikiran aku "mujur ada medical card ni boleh membantu". Harap-harap semuanya OK belaka.
Si Penyelamat. Sape2 yang berminat boleh contact agent aku tu. |
AB: hadapi dengan senyuman :)
No comments:
Post a Comment