Seperti mana yang kita sedia maklum, bila saja sebut nama Dairy Champ secara automatiknya kita ingat ianya ialah tin susu pekat. Susu pekat yang sedap bila buat teh tarik kaw, milo, kopi dan sebagainya.
Hari ini aku ke Carefour cari sedikit barang. Tekak pula terasa haus. Dari satu rak ke satu rak akhirnya aku terasa macam nak minum ini.
Aku tak pernah nampak air tin ni. Nampak macam air tin bikarbonat tapi sebenarnya tak. Selain epal, ada perisa cranberries, pineapple dan orange. Nampak macam menarik kan. Jus buah dicampur low fat milk. Aku berkenan dengan apple milk ni. Tak sabar rasanya nak cuba. Sampai aje kat opis, pisssss....tudung tin dibuka.
Dengan lafaz bismillah....lalu aku pun teguk. Mak aii....serius beb aku tak boleh terima rasa air itu. Rasanya semacam. Maaf kalau aku katakan rasa dan bau macam susu basi. Huhuhu...Kalau yogurt tu aku boleh terima lagi walaupun tak suka tapi Dairy Champ Apple Milk ni aku akan jauh-jauhkan selepas ini.
No comments:
Post a Comment