Jam tangan ini
Hantaran pemberian isteri
Semasa hari pernikahan kami
Aku sangat sayang akan jam ini
Itulah jenamanya
Memang menjadi idaman aku
Cermin sapphire crystal
Bercirikan perpetual
Supaya tarikh dan hari silih berganti
Usah diragui
Harga jangan ditanya
Fikir sahaja spesifikasi dan jenama
Tepuk dada tanya selera
Kalau bukan kerna hadiah hantaran ini
Belum tentu aku dapat memiliki
Di saat aku terhenti
Pandang terpaku mata tajam
Ke arah lengkung bingkai
Aduhai
Mengeluh aku seketika
Dengan rasa hampa
Sedih.....Kecewa
Hati ini bagai diguris
Tatkala nampak kesan calar
Yang amat jelas kelihatan
Apatah lagi setiap masa memandangnya
Makin bertambah luka dalam hati
Aku lupa
Aku leka
Aku alpa
Saat jam ini tercalar
Aku amat sayang jam ini
Malah apa jua pemberian isteri
AB: mood sedih :( Kata orang jangan sayang sangat satu-satu benda tu nanti ada saja sesuatu yang kita tak ingin berlaku. Aku tak tau dimana kebenarannya....
No comments:
Post a Comment