Plastik ape kat atas ni? Silah baca entri aku ini sampai abis baru tau cerita sebenar pasal plastik itu. Kepada siapa-siapa yang tak sabar tu bolehlah scroll down. Mak tak marah :)
Kebetulan....aku tahu info pasal Wira Foto Fest ni dek kerana kekecewaan aku dalam entri ini semalam. Selepas keluar dari Istana Budaya dan tapau breakfast sebelah Istana Budaya, aku ternampak bunting ini. Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/WiraFotoFest. Jom pakat ramai-ramai gi Wira Foto Fest esok last day (11 Disember 2011).
Cantek...arini baru nak start. Ade pertandingan, pameran fotografi, wow!!! camera stock clearance!!! cam best je. Ape-ape pun aku kena jenguk wife di Pusrawi dulu. Lepas tu, baru boleh terjah tempat ni kat Taman Tasik Titiwangsa. Dekat je dengan Pusrawi, so takde masalah.
Setibanya kat sana, orang tak ramai lagi. Kiranya aku ni kategori orang paling awal la sampai. Organizer pun tengah setup booth kat khemah. Ade macam-macam booth ikut brand camera and accesories tapi semuanya under Fotokem.
Dah berapa round aku jalan, aku berkenan dengan flash light ni. Sempatla aku Google guna Tab aku kejap ok jugak la review pasal flash light ni. Lagipun graf menunjukkan bahawa 'brand flash light ni berkadaran terus dengan duit poket aku sekarang' atau dengan bahasa mudahnya kena dengan bajet aku hehehe. Tambahan pula sekarang ni memang aku tengah dok usha flash light. Memandangkan aku customer terawal promoter tu siap bagi offer ala-ala early bird. Bila check market price online pun price kat Wira Foto Fest ni lagi murah. Nama pun dah stock clearance kan. Walaupun stock clearance tapi ada 1 year warranty ok.
Inilah dia flash light yang aku maksudkan. Biarpun cap ayam tapi aku bangga memilikinya dengan harga yang amat murah sekali. Dapat charger & rechargeable battery free. Tapi masalahnya apsal la diorang ni bagi 2 bijik battery je. Korang tak tau ke yang battery flash light ni guna 4 bijik battery.
Unboxing |
Come with LCD Panel |
Dah terjawab pun pasal gambar plastik kat atas. Akhirnya impian memiliki flash light tercapai walaupun tak dapat SB-900. Takpe Alan ko guna dulu yang murah-murah untuk belajar. Kalo dah expert macam noorizamsabran tu lain cerita la kan.
p/s: nak tunggu Yongnuo YN565EX for Nikon lambat sangat aku sambar ajelah Cybertik ni
1 comment:
huwallawei.. gilek ah.. pasni jadi otai ar...
Post a Comment