Sunday, 11 December 2011

Impingement Syndrome Part 3



Home leave? 1st time aku dengar term tu. Home leave diberikan oleh pihak hospital dengan kebenaran doktor kepada patient untuk pulang ke rumah dengan syarat individu yang membawa keluar patient tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap patient dan membawa semula ke hospital pada masa yang telah ditetapkan.

Inilah yang terjadi kepada wife aku semalam. Untuk makluman sehingga ke hari ini wife aku masih belum boleh buat operation kerana GL belum approve daripada pihak insurance company dan setakat ini hanya menjalani fisioterapi. Di Pusrawi, waktu operasi rawatan fisioterapi macam office hour pada hari bekerja, separuh hari pada hari Sabtu dan tutup pada hari Ahad.

Semalam, pada sebelah pagi wife aku dah buat fisio dan bilik wadnya pula sunyi sepi sebab semua patient dah check out (macam hotel la pulak). Tinggallah kitorang berdua.Pastu layanlah cerita korea kat laptop yang aku bawak dari rumah. Boring gak terperuk je kat wad ni lama-lama kan lagipun hari Ahad tak buat fisio lagilah boring.

So aku pun tanya nurse counter kalau-kalau boleh bawak wife aku balik rumah. "Nak home leave eh?", tanya nurse. "Aah", jawab aku. Lantas nurse pun direct call Dr. Azmi. Approved :)

Suka wife aku dapat balik rumah lalalalala.....

p/s: esok pagi-pagi kena hantar wife semula ke hospital dan esok jugak aku ade seminar dari pagi sampai petang kat Hotel Grand Seasons.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...