Thursday, 1 December 2011

Sorotan Kejadian di Bulan November 2011

Kali ni aku nak rangkumkan memori dalam kepala hotak aku yang bergeliga ni kejadian yang berlaku pada bulan lepas. Dah macam sorotan berita hujung minggu pulak. Apa-apa je lah...

#1 Wife aku yang sebelum ni bertahun-tahun pakai braces telah menanggalkan gigi besinya itu dan kelihatan giginya telah tersusun rapat cantik je. Buktinya tiada lagi sisa-sisa makanan mahupun taik gigi terselit di celah gigi beliau. Seronok dua ronok tiga ronok aku dibuatnya tengok gigi yang tersusun elok (over la pulak). Berkat kesabaran bertahun-tahun itu. Aku rasa kalo director iklan colgate nampak wife aku ni amik lalu jadi model iklan. Rasanya nak buat entri special pasal braces ni tapi kena kumpul maklumat dari wife aku dulu.

Time pakai braces (sila abaikan terowong dan pipi yang tembam itu)
Proses mencabut besi sedang dilaksanakan
Gigi yang kehilangan kawan besinya
Dah cabut besi kena pakai retainer pulak. Bukak time makan dan sewaktu dengannya je
#2 Dapat hadiah idaman semasa birthday aku.

#3 Syukur...pada hari yang sama dengan birthday aku, surat pengesahan dalam perkhidmatan daripada SPA baru aku terima. Walaupun dah tau awal yang aku ni dah confirm as government servant, tapi surat hitam putih lambat betul dapatnya. Sabar je lah. Yang teruja sangat tu menunggu masa je ni bila nak kuarkan duit EPF memandangkan aku pilih skim pencen. Berapa juta agak-agak eh....Simpan ASB, melabur, bayar hutang, beli rumah, tukar keta, joli, honeymoon, umrah, PTPTN, kad kredit, argh...boleh jadi -ve lagu nih.....
Kata-kata perangsang
"menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang pada masa akan datang"
#4 Kitorang dikejutkan dengan berita kemalangan adik ipar aku, Luqman. Kejadian berlaku pada 26/11/11 yang lalu semasa Luqman and the gang berlima dalam perjalanan pulang dari berkelah di Sungai Tekala dengan menaiki sebuah kereta. Kereta yang dipandu oleh kawannya itu hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan. Kitorang pun bergegas ke Hospital Kajang. Kawan-kawannya ade yang cedera dan ditahan dalam wad; ade yang patah tangan, kaki, gegaran otak tapi alhamdulillah Luqman tidak mengalami luka parah kecuali ketingnya bengkak sedikit dan boleh balik rumah. Harap-harap cepat sembuh pasni boleh main bola, merayap naik fixie hehehe....


Mangsa kejadian
Mangsa menunggu giliran sambil dimotivasikan oleh bapa mertuaku. Aku konfius sape pompuan (free hair) yang dok sebelah mak mertua aku tu. Asyik ade je dia
Bengkak tu tak nampak sangat tetapi bulu kaki itu amatlah jelas ketaranya pun
Sekian alanbaik melaporkan untuk semilang..semilang..semilang.... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...