Sumber dari www.infosihat.gov.my:-
- Terdapat lebih kurang 1.5 billion perokok di seluruh dunia manakala lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
(alanbaik: Kesian....sudahlah pendapatan rendah, harga rokok pulak naik tak turun-turun, bilangan perokok makin bertambah. Fikir-fikirkanlah...)
- Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia.
(alanbaik: Yang ni LAGI KESIAN BERTAMBAH DASYAT! Lagi kesian sebab ramai yang mati dek kerana rokok; tinggalkan anak isteri dan keluarga tersayang. Ingatlah bahawa SMOKING KILLS dan BERTAMBAH DASYATnya pulak bisnes tembakau makin laku lagi menguntungkan. Yang sengsaranya si perokok....)
Untuk maklumat lanjut, sila layari gayahidupsihat.my
Sebagai menyahut kempen #taknak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan nuffnang, ikuti kisah perjalanan PATUNG TAK BERNYAWA (bukan nama sebenar) dibawah ini.....
Patung tak bernyawa....mulutnya berzip tapi boleh dibuka. Dia mempunyai pilihan samada merokok atau taknak merokok.
Jika dia memilih jalan untuk nak merokok....nescaya dia memilih untuk menempah tiket kematian lebih awal kerana merokok menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang boleh membunuh.
Jangan pilih jalan derita. Katakan #taknak
Kempen #taknak digembar-gemburkan,
Smoking kills tegasnya amaran,
Photo contest nuffnang dan Kementerian Kesihatan,
Duit free menjadi rebutan.
No comments:
Post a Comment