Wednesday, 14 December 2011

Impingement Syndrome Part 4

Selepas result x-ray dan MRI diperolehi, doktor mengesahkan bahawa wife aku mengalami minor slipped disc di bahagian tulang belakang dan ligament di bahu koyak. Doktor decide buat injection untuk minor slipped disc terlebih dahulu kerana healing process mengambil masa yang singkat berbanding arthroscopic surgery untuk bahu.


Pagi semalam, seperti biasa wife aku menjalani fisioterapi terlebih dahulu dan aku pergi office kerana ada meeting. Wife aku dimasukkan ke OT room jam 3.00 petang selama 2++ jam. Petang selepas abis meeting hujan turun dengan lebatnya sehingga berita yang aku terima daripada kakakku mengatakan banjir kilat berlaku berhampiran Pusrawi iaitu di kawasan Perpustakaan Negara dan Bernama. Namun memikirkan keadaan wife, aku redah je dengan Lagenda kesayangan.


Wife masih dalam keadaan tidur (diberi ubat tidur dalam OT) semasa aku tiba. Bila sedar pening-pening sedikit tapi keadaan stabil. Hari ni, lenguh-lenguh di kaki kanannya tiada namun terasa sakit di bahagian injection pula terasa sakit. Doktor kata itu normal dan menyarankan agar melakukan stretching untuk mengurangkan kesakitan.

Pain Relief Orthosis. Macam bengkung kot
Petang ni boleh discharge. Yahoo!!! Doktor bagi MC seminggu berehat di rumah. Tetapi di larang untuk membuat kerja berat dan tak payah nak jadi workaholic sangat di office ok! Walau bagaimanapun still ada rawatan susulan, fosioterapi dan harus diingat next operation pada bulan depan ye murid-murid.

1 comment:

n said...

Moga2 kakak saya cepat smbuh..Amin.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...