Wednesday 18 July 2012

Outstation Sesajer

Outstation sesajer tu maksudnya asyik-asyik outstation, asyik-asyik pergi site visit @ site meeting. Kalau musim duduk office, duduk terperap je kat office tu ngadap pc ngadap muka bos. Kalau tiba masa nak outstation, tak berhenti-henti nak pergi site.

Macam sekarang nilah, sejak 2 minggu lepas tiap-tiap minggu aku outstation. Mula-mula gi site kat Sungai Petani, minggu lepas tengok projek baru kat Kelantan, hari ni pulak ada kat Kuching. Esok ada site meeting.



Kalau asyik duduk office pun bosan jugak kan. Sekali sekala outstation boleh mengembangkan minda dan mengembangkan perut juga. Sambil menyelam minum air hehehe. Antaranya:-


Makan Mee Udang Sungai Dua, Penang. Betul-betul hoo liaww. Harga pun hoo liaww jugak.


Makan laksa Teluk Kechai, Kuala Kedah.


Dapat jejak Kilang Rojak Mak Bee. Dapat harga murah beli kat sini.

Dan macam-macam lagi. Dan yang terkini, hari ni pulak dapat:-


Cross Sungai Sarawak naik perahu. Tambang 50 sen je.


First time masuk kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Selama ni dapat makan orang lain belikan. Hari ini dapat jejaki masuk dalam kedai. Boleh rasa semua jenis kek lapis kat sini.

Itulah dia sedikit kepuasan bila dapat keluar office gi outstation. Dapat merasai pengalaman dan menjejaki tempat yang menarik.

Tapi macam biasalah bila masuk je office nanti, confirm banyak kerja yang tertangguh dan task baru menunggu aku.


posted from Bloggeroid

Tuesday 17 July 2012

Nasib Tidak Menyebelahi Kuih Raya Ni


Cerita pasal kuih tart ni pernah aku publishkan satu masa dulu. Klik entri ni.

Ya ampun.....Tak taulah ape nasib 3 ketul kuih tart ni. Hari ni 17/7/12 (bukti pada tarikh newspaper tu) kuih tart tu masih mantain dalam bekasnya lagi. Bulan Ramadan pun dah nak muncul mmenghitung hari. Takkan nak tunggu masuk bulan Syawal menjelang sekali lagi. Nak pecah Malaysia Book of Record ke. Memang tak berusik langsung. Dah berzaman dah orang kata. Nak makan? Tidak sama sekali. Kang tak pasal-pasal ada kes lain pulak yang jadi.

Kesimpulannya ke manakah hala tuju kuih tart itu???


~ Sekian, terima kasih ~



AB: Pejam celik pejam celik dah lebih separuh jalan 2012. Tau-tau je esok lusa dah nak masuk tahun baru. Terasa cepat masa berlalu kan. Umur kita ni makin meningkat tak tau sampai mana titik noktahnya. Insaf sekejap......

Monday 16 July 2012

Pengalaman Jawab Exam Dalam Masa 5 Jam

Dah lama tinggalkan alam persekolahan. Lega rasanya, tak perlu baca-baca, tak perlu ulangkaji, tak perlu buat homework dan asignment, tak payah nak jawap exam, seronok kan? Ingatkan bila dah kerja ni tak perlu mengharungi semua tu. Nah....rasakan.

Awal bulan Julai yang lalu, aku bersama-sama officemate yang lain telah menghadirkan diri dalam peperiksaan. Macam kat sekolah bunyinya kan. Sebenarnya ini merupakan program anjuran jabatan, bos pulak telah memaksa semua staff amik exam ni so aku ni pun dengan keadaan rela hati telah terjebak dalam program ni. Program berlangsung selama 4 hari, di mana hari pertama dan kedua kitorang kena dengar lecture kira macam intensif kelas la ni. Di hari ketiga pula, kitorang kena jawab mockup exam, sungguh tak disangka soalannya memang susah nak mam. Pada hari keempat, hari penentuan, barulah exam sebenar berlangsung.

Memang tak dapat diduga, exam diadakan selama 5 jam dan calon perlu menjawab sebanyak 226 soalan!!! What the... 5 JAM = 226 SOALAN. Ada soalan fakta ada pengiraan. Bapak susah wehhh... First time jawab exam dalam tempoh paling lama dalam hidup aku.

Antara contoh soalan yang ditanya.
Alamatnya ramailah yang kena penyakit batu karang dek kerana menahan kencing selama 5 jam itu. Ada ke yang tahan kencing?

Exam Dah Bermula 5 Hours To Go
Ada 6 topik yang perlu dipelajari dalam masa 2 hari. Kesemua topik tidak pernah aku pelajari di universiti. Orang lain mungkin berfikiran yang sama seperti aku. Syllabus didatangkan khas dari Amerika. Oleh itu secara automatiknya unit yang digunakan juga agak janggal digunakan iaitu unit Imperial; yard, inch, acre, acre-feet, dan macam-macam lagi. Arghh...pening pening. Sedangkan kalau kita kat Malaysia ni kan belajar unit Metric. Terasa macam belajar kat US la pulok. Masakan tidak, lecturer yang mengajar kitorang pun diimport khas dari US. Wow! so impressive tapi tak seimpress masa menjawab exam huhuhu.....



Tujuan exam ni diadakan untuk jadi certified person yang boleh buat endorsement terhadap design berkaitan kawalan hakisan dan kelodak - one part of civil engineering & environmental design. Endorsement tu memang compulsary di US. So sape-sape yang lulus dalam exam ni memang laku la boleh buat duit la kot tapi kena dok kat US la kan. Di Malaysia aku tak sure keistimewaannya...

Selain dipaksa oleh boss, aku attend exam ni sekadar untuk menimba ilmu dan pengetahuan serta tambah pengalaman jek. Sekurang-kurangnya aku dah ada experience amik exam ni. Cukuplah sekali ni je amik exam ni. SERIKKKK. Nak lulus exam bukan mudah ya. Markah lulus untuk exam ni 70% ke atas. Memang stress giler masa jawab exam ni. Sakit kepala + tak cukup masa study. Lepas abis lecture terus jawab exam takde gap untuk study week. Ingat macam study kat u ke ada study week. So preparation setakat yang termampu ajelah.... Jawapan macam takde harapan nak lulus jek. 

Sakit kepala memang tak hilang sampai balik umah. Letih dah kepala otak ni. Memang dah lama tinggalkan zaman belajar n exam ni so rasa otak ni macam tak boleh nak berfungsi dengan baik, kurang gangliosida gamaknya hahaha. Ish....nampak gaya simpan je la hasrat nak further master, berangan ajelah.


AB: Kepala dah sakit, badan pun dah letih, esoknya pulak kena pergi site kat Sungai Petani pulak. Adoiiii....saya yang menurut perintah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...