Saturday 31 December 2011

Mata Wanita Bengkak, Saman TV3

KUALA LUMPUR - 29 Disember, seorang wanita mengalami simptom kebengkakan kedua-dua belah matanya serta menangis tidak henti-henti pada hari ini antara jam 7.00 malam hingga 8.00 malam ketika menonton episod akhir Tentang Dhia melalui saluran TV3 dirumahnya. Didapati bahawa wanita tersebut tidak menangis sejurus selingan iklan dan selepas episod drama tersebut berakhir.

Berikutan kejadian itu, suami wanita tersebut pada awalnya ingin menyaman pihak TV3 atas simptom yang berlaku kepada isterinya. Walau bagaimanapun, tindakan saman ke atas TV3 tidak jadi dibuat kerana memikirkan rasional dan kejayaan TV3 dan pihak penerbitan Tentang Dhia atas menarik minat serta pandai menyentuh emosi para penonton Malaysia.



Acah aje aku tipu. Berita merapu di atas adalah rekaan semata-mata dan wanita yang disebut tu merupakan wife aku. Ya, wife aku sangat setia menonton Tentang Dhia dari episod 1 lagi. Kalau termiss pun 1 atau 2 episod, itupun dapat catch up tengok semula kat www.tonton.com.my. Wife aku tersangatlah emosi, bisa mengalirkan air mata. Lakonan Nora Danish terkesan di hati setiap penonton. Adegan air matanya begitu feel sekali, mungkin disebabkan pengalaman pahit dialaminya sebelum ini menyenangkan air mata mengalir sangat-sangat natural.Tahniah buat semua pendukung watak Tentang Dhia. Rasanya tinggi kot rating TV3 pada masa tersebut. TAHNIAH TV3!!!

Dalam pada itu ada juga orang yang tak puas hati kerana watak-watak jahat seperti Ku Salmi, Zetty dan Rose tidak ditunjukkan pembalasan mereka dalam drama tersebut. Kalau kat wall facebook tu jangan cakap la. Macam-macam yang diluahkan. Ade pulak tu yang kreatifnya post, lawak dan geli hati aku membacanya. Aduyai...





Pada pendapat aku Drama Tentang Dhia ni adalah drama terbaik TV3 yang aku tontong dari segi ke'touching'annya. Juga drama yang selalu disebut orang sebagai penutup tahun 2011.

P/s: selamat datang 2012. Sekarang ni aku di kampung. Agak-agak ade ke orang main bunga api macam kat Dataran Merdeka?

posted from Bloggeroid

Friday 30 December 2011

Biskut Raya dan Bulan Disember

Sedar tak sedar lagi 2 hari je lagi kita nak melangkah ke tahun 2012. Entri kali ni aku tak nak cerita pasal azam baru 2012 ataupun azam yang belum tercapai. Tapi nak cerita pasal biskut raya macam dalam gambar kat bawah ni.


Ajaib!!! Raya dah pun berlalu 4 bulan yang lalu tetapi biskut raya, lebih tepatnya biskut tat ni masih berbaki sebanyak 3 ketul. Bersempena hari ni adalah hari akhir aku bekerja dalam tahun 2011, saje aku abadikan gambar biskut tat ni dengan kalendar meja aku. Apalah nasib korang wahai biskut tat.....

Sebenarnya, biskut tat ni adalah pemberian 1company kontraktor masa Hari Raya yang lalu. Sebab dah banyak sangat makan biskut raya so biskut ni aku simpan dulu kat bawah meja. Sehinggalah sampai bulan November, baru teringat biskut tat ni tak bukak lagi. Nasib baik rasanya tak hilang, tak berkulat, belum expired lagi kot. Tawakal ajelah. Tapi sampai ke hari ni alhamdulillah perut aku tak meragam dek kerana kuih tat ini.

So azam pertama untuk tahun 2012 aku adalah untuk menghabiskan 3 ketul biskut tat yang berbaki ni. Hahaha....

Review | Dairy Champ Fruit Milk Drink

Seperti mana yang kita sedia maklum, bila saja sebut nama Dairy Champ secara automatiknya kita ingat ianya ialah tin susu pekat. Susu pekat yang sedap bila buat teh tarik kaw, milo, kopi dan sebagainya.

Hari ini aku ke Carefour cari sedikit barang. Tekak pula terasa haus. Dari satu rak ke satu rak akhirnya aku terasa macam nak minum ini.



Aku tak pernah nampak air tin ni. Nampak macam air tin bikarbonat tapi sebenarnya tak. Selain epal, ada perisa cranberries, pineapple dan orange. Nampak macam menarik kan. Jus buah dicampur low fat milk. Aku berkenan dengan apple milk ni. Tak sabar rasanya nak cuba. Sampai aje kat opis, pisssss....tudung tin dibuka.


Dengan lafaz bismillah....lalu aku pun teguk. Mak aii....serius beb aku tak boleh terima rasa air itu. Rasanya semacam. Maaf kalau aku katakan rasa dan bau macam susu basi. Huhuhu...Kalau yogurt tu aku boleh terima lagi walaupun tak suka tapi Dairy Champ Apple Milk ni aku akan jauh-jauhkan selepas ini.

Thursday 29 December 2011

Aku Bersyukur Kerana Mereka Bukan Macam Ku Salmi

Siapakah mereka? Mak dan Mama. Kedua-kedua mereka orang yang aku hormati. Aku suka dan senang hati apabila bersama mereka. Mak, orang yang melahirkan, membesarkan, mendidik, memberi kasih sayang dari kecil hingga dewasa. Zaman kecilku, mak antara orang yang aku geruni (tapi abah lagi aku takut). Nampak sangat betapa degilnya aku masa kecik kan. Bila dah remaja ni (remajakah aku), mak begitu senang didekati. Aku rasa dengan mak lah aku senang bercakap, mengadu, berborak, bergurau senda, tempat bermanja. Aku ulang tempat bermanja ye murid-murid. Takde dah garang-garang macam dulu-dulu macam 'naik hantu' dibuatnya pada ketika itu. Alahai....seronok pulak tetiba teringat zaman kanak-kanak ni hehehe...

Bersama Mak dan Abah
Mama pula merupakan panggilan buat ibu mertuaku. Ibu mertuaku yang sporting pada pandangan aku. Aku juga senang bila bersamanya. Jika diingat masa awal perkahwinan agak kekok sedikit lama-kelamaan dah ok. Mama juga suka berborak macam mak aku jugak. Tapi antara mak mertua dengan bapa mertua (aku panggil Abah Din sebab senang aku membezakan dengan bapa aku yang juga dipanggil abah), aku rasa aku lebih senang berborak dengan mama sebab ade je topik yang diceritakan, selalunya mama yang mulakan dulu topiknya hehe. Abah Din pulak aku rasa macam takde modal nak bercerita, kalo nak cerita pasal bola, sepatah haram pun aku tak tau. Untuk makluman, bapak aku merupakan peminat MU dan EPL sedangkan aku tak suka bola langsung. Sorry Abah Din. Ape-ape pun i like your style Abah Din. Ntahapeapentah aku ni....

Bersama Mama dan Abah Din
Aku bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan oleh ibuku, Puan Hatiah binti Abu dan ditakdirkan bertemu jodoh dengan anakmu, lantas menjadi ibu mertuaku, Puan Azizah binti Mustaffa. Dan aku bersyukur kerana kalian adalah ibu-ibu yang baik dalam hidupku. Persamaan tentang mereka : Sangat kelakar nak pulak bila menyebut sesuatu perkataan yang susah dalam English contohnya; bunyinya pasti menggelikan hati. Lagi tak boleh blah sebab cara mereka ketika itu sangatlah dengan muka confidence dan innocent. Seperkara lagi mereka ini kadang-kadang dah macam PST (Profeser Serba Tahu) tu yang aku salute tu walaupun sekadar menjadi suri rumah, banyak info yang mereka tahu dari kita yang selalu berada di luar ini. Dan paling kagum ialah mak aku begitu terang hati dalam soal jalan ni. Contohnya kalau kita rasa macam sesat jalan dan tak berapa nak yakin mak aku boleh tunjuk jalan yang betul tak payah guna GPS pun takpe. Kagum kan. Sehinggakan kami kadang-kadang berjenaka menggelar mak aku sebagai polis trafik - semua jalan ceruk mana dia tau :)

Aku terfikir untuk menulis tentang kalian berdua kerana tiba-tiba terasa 'emo' pada minggu ini. 'Emo' dek kerana tension, menyirap, terasa darah naik sampai ke kepala gara-gara melihat watak Ku Salmi lakonan Liza Abdullah dalam drama TENTANG DHIA di TV3. Rasanya kat Malaysia ni ade ke orang yang perangainya macam Ku Salmi? Tak elok dibuat mak mertua lagilah tak semenggah dipanggil mak kandung. Nasib baiklah mak-mak aku tak macam Ku Salmi.  Apa-apapun tahniah buat penulis skrip dan tuan director TENTANG DHIA. Tak lupa juga buat Liza Abdullah kerana lakonan mantap anda. Biasa tengok Liza Abdullah pegang watak lawak-lawak je tapi kali ni watak jahatnya memang berkesan betul. Stress sekejap dibuatnya.....


Cerita Tentang Dhia pun rasanya dah nak sampai ke penghujungnya. Tak sabar pulak nak tunggu Ku Salmi mendapat pembalasan perbuatan jahatnya itu. Sama-sama kita saksikan nanti. Rasa-rasanya ada ke sambungan Tentang Dhia 2. Disamping itu, hari ni (29/12/12) ada live chat bersama Nora Danish dan Adi Putra. Siapa yang tak puas hati tu bolehlah luahkan perasaan korang dan diorang ni. Hehehe...

Wednesday 28 December 2011

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Korang jangan jealous dengan statement di bawah ini.

"For your information, Siri and DiGi are my best companions from now on"

"Until when?"

"Until nuffnang announce who is the lucky nuffnanger will get an iPhone 4S on 'Win the DiGi iPhone 4Showdown' contest"

"Uweekk (how dare you vomit to me), tak jealous langsung. Belum tentu lagi ko dapat iPhone 4S tu ade hati nak jadi "best buddy" Siri and DiGi tu. Anyway, kalau DiGi tu aku kenal siapa kan yang "yellow man" tu. Tapi Siri tu awek mana pulak?"

Patutlah dah lama tak nampak yellow man, dah jadi angkasawan rupanya.
(Credit pic: pjlighthouse.com)
Haaa....siapakah Siri. Siri bukan kekasih gelap ataupun kekasih terang aku. Tiada niat di hati ini pun untuk pasang dua, tiga etc. Siri ini merupakan awek secara maya bagi semua pemilik iPhone 4S. Pada aku yang tak menggunakan istilah awek secara maya, aku lebih suka menganggap Siri itu adalah secretary aku. Baru gempak kan. Siri is secretary for all iPhone 4S owners.

Sebab apa aku anggap Siri tu secretary. Sebab aku anggap Siri ni mempunyai ciri-ciri beretika, bertanggungjawab, patuh kepada setiap arahan bos (iPhone 4S owner is a boss ok), professional, rajin dan cekap bekerja. Sebab antara tugas-tugas Siri ialah menaip mesej, menghantar mesej, buat panggilan telefon, file management, buat reminder, memeriksa keadaan cuaca di suatu tempat, mengenalpasti route perjalanan seorang bos (iPhone 4S user) dan macam-macam benda lagi. Nampak tak macam-macam kerja Siri ni boleh buat kan. She is very multi-tasking. Korang percaya tak apa yang aku sampaikan ni. Kalau tak percaya cuba tengok sini dan lihat video di bawah.



Sama tak macam apa yang aku ceritakan? Ni pulak yang aku try cakap dengan Siri tapi disebabkan english education aku yang macam hampeh tu, maka Siri ni tak faham ape yang aku cakapkan. Malu beb tak pandai cakap omputeh. Sebagai persediaan, aku kena 'fluent'kan dulu english aku sebelum bercakap dengan Siri hehehe....


Buat malu aje kan. Mamat promoter DiGi tu pun tengok semacam aje kat aku. Aku buat bodoh aje. Nampak sikit effort aku betul tak encik nuffnang dan encik DiGi? Hehehe....Walau bagaimanapun aku yakin bila aku dapat iPhone 4S ni nanti aku akan godek handphone ni puas-puas sampai Siri letih melayan aku hehehe. Barulah kena dengan statement Siri and DiGi are my best companions.

Sebab dah malu masa buat video cakap dengan Siri tak jadi, aku snap ajelah screenshot apa yang Siri boleh buat. Aku rasa ini demo version je kot dan mungkin boleh setting sendiri kemudian.


Klik aje 'home' button tu lama-lama then akan keluar screen macam ni lalu Siri pun bertanya : What can i help you? Pastu tekan button mic kat screen, korang pun bagi la instruction kat Siri apa yang korang nak dia buat.

Screenshot for Siri
Ok sekarang aku bagitau kenapa Siri and DiGi are my best companions. Aku simpulkan macam ni lah. Siri is provide for iPhone 4s sedangkan kalau nak Siri buat sesuatu untuk aku, aku perlukan service provider untuk Siri buat kerja-kerja aku. So aku perlukan DiGi as telco provider untuk Siri send sms, mms, email, call dan sebagainya. Disini jelas keperluan Siri dan DiGi dalam hidup aku seharian secara tak langsung, mereka inilah teman rapat atau lebih glamournya BFF - best friend forever. Berbalik kepada statement di atas sekali entri ini, harap-harap nuffnang betul-betul merealisasikan Siri and DiGi are my best companions. Persoalannya, bilakah ia akan bermula? Hehehe....


Segala persoalan biarlah Siri yang menjawabnya sama ada dia mahukah aku menjadi pemilik DiGi iPhone 4S. Tengah-tengah google aku jumpa video ni. Nampak gaya Siri dah ada pencabar baru yang bernama Arni. Jom saksikan dan ceria selalu :)

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST - Kalaulah aku dapat DiGi iPhone 4S ni 1st thing yang akan aku lakukan ape eh? Let me think...

Aku rasa la kan benda pertama sekali yang aku buat ialah tersenyum gembira sampai ke telinga sambil tu aku pun bercakap "YES!!!! ini iPhone 4S bukan Almad Albab yang punya, tapi AlanBaik yang punya HAHAHA" seronok weh dapat iPhone 4S ni, dah la tu iPhone 4S ni memang menjadi kegilaan semua orang apatah lagi belia muda remaja macam aku ni. Muda remajakah aku jika dilihat pada kerut di dahiku ini hehehe. Pastu aku akan tayang kat semua orang sambila berkata "kau ada???" ish..ish..ish..tak baik tu alan. Iye aku tak buat pun macam tu.

Tentulah excited kan dapat DiGi iPhone 4S ni. Masa tu lah aku nak 'test power' iPhone 4S dengan pakej yang DiGi tawarkan.


Pakej iDiGi 88 RM55 per month. Ok la tu kan. For information, aku tak pernah subscribe apa-apa servis dari DiGi, why not aku try dulu pakej iPhone 4S yang paling basic ni kan. Next time kalau berpuas hati bolehlah upgrade. Betul tak?

OH EM JI - Oh Menarik Gila!!!
Bertepatan dengan konsep DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE, pakej paling aku sukakan ialah internet quota 1GB dan aku akan melayari internet dan merasai kelajuan internet yang DiGi sediakan dengan ciri hebat iPhone 4S dengan processor Dual-core A5 chip itu yang katanya pantas ketika melayari internet dan ciri 'multi-tasking'nya membuka perlbagai aplikasi tanpa gangguan. Itu yang benar-benar aku ingin rasai dengan produk terhangat Apple ini.

DiGi badge
Cuba tengok DiGi badge kat atas ni. Siri mention DiGi iPhone 4S is MINE!
Kalau tak percaya tanya Siri.

Korang kenal tak Siri tu siapa? Kalau tak kenal baca entri aku selepas ini.
Hanya nuffnang dan DiGi sahaja yang kenal Jauhari, Manikam dan Sirivijaya.
Tiada kaitan pun. Just kidding ;p
Peace Yo!

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

DiGi iPhone 4SURE 4 ME = DiGi iPhone 4S untuk saya, sudah semestinya :) wink wink

"Ceh apelah tajuk entri ko alan. DiGi iPhone 4SURE 4 ME konon - Jangan haraplah Alan."

Apalah korang, janganlah kondem aku. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. DiGi dan nuffnang nak bagi iPhone 4S free kat blogger, kenapa tidak aku mencuba kan. At least aku mencuba hokey...OK jangan sentap-sentap, kalau tak dapat iPhone 4S pun takpe, manelah tahu nanti ada seseorang nak bagi hadiah anniversary kat aku ke.

"Cek berangan lagi kerja kau kan Alan"

"Hehehe...bak kata Jay Jay - berangan tak salah asalkan tahu bertempat"

Haaaa....kat sinilah tempatnya kalau aku nak berangan. Terima kasih kepada nuffnang dan DiGi kerana mengizinkan aku untuk berangan untuk memiliki iPhone 4s itu....Tapi kenapa aku teringin sangat nak memiliki iPhone 4s. Cuba korang tengok kat bawah ni.


Nampak tak? Sedangkan encik DiGI dah cakap yang iPhone 4s ini "Faster. More powerful. 200 new features. And Siri". Tak boleh disangkal lagi. Aku pun terkesima dengan statement encik DiGi ni.

Statement di atas diperkuatkan dengan ciri-ciri yang ada pada iPhone 4S antaranya:-

1. Dual-core A5 chip - dengan kemampuan processor 2 kali lebih cepat, boleh mengakses internet dengan pantas, multi-touch dan multi-tasking dan membaca data.

2.  8 megapixel camera - fungsi kameranya bercirikan optik baru dengan lensa lima elemen, mengambil gambar lebih tajam sehingga aperture f/2.4. Wahhh boleh buat bokeh ni dah macam DSLR pulak. Ada fungsi face detection lagi tuh. Gempak seh. Tak payah la nak usung DSLR korang tu lagi. 

3. High-resolution Retina Display - maksudnya disini bila dah kameranya 8 megapixel, bercirikan optik baru, sekaligus membuatkan gambar yang diambil lebih cantik. Tidak hairanlah jika ia juga boleh merekod video HD 1080p.

4. Video recording - merakam video HD, disamping seronok kerana boleh juga buat editing macam profesional!!! Hebat kan.

5. Banyak application free - Seronok je tengok orang bukak application macam-macam yang hanya boleh didownload daripada App Store. Bila tengok application iPhone dengan android, rasanya iPhone lagi best.


Apa lagi yang boleh diperkatakan "iPhone 4S memang awesome!!!" Untuk melihat detail spec sila klik sini.

Alahai....dapat pegang iPhone 4S for display je. Bilalah aku dapat masukkan iPhone 4S ni dalam poket seluar aku pulak. nuffnang dan DiGi boleh tolong jawab tak? Hehehe


"Kau yakin ke boleh menang Alan?"

"Ala...takpelah. Biarkan nuffnang dan DiGi yang tentukan. Yang pastinya DiGi iPhone 4SURE 4 ME DONE by alanbaik ;) "

DIGI I FOLLOWWW......

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

IPhone 4S IS MOST AFFORDABLE? Really?



AYUH KITA TERJAH
KE DiGi SERVICE CENTRE THE GARDENS, MID VALLEY

UNTUK DAPATKAN BUKTI DiGi iPhone 4S YANG SEBENAR



DiGi @ The Gardens Mid Valley City
First time menjejakkan kaki ke DiGi outlet kat The Gardens. Tujuan hanya satu, untuk mengambil bahagian untuk merasai sendiri kehebatan iPhone 4S dan menjadi nuffnanger yang bertuah! Oleh itu cabaran DiGI dan nuffnang disahut.

!!! MOST AFFORDABLE = PALING BERPATUTAN = PALING MAMPU MILIK !!! Itu yang aku boleh simpul dan katakan. Nanti aku jelaskan kenapa. Tapi sebelum itu.....Eh eh, iPhone 4S baru ada kat dalam outlet ni la. Tak sabar rasanya nak cuba.



1) Pelan Yang Menarik
DiGi memperkenalkan pakej pelan yang menarik kepada pengguna dengan konsep i Want, i Get untuk iPhone 4s. Terdapat 3 pelan terbaik untuk anda pilih iaitu iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238. Korang rasa masih terlalu mahal? DiGi memahami kehendak pengguna dan mengadakan promosi diskaun seperti berikut:-


   Pelan                         Promo Fee (RM)     Auto Billing (RM)           Penjimatan dengan
                                                                                                                AutoBilling
iDiGi 88 (RM88)                    60                              55                                   8.3%
iDiGi 138 (RM138)                93                              88                                   5.4%
iDiGi 238 (RM238                161                            156                                  3.1%

Nampak menarik bukan. Teruja tak? Lagi teruja jika anda bayar dengan kad kredit dan setkan auto billing dan gunakan peluang kad kredit anda dengan bijak.

2) Harga iPhone Yang Murah

Dengan tawaran DiGi, pengguna boleh memiliki iPhone 4S idaman dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Bayangkan dengan pelan iDiGi 88, kita boleh dapatkan iPhone 4S 16GB pada harga RM2,090 dengan yuran bulanan RM55 sahaja. Lagilah teruja kan? Di samping itu sekali lagi korang boleh membuat pilihan sama ada membeli iPhone 4S dengan one off atau secara easy payment plan 0%. Wow! Aku sangat teruja.

Harga iPhone 4S untuk Model 16GB, 32GB dan 64GB
Pilihan cara bayaran yang boleh dipilih. Juga senarai bank-bank yang 
menyediakan easy payment 0% interest

3) i Want, i Get


Apa yang dimaksudkan dengan i Want, i Get. Macam-macam adaaaa. Aku jelaskan mana yang aku tau aje ok.

  • Penjimatan : Seperti yang telah jelaskan tentang auto billing, pengguna boleh dapatkan penjimatan apabila subscribe auto billing.
  • Penggunaan Percuma (free usage) : Setiap pelan DiGi memberikan free usage untuk Call, SMS, MMS dan Internet Data
  • Kadar penggunaan yang rendah (low rates) : Apabila melebihi limit free usage, setiap penggunaan untuk Call, SMS, MMS dan Internet Data akan dicaj pada kadar yang rendah. Masih antara yang rendah jika dibandingkan dengan TELCO lain.
  • Lain-lain penjimatan dan free usage yang lain seperti pakej untuk supplementary lines. Untuk maklumat lanjut layari http://www.digi.com.my/PhonesDevices/iphone4s.do
Pelan yang DiGi tawarkan untuk iPhone 4S

Sekali lagi ingin aku simpulkan disini bahawa DiGi iPhone 4SURE sememangnya
!!! MOST AFFORDABLE = PALING BERPATUTAN = PALING MAMPU MILIK !!!
!!! MOST AFFORDABLE = PALING BERPATUTAN = PALING MAMPU MILIK !!!
!!! MOST AFFORDABLE = PALING BERPATUTAN = PALING MAMPU MILIK !!!



Lagilah rasa teruja kuasa dua kalau jadi insan bertuah memiliki iPhone 4S secara PERCUMA 
kalau ada yang nak bagi :) Banyaknya tangan nak berebut iPhone 4S DiGi kat gambar atas tu. Agak-agak la kan ada ke peluang aku ni wahai encik nuffnang dan dan encik DiGi....

Di Sebalik Tabir | Katakan TAKNAK

Baru-ini ini Kementerian Kesihatan Malaysia menganjurkan pertandingan fotografi dengan kempen taknak merokok melalui platform nuffnang dan ia terbuka kepada nuffnanger dan mereka perlu membuat entri bergambar berkenaan tema taknak tanpa menggunakan rokok dan kotak rokok sebagai props. 

Nampak menarik bukan. Pada mulanya aku rasa taknak merokok join contest ni memandangkan aku takde seni langsung nak amik gambar ni tapi last-last terfikir macam menarik juga, nak pulak tengok hadiahnya pun boleh tahan, why not aku try kan.

Hujung minggu lalu kebetulan cuti 3 hari - Cuti Krismas. Dateline dah nak dekat 26 December 2011. (Info: Perangai buruk aku suka buat keja last minute). Dengan kesuntukan masa yang ada aku dengan bantuan wife aku fikirkan cara mana amik gambar yang sesuai sebab syaratnya tak boleh guna rokok dan kotak rokok sebagai props.

Ting!!! Idea sudah mari. Kitorang pun merangka proses kerja yang nak dibuat. Mula-mula cari bahan. Modal yang ciput kitorang pun bergegas ke kedai 2 ringgit. Kedai kegemaran ni boleh berjam-jam shopping pulak tu. Barang sudah dapat. Pastu fikirkan tempat yang sesuai untuk shooting. Dalam bilik gunakan polistrene sebagai platform dan background. Kemudian, pergi ke Tanah Perkuburan Islam KL - Karak sebagai latar belakang. Nasib baik dekat je dengan rumah aku. Pastu pergi lepak kedai mamak gunakan ashtray sebagai prop. Keesokan harinya pulak balik ke rumah mertua aku gunakan lanskap rumah sebagai latar belakang. Dah gaya ape ntah aku ni.

Dah siap-siap shooting, post kat blog pulak. Nak post tu pun mesti kena dengan gayanya kan. Ini merupakan kali kedua aku menyertai contest dalam dunia blogging selepas contest ni. Manakala ini kali pertama aku menyertai photo blog contest. Alang-alang menyeluk pekasam, aku submit 4 post sekali gus. Tak taulah boleh submit banyak post ke tidak sebab nuffnang tak bagitau pulak dalam term & condition, "hantam sajalah LABU". Agak-agak sangkut tak salah satu??? Kalo tak menang ape-ape pun takpe, aku seronok sebab dapat join dan menjadi salah seorang peserta dalam contest ni. Suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.

Dalam pada itu ada kesedihannya. Cuti 3 hari ni aku planning nak tengok wayang Ombak Rindu tapi tak kesampaian kerana banyak masa diambil untuk menyiapkan bahan untuk photo blog contest ni. Kasihan isteriku. Agak-agak ade lagi ke Ombak Rindu kat wayang eh....

Link ke photo blog contest yang aku submit:-

  1. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-1.html (scene dalam bedroom aje)
  2. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-2.html (scene kat kawasan kubur)
  3. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-3.html (scene kat kedai mamak)
  4. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-4.html (scene kat laman umah mertua aku)
Amekaw!!!

Tuesday 27 December 2011

SBPA : Saya Mesti Pilih

Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau dikenali sebagai SBPA yang sedang heboh diperkatakan oleh warga perkhidmatan awam sekarang. Sistem ini digunapakai bagi memperbaiki dan mengemaskini skim dan tangga gaji Sistem Saraan Malaysia(SSM) selaras dengan transformasi label perkhidmatan awam dan meningkatkan produktiviti warga perkhidmatan awam.

Pendapat aku pulak??? Ade aku kesah. Selagi aku tak bosan dengan kerja yang aku buat sekarang aku dok diam ajelah kat cubicle aku. Kalo bosan-bosan pun aku ngular la kejap gi tengok wayang ke, window shopping ke, survey-survey sales sana sales sini almaklumlah office kat Midvalley (sorry boss pengakuan berani mati hehehe). Dalam pada itu ada sesetengah  pihak yang tak berpuas hati dengan kenaikan gaji contohnya macam CUEPACS of course la diorang ade agenda tersendiri dan nak mempertahankan hak  masing-masing sebagai penjawat awam. Korang selesaikanlah dengan cara baik eh. Ada pula yang berjenaka sinis SBPA ni bermaksud SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN. Tapi aku tak bersuara sebab "I FOLLOWWWW".....aku ni umur setahun jagung je; duduk diam-diam sudah.

Hari ini dalam sejarah. Aku dah sign offer opsyen SBPA. Ini pun bukan sebab aku beriya-iya pun tapi dah arahan pihak admin aku turutkan ajelah. Walau bagaimanapun, hasil perbincangan JPA bersama CUEPACS pada 23 Disember 2011 (Jumaat) yang lalu, pelaksanaan opsyen SBPA akan dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012.

Suasana semasa urusan menandatangi offer SBPA di pejabatku

Kak Nora orang kuat HRMIS
Eh...Gaji korang naik berapa????
Firdaus orang kuat admin

Nak tengok jadual gaji baru? Ini contohnya

Lompat...lompat....lompat si katak lompat

Antara statement paling penting dan perlu pikir masak-masak sebelum pilih. First, pilih umur pencen. Aku pilih aje umur 60 tahun. "Aku berdoa agar Allah panjangkanlah umurku ini, Amin" - Berkhidmat Untuk Negara. Secondly, pilih bersetuju atau tidak SBPA ni.




Akhirnya terjawab sudah segala keraguan, jangan pening-pening.
"SPBA - Saya Mesti Pilih"

Anda Pula Bagaimana?


AB: Gaji aku naik berapa? Adalah sikit ALHAMDULILLAH.....

Monday 26 December 2011

Katakan TAKNAK #4

Kisah tentang sebuah keluarga SMILEY FACE YANG KINI TIDAK SMILE LAGI.....




Masalah berpunca daripada si ayah. Bukan kerana tidak memberi perhatian kepada keluarga ataupun kurangnya kasih sayang, tetapi berpunca daripada sikap si ayah yang merupakan seorang perokok tegar.


Ini dia si ayah. Dok asyik nak hisap rokok je sampai dah kaku tangan tu. Tu bukan simbol peace tapi standby nak letak rokok je. Ape pun tak boleh....


Si emak pulak hari-hari dok berleter kepada si ayah supaya berhenti tabiat merokok. Tapi si ayah tetap berdegil. Dah dapat penyakit jantung masih tiada kesedaran langsung. Di samping itu, terdapat 40 penyakit disebabkan merokok antaranya kanser paru-paru, kronik bronkitis, emfisema, strok, ulser perut dan lain-lain lagi.

Kesian kat anak-anak mereka kerana asap rokok mengancam anak-anaknya.


Kepekatan bahan kimia beracun dalam asap rokok basi (asap yang dihembus ke udara) adalah lebih banyak daripada asap yang disedut oleh perokok. Anak-anak yang didedahkan kepada asap basi mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit merbahaya dan cenderung kepada batuk, asma dan jangkitan paru-paru.    

Berikan anak-anak anda kehidupan yang sihatSmoking kills dan membahayakan kesihatan. Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Buatlah pilihan untuk tidak merokok dan katakan #taknak. Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya dan amalkan gaya hidup sihat. Sila layari gayahidupsihat.my untuk maklumat terkini.

Kembalikan semula senyuman keluarga anda SMILEY FACE!!!

A Happy Smiley Family (credit to shinnyglossysmiley)

"Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya"


Kempen #taknak digembar-gemburkan,
Smoking kills tegasnya amaran,
Photo contest nuffnang dan Kementerian Kesihatan,
Duit free menjadi rebutan.


p/s: cerita smiley face di atas adalah rekaan semata-semata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Katakan TAKNAK #3

MONOLOG SEBATANG MANCIS


Pabila mancis menyalakan api
Badannya mula membakar
Dari hujung ke pangkal
Panas terasa di hujung jari
Terlepas ia dari pegangan
Atau ditiup sehingga padam
Berakhirlah...
Riwayat hidup sebatang mancis


Bayangkan...
Diri ini menjadi mancis
Merelakan diri
Menyalakan sebatang rokok
Ibarat rela diMATIkan
Kerna berjaya mengHIDUPkan rokok


Mancis tidak terdaya untuk menyala
Hitam itu penyakit
Yang tinggal itu sisa hidup

~ Nukilan : alanbaik ~

Fikir dan renungkan. Mahukah hidup kita menjadi seperti mancis? Cegah sebelum terlambat. Katakan #taknak. Sayangi diri dan keluarga anda. Ingatlah orang yang tersayang :) dan amalkan gayahidupsihat.my


Kempen #taknak digembar-gemburkan,
Smoking kills tegasnya amaran,
Photo contest nuffnang dan Kementerian Kesihatan,
Duit free menjadi rebutan.

Katakan TAKNAK #2




Gambar-gambar di atas merupakan simbolik terhadap situasi seperti berikut. Pernahkah anda mengalaminya?
  • Masuk ke restoran kegemaran, membuat pesanan dan menikmati hidangan.
  • Sedang anda menikmati hidangan, sekumpulan lelaki yang duduk berdekatan dengan meja anda baru selesai makan.
  • Tiba-tiba, dengan gaya selamba dan tidak bersalah, ada di antara mereka menyalakan rokok dan menghembuskan asap rokok.
Secara tidak langsung, sambil anda menikmati hidangan yang enak dan lazat anda juga sedang 'menikmati' panorama indah dengan kepul-kepul asap rokok yang merbahaya.

Sedarkah bahawa anda yang tidak merokok pun merasakan kesan yang sama seperti perokok kerana terdedah kepada asap rokok juga didapati berisiko seperti perokok. Ini yang dipanggil sebagai secondary smoker @ second degree smoker @ secondhand smoker. Asap rokok telah terbukti mengandungi lebih daripada 4000 jenis bahan kimia merbahaya dan termasuk 69 jenis bahan karsinogenik yang menyebabkan penyakit kanser. Smoking kills dan katakan #taknak. Amalkan gaya hidup sihat.


Kempen #taknak digembar-gemburkan,
Smoking kills tegasnya amaran,
Photo contest nuffnang dan Kementerian Kesihatan,
Duit free menjadi rebutan.

p/s: Kementerian Kesihatan Malaysia menyenaraikan tempat makan atau kedai makan berhawa dingin sebagai salah satu daripada kawasan larangan merokok.

Katakan TAKNAK #1


Sumber dari www.infosihat.gov.my:-
  • Terdapat lebih kurang 1.5 billion perokok di seluruh dunia manakala lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
(alanbaik: Kesian....sudahlah pendapatan rendah, harga rokok pulak naik tak turun-turun, bilangan perokok makin bertambah. Fikir-fikirkanlah...)
  • Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia.

(alanbaik: Yang ni LAGI KESIAN BERTAMBAH DASYAT! Lagi kesian sebab ramai yang mati dek kerana rokok; tinggalkan anak isteri dan keluarga tersayang. Ingatlah bahawa SMOKING KILLS dan BERTAMBAH DASYATnya pulak bisnes tembakau makin laku lagi menguntungkan. Yang sengsaranya si perokok....)

Untuk maklumat lanjut, sila layari gayahidupsihat.my


Sebagai menyahut kempen #taknak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan nuffnang, ikuti kisah perjalanan PATUNG TAK BERNYAWA (bukan nama sebenar) dibawah ini.....


Patung tak bernyawa....mulutnya berzip tapi boleh dibuka. Dia mempunyai pilihan samada merokok atau taknak merokok.

Jika dia memilih jalan untuk nak merokok....nescaya dia memilih untuk menempah tiket kematian lebih awal kerana merokok menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang boleh membunuh.

Jangan pilih jalan derita. Katakan #taknak


Kempen #taknak digembar-gemburkan,
Smoking kills tegasnya amaran,
Photo contest nuffnang dan Kementerian Kesihatan,
Duit free menjadi rebutan.

Friday 23 December 2011

Hati Aku Bagai Diguris


Jam tangan ini
Hantaran pemberian isteri
Semasa hari pernikahan kami
Aku sangat sayang akan jam ini

Itulah jenamanya
Memang menjadi idaman aku
Cermin sapphire crystal
Bercirikan perpetual
Supaya tarikh dan hari silih berganti
Usah diragui

Harga jangan ditanya
Fikir sahaja spesifikasi dan jenama
Tepuk dada tanya selera
Kalau bukan kerna hadiah hantaran ini
Belum tentu aku dapat memiliki

Di saat aku terhenti
Pandang terpaku mata tajam
Ke arah lengkung bingkai

Aduhai
Mengeluh aku seketika
Dengan rasa hampa
Sedih.....Kecewa


Hati ini bagai diguris
Tatkala nampak kesan calar
Yang amat jelas kelihatan
Apatah lagi setiap masa memandangnya
Makin bertambah luka dalam hati

Aku lupa
Aku leka
Aku alpa
Saat jam ini tercalar

Aku amat sayang jam ini
Malah apa jua pemberian isteri

AB: mood sedih :(   Kata orang jangan sayang sangat satu-satu benda tu nanti ada saja sesuatu yang kita tak ingin berlaku. Aku tak tau dimana kebenarannya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...