Wednesday 31 October 2012

Kepentingan Eno Dan Jarum Peniti Semasa Berkursus



Salam siaran dari Awana Genting Highland. Wahh sejuknya kat sini. Nyaman terasa suasana dilitipu kabus. Kabus je pun kekdahnya bukan salji so tak perlu feeling obersi sangat kan.





Penginapan aku disini selama 5 hari 4 malam. Hamek kau. Arini masuk hari yang ke 3 aku di sini. Kehadiran aku disini atas jemputan Nuffnang RWGenting evangelist. Ok aku tipu. Takde maknanya nuffnang nak ajak aku datang sini. Aku sedar sapelah diriku ini *sobsob*



Gambar di atas merupakan bukti kukuh menunjukkan sebab musabab kehadiran aku di Awana Genting ni. Dengan bangganya aku nak bagitau mood happy yang teramat sangat sedang melanda diri ini. Takde maknanya mood happy bagai dengan situasi sekarang. Gila kot 5 hari 4 malam tu terlibat dalam bengkel projek ni. Bosan ya amat sangat. Ni first time ni aku involve kursus@bengkel lama-lama macam ni. Paling lama pun 3 hari jek.

Tapi ade part yang bestnya. Mesti semua orang dah boleh agak kan. Ya betullll! Part yang best yang dinanti-nantikan ialah makan, makan dan makan. Gila baq hang kat sini punye buffet punyalah banyak pilihan. Dah la banyak pilihan sedap pulak tu. Kuat nafsu makan kaw kaw memang tak hengat dunia.

Aku saje tepekkan gambar makanan yang aku hadap bagi memudahkan pengiraan kalori yang aku telah ambil hehehe.





















Nampak tak variasi makanan yang aku ghadak. Begitu jugalah bertambahnya berat badan aku. Mengah weh keras perut kot.

Berbalik kepada tajuk entry aku, memang penting rasanya eno time gini. Sebab bila kursus je mesti ada makan. Kursus makan makan kursus makan makan makan makan. Aku ni kiranya dah macam orang dalam iklan eno tu. Mengah weh rasanya sekarang ni. Tapi malangnya eno takdok huhuhu.....

Yang kes jarum peniti pulak? Perut ni dah macam belon rupanya. Kalaulah ade jarum peniti, nak dicucuk-cucuk je kat perut ni harap-harap boleh kempis. Woi!!! Itu nak mencedera diri sendiri namanya. Jangan carik penyakit ye alan. Gurau jek hihihi


p/s: abis bengkel ni rasa nak dietlah (tangan di bahu mata ke atas)

posted from Bloggeroid

Thursday 25 October 2012

Fadhilat dan Hikmah Korban

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu"

Hadis Riwayat Al-Tarmidzi
 
Huraian Hadis
  1. Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
  2.  
  3. Antara hikmah korban adalah:
    • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
    • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
    • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
    • Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
    • Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
    • Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
    • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
 
[sumber: www.islam.gov.my] 
 
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433H
DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN
 
DARIPADA

Wednesday 24 October 2012

Urusan Pindahmilik Cukai Taksiran DBKL

Rentetan daripada peristiwa Lewat Bayar Cukai Taksiran DBKL yang lalu, aku mengambil inisiatif untuk  melakukan proses pindahmilik harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau dengan kata lain tukar nama hakmilik ke atas bil cukai taksiran yang akan diterima pada penggal yang akan datang. Ini bertujuan memudahkan aku mengenalpasti bil-bil yang perlu dibayar ke atas nama aku sendiri sebagai pemilik harta tersebut. Wahhh! Karangan sangat ayat aku kali ni.
1. Apakah cukai taksiran?
Cukai yang dikenakan oleh DBKL ke atas harta milik persendirian seperti rumah kediaman, harta perniagaan, perusahaan dan tanah kosong yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
2. Mengapa cukai taksiran perlu dibayar?
Bagi kesejahteraan warga KOTA, hasilnya digunakan untuk:
i. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi dan lain-lain.
ii. Pembersihan kawasan perumahan, perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
iii. Pembinaan dan penyelenggaraan insfrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
iv Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
v. Pembangunan KL


Disini aku ingin kongsikan pengalaman ketika proses permohonan pindahmilik ke atas cukai taksiran DBKL. Pertama, dapatkan borang I & J dan isi borang tersebut. Dengar sahaja borang I & J macam 2 borang tetapi sebenarnya 1 borang je. Borang boleh didapati di kaunter bayaran DBKL atau download di http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=112&Itemid=860&lang=ms

Contoh Borang I & J aku
Isi segala mak nenek maklumat yang perlu dalam borang tersebut. Sila isi dengan berhati-hati agar permohonan anda berjaya. Dah macam nak isi borang OMR nak apply masuk U la pulak. Teringat dulu-dulu isi borang UPU sampai nak cramp tangan dibuatnya. Bebudak sekarang tak merasa semua isi online kan? Teknologi sangatttt!!! Opss aku sudah melalut. Sekian....


Ok sambung balik topik. Dah lengkap isi borang semua tu, sila sertakan bersama 1 salinan kad pengenalan dan S&P atau geran kalau ada. Lepas tu korang boleh bersenang lenang berlenggang kangkung menghantar borang tersebut LALALALALA tapi masalahnya.......

Di mana nak hantar borang tersebut?

Borang tersebut perlu dihantar ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, DBKL yang terletak di bangunan TH Perdana. Sebagai pedoman dan memudahkan korang, carik je Tabung Haji yang bersebelahan dengan Maju Junction Mall, masuk ikut pintu utama nak ke Tabung Haji tu dan gi dapatkan pass kat Pak Guard depan kaunter.


Naik lif dan pergi ke tingkat 4. Sampai je kat tingkat 4 tu masuk pintu yang ada kaunter macam gambar kat bawah ni.


Dah sampai? Tak reti-reti nak serahkan dokumen kat orang jaga kaunter tu. Jangan lupa senyum :)
Semoga berjaya!!!

Saturday 20 October 2012

Sambutan Hari Lahir Si Dia (Part 2)

Sambungan entri Part 1

"Sweet"
"Menarik"
"Kreatif"

Itulah jawapan bila tanya si dia apakah perasaan dapat hadiah tongkat Datuk K itu. Wife aku dah dapat teka hadiah tu ialah stand mixer. Bijak macam suaminya :) Tambah wife aku lagi, ibaratnya macam dapat hadiah kereta, dapat kunci kereta. So dapat stand mixer dapatlah beaternya. Betul jugak kan. Tak dapat bagi kereta, bagi stand mixer pun dah macam bagi kereta jugak LOL...


Lepas abis waktu bekerja, wife aku datang ke Mid Valley, area ofis aku je, Senang cerita kan tak payah pening-pening. Tapi sambutan kali ni biasa-biasa je takde potong-potong kek. Kitorang sambut kat Haagen-Dazs. 


Motif sambut kat Hageen Dazs? Wife aku ade member card Haagen-Dazs, so dapat complimentary birthday ice-cream pastu any purchase dapat 30% discount. Berbaloi kan.

Saat menikmati ice cream free dan bergambar dengan hadiah birthdaynya. Oh ya, baru aku tau K yang dimaksudkan pada besi tu bermaksud Kenwood.

Of course tak puas makan ice cream tu, sambutan birthday girl diserikan lagi dengan hidangan Fondue. First time makan benda ni. Sangat-sangat teruja. Dah namanya ice cream Haagen Dazs memang sedap tak terkata la. Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni.
1 set of Fondue siap dengan hot chocolate dip sauce. Yummy!

Dengan fix flavour of scoop ice cream. 4 perisa semuanya terdiri darpada belgian chocolate, strawberry, cookies & vanilla cream dan vanilla & cream.

Fresh fruit: strawberry and green apple. Sedapnya makan strawberry celup chocolate.

Brownies, sponge cakes dan biskut. Siap dengan topping almond nibs

Amik gambar dulu sebelum balik

Saat yang ditunggu. Dah tak sabar-sabar wife nak balik rumah nak tengok dalam isi dalam kotak stand mixer tu. Suka ya amat (aku pun suka jugak sebenarnya). Acara unboxing pun bermula...

Stand mixer Kenwood model KM262, jadilah kan buat belajar-belajar untuk entry level. Lepas ni banyak la masanya dihabiskan kat dapur agaknya. 

Tongkat hikmat sakti datuk K Tingggg!!! Bertukar!!!
  
Walaupun tak sabar, tapi cukup berhati-hati ye.
Maklumlah dah jadi koleksi kesayangan.

TADAAA!!!


Cik puan Nonie, bila dah ade gadjet ni, boleh la lepas ni rajin-rajin buat kek ke, cupcakes ke, roti canai ke, cekodok ke, goreng pisang ke, boleh  jadi  expert macam KakInaKL hehehe... Fighting!!!

Friday 19 October 2012

Sambutan Hari Lahir Si Dia (Part 1)

Hari ni merupakan hari lahir si dia, isteriku yg terchenta. Kalau boleh, setiap tahun kalau nak sambut hari lahir si dia mesti nak plan macam-macam, nak yang lain daripada yang lain, tapi itulah....ongkosnya yang menjadi penghalang sebab nak buat yang grand-grand kekdahnye. Tapi ini aje yang termampu, pagi tadi nampak dia dah gumbira, kira menjadilah planning aku ni.
Ok cerita sebelum hari ni, fikirkan hadiah apa yang aku nak bagi tahun ni. Pikir punya pikir punya pikir, menjelang AEON Day baru-baru ni kat Mid Valley, seperti Allah telah memudahkan urusanku. Aku telah ketemu sesuatu yang aku rasakan mesti si dia akan suka dengan hadiah yang bakal diberikan.
Apakah hadiah tersebut. Aku malas nak amik gambar. Yang pasti kotaknya besar. Ahh! Lagi satu benda nak pikir. Camna nak bagi hadiah kotak sebesar ni. Nak wrap pun leceh. Ting!!! Sekali lagi idea sudah mari. Aku hanya mengambil isi perut (1 bahagian sahaja) dari kotak tersebut lalu letak dalam sampul yang amatlah simple. Itulah kelebihannya ofis kat Mid Valley ni, nak cari barang apa semua senang jek :)


Inilah dia sebahagian daripada isi perut dalam kotak yang aku maksudkan. Apakah benda itu? Aku gelarkan ia tongkat datuk K sebab ada huruf K pada benda tersebut.


***MALAM TADI***

Konon-konon nak buat surprise, nak bagi wife aku berfikir supaya sel-sel otaknya berfungsi dengan baik. Beginilah rupa sampul yang dah siap diisi tongkat datuk K itu. Wish card tu satu kemestian kan.


Tada...Dah siap apa yang patut. Cari tempat yang strategik nak letak hadiah ni. Ok dah jumpa. Letak elok-elok di antara perhiasan atas bookshelf ni. Agak-agak si dia perasan tak? Oh ya, kejadian ni berlaku semasa si dia sedang nyenyak tidur.


***PAGI TADI***

Pagi-pagi lagi wife aku dah bangun aku masih tido lagi sambil terbau nasi goreng yang tengah dimasaknya. Hmmm...dia tak perasan lagi kot hadiah tu. Masa tengah bersiap-siap nak gi kerja tadi wife aku tak perasan hadiah dok atas bookshelf  ni. Aku pun wat donno je tapi dengan harapan dia akan perasan kuikuikui....Tak lama lepas tu baru dia perasan dengan perasaan happy sambil berkata "abaaaaaannngggg...", tersenyum lebar dia. Pastu dia excited nak bukak hadiah dan baca kad tu tapi aku suruh dia bukak kat opis. Apakah reaksi si dia bila tengok tongkat datuk K itu? Apakah hadiah sebenar yang beliau dapat tahun ni? Cerita selanjutnya akan diupdate selepas ini. Memandangkan tajuk entry ada Part 1, maka wajiblah untuk aku update Part 2 nanti.

Thursday 18 October 2012

Cukai Taksiran DBKL: Bayar Sebelum Terlambat

Cukai taksiran @ Cukai pintu DBKL perlu dilunaskan 2 kali setahun iaitu pada penggal pertama dan penggal kedua. Bagi penggal pertama bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari manakala untuk penggal kedua pula bayaran hendaklah dibayar sebelum 31 Ogos. 

Haa aku kena amik berat pasal hal ni sebab mulai tahun ni dah kena bayar cukai taksiran sendiri. Sebelum ni langsung tak pernah amik port sebab dok umah makbapak.

Kalau tak bayar sebelum tarikh tu ape jadik?

Yang ni lagi satu perkara penting yang perlu amik port. Kalau lewat bayar kita boleh dikenakan caj atau denda dengan kata lain kita telah berjaya menambahkan kekayaan DBKL dengan hasil kutipan denda ni dan aku antara salah sorang yang berjaya mengkayakan DBKL ni. 

Masa penggal pertama awal tahun aritu bayar on-time sebab laywer masa nak sign MOT ada remindkan. Ni masa penggal kedua, surat sampai kat rumah tapimalas nak bukak sebab surat tu tulis nama owner lama. Itulah puncanya.


So hari demi hari berlalu sampailah satu hari ni terdetik nak bukak sampul tu sebab sampul tu ada cop DBKL. Sekali bukak tengok dah over due lebih dari 31 Ogos. Menggelupur esok harinya terus gi DBKL kat Jalan Raja Laut. Tak pasal-pasal kena denda RM2.00. Walaupun hanya RM2.00 kalau dah 100 orang dah RM200.00. Itu kalau 100 orang tapi kalau beribu-ribu orang wow!!!


Tengok kat bulatan merah yang paling bawah tu, siap tulis tanpa prasangka. Memang tanpa prasangka dengan konfidennya orang DBKL ni bagi denda kat aku. Sudah terang lagi bersuluh salah aku kan. 

Lesson learnt:
1) Asal nampak je sampul surat DBKL terus bukak jangan tunggu-tunggu lagi...

2) Bayar cukai taksiran sebelum terlambat

Wednesday 10 October 2012

Giveaway: Himalaya Body Wash

Ini giveaway bukan sebarang giveaway. Tak perlu nak submit permalink entry. Tak perlu submit contest form. Tak perlu tulis slogan. Tak perlu jadi follower. Tak perlu like fanpage fb pun. Hamboi...banyak benor tak perlunye. Ate teman nak bagi jalan mudah je nak dapatkan giveaway ni.

1000 BOTTLES OF BODY WASH (30ml) TO BE GIVEN AWAY!!

Use Neem for problem free, irresistibly kissable skin!. Available at Himalaya Boutiques. It will be a wonderful opportunity to enjoy GREAT saving!! Visit your nearest Himalaya's outlet today!


Haaa...gitulah bunyiknye email yang aku dapat Himalaya. Mula-mula malas nak layan email ni tapi pikir-pikir balik kat bawah opis ni ade butik Himalaya, bila free lunch time tu boleh la singgah.

Caranya mudah je. Aku tunjuk step by step:-
  1. Mula-mula korang kena print out voucher yang kat atas ni. Atau klik link http://wavemailengine.com/uploads/himalaya/images/1000_free_gift2.jpg
  2. Isi detail kat voucher tu.
  3. Terjahi mana-mana butik Himalaya kat Malaysia ni untuk tujuan penebusan. Boleh guna store locater ni untuk cari butik-butik yang berhampiran dengan tempat korang http://www.himalayaasia.com/Storelocator.htm. Mintak maaf orang-orang Sabah, butik sana tak boleh redeem la.
  4. Just tunjuk kat cashier atau sales assistant kat butik tu sambil buat muka seposen sebab niat tak nak beli barang lain pun kan. Hahahaha
  5. Pastu korang akan dapat la body wash tu dengan hati riang macam menang contest hadiah utama walhal takde la ape sangat pun. Tapi tertakluk kepada terma while stock last. Jadi jangan berlengah lagi.
Semudah itu kan. Bila dah dapat tu jangan lupa lemparkan senyuman yang paling manis dalam hidup korang dan ucapkan terima kasih. Penting tu, sebahagian kempen "budi bahasa budaya kita".

cream . honey
Inilah rupa body wash yang aku dapat. Botol sample 30ml je pun. Sempatlah guna 2 kali mandi. Boleh bawak gi outstation nanti. Ishh..bila pulak nak gi outstation ni. Tak sabar nak lumur madu satu badan hehehe.... Oh ya, aku redeem body wash ni kat butik Himalaya Mid Valley. Cepat-cepat gi beratur tu.






Tuesday 9 October 2012

Aktiviti Wajib Apabila Berada Di Fraser Hill

Hamboi....dah hari kedua kerja ni, dalam kepala asyikla teringat-ingat suasana di Fraser Hill. Maklumlah 1st time menjejakkan kaki ke sana. Ok, mula-mula masa sebelum nak gi FH ni takdelah excited sangat kan. Kat atas tu bukan macam kat Genting. Tapi bila dah sampai, wahh mak suka sangat!!!

 
 Pertama sekali, aktiviti wajib yang perlu dibuat bila sampai ialah bergambar depan mercu tanda FH iaitu menara jam. Sebelum ni dok tengok kat gambar orang je, kali ni aku pulak nak bergambar kat sini. Puas hati aku. Bukan apa, itu semua bukti penting di mana aku pernah menjejaki FH ni, betul tak? Kenangan tu.


 Ekceli menara jam ni terletak di tengah-tengah roundabout. Eh, tak bahaya ke bergambar tengah-tengah roundabout tu? Nak kena lintas jalan bagai? Macam susah je nak amik gambar. Hello....ni FH ok bukan KL, bukan roundabout Kg. Pandan. Korang pasti akan rasa senang lenang je nak bergambar sambil fotographer dok kat tengah jalan kerana kat sini tak sesak macam KL lagipun kalau keta lalu diorang akan lebih berhati-hati daripada korang yang tengah photoshoot ala model tu (pengalaman sendiri masa drive kat situ).


Selain itu, aktiviti lain di FH ni lebih kepada mendekatkan kita dengan alam semulajadi. FH ni tempatnya memang cantik - bangunan-bangunan lama ala Inggeris, kehijauan pokok dan pelbagai jenis bunga, tempat riadah dan lain-lain lagi. Kalau amik gambar banyak-banyak pun tak rugi.

Saturday 6 October 2012

Teruja Nak Pergi Fraser Hill

Seumur hidup aku yang nak mencecah 30 tahun ni, tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Fraser Hill. Memang tak terlintas dan berkeinginan pun nak terjahi ke Bukit Fraser. Tak tau kenapa mungkin Fraser Hill jarang disebut-sebut berbanding Cameron Highland kot. Wife aku pernah ajak jalan-jalan ke FH tapi tak pergi pun.

Beberapa hari lepas dapat sms dari seorang member mengajak bercuti di rumah peranginan milik syarikatnya. Setelah berbincang, akhirnya persetujuan dimeterai. Wah! dimeterai sangat ayat tu.

Barulah rasa teruja tu datang tapi tak berapa sangat teruja la sebab cerita pasal FH ni aku jarang dengar. Tak tau apa sangat specialty dan tempat-tempat menarik kat sana. Berbanding wife aku pulak, dia memang excited nak pergi tempat-tempat sejuk ni. Since dari Subuh tadi dia dah start buat persiapan, packing baju, masak breakfast. Aku pulak ZZZzzzz hehehe.... eh ada la tolong iron baju habaq hang.


Apa yang aku pasti, kalau dah sampai FH mesti kena pergi tempat ni pastu amik gambar depan jam ni. Betul tak? Hehehe.... Oklah, nak siap-siap dah. Semoga perjalanan selamat sampai ke destinasi percutian. Feeling ala-ala negeri omputeh la sangat kan. 

Misi Berjaya: Nikmati Mee Sotong Hameed 'Pata'


#Entri ini merupakan entri antiklimaks di mana berzaman jugak la nak menunggu kesinambungan kisah dalam entri  Misi Pencarian Mee Sotong Gagal. Ok jom kita sambung episod seterusnya...

Orang selalu kata usaha itu tangga kejayaan. Inilah berkat usaha dan kesabaran akhirnya dapat jugak merasa mee sotong ni. Walaupun kuciwa masa hari pertama sampai di Georgetown (Ahad)  sebab kedai mee sotong ni tutup tapi plan nak datang lagi pada keesokan hari. Nasib kami baik sebab tempatnya walking distance sahaja dengan hotel. Tapi agak berpeluh jugak la.


So plan pagi tu nak terus brunch je dengan mee sotong tapi perut ni agak lapar kita alas perut dulu dengan makan roti canai dan capati kat Restoran Kapitan. Restoran Kapitan ni dapat rating 4/5 daripada tripadvisor.com. Kat luar signboard ada tulis "world best nan bread" tapi tak sempat nak merasa sebab mamak tu tgh buat preparation uli tepung gamaknye.


Lepas breakfast, balik semula ke bilik. Buang apa yang patut dibuang. Lepas tu terus check-out.  Tapi Memandangkan tempat parking dah cun, malas nak drive. Mintak permission orang hotel simpankan beg kat belakang reception. Baik hati orang hotel ni walaupun budget hotel tapi servis memuaskan hati.


RIDE THE CAT. Mula-mula decide nak naik CAT (free shuttle service at Georgetown by RapidPenang), konon-konon nak merasa naik bas free tapi bas tak muncul-muncul angkara salah pit stop. Sudahnya kitorang pun jalan kaki ajelah. Balik nanti baru boleh naik CAT sebab food court ni dekat dengan pit stop.

Gambar ni nak tunjuk hujan sebenarnya. Tengok batang pokok tu besar kan.
Pokok ni elok je dok tengah-tengah food court ni. Berapa usia pokok ni ye?
Yahoo! Sampai sudah ke tempat yang diidamkan (idaman lah sangat kan). Kegembiraan berganda sebab kedai mee sotong dah buka. Hameed 'Pata' Special Mee nama kedainya. Kegembiraan berganda-ganda lagi sebab orang tak berapa nak ramai lagi. Nasib menyebelahi kitorang sebab setibanya kat food court tu hujan turun dengan lebatnya tanpa introduction.

Gambar ni pun nak tunjuk hujan


Tanpa Berlengah lagi, "Bos, Mee Sotong Dua!". dah tak sabar ni.


Lepas tu terjah pulak kedai sebelah. Jalil Special Ais Kacang nama kedai tu.
"Bos, ais kacang tu sama tak dengan ABC?", tanya aku.
"Sama", kata encik bos.
"oooo...... ais kacang dua", terus order tanpa banyak soal.

Uik, sejak bila korang jadi bos aku. Aku memang gitu. Semua orang nak dipanggil bos. Bajet dapat diskaun la tuh konon. Hahaha...




Pergh, memang puas hati. Mee Sotong tu specialnya kat sambal sotong tu. Mee goreng tu memang basah-basah macam mamak style. Wife aku siap cakap nak tapau lagi makan on the way balik KL tapi tak jadi nanti rasanya tak sama macam makan on the spot.




Ais kacang pun sedap tambahan pula ada topping ice cream vanilla my favourite. Kacangnya tu sedap tak sama macam kacang dalam tin, rebus sendiri kot. Aisnya pula dikisar halus tak berketul. Terliur weh masa taip part ni. Masih teringat-ingat lagi.


Perut pun dah kenyang. Destinasi seterusnya Fort Cornwallis. Sebelah food court ni je. Mungkin akan diceritakan dalam entri lain. Atau mungkin tidak hehehehe.

Tanpa belas kasihan. Kalau nak tau sedap ke tak, tengok sajelah sisa makanan yang tinggal. Habis licin

Dah habis jalan-jalan kat Fort Cornwallis, singgah lagi food court. Haus. Kali ni nak try milk shake pulak. Rasanya standard macam milk shake yang pernah dirasa sebelum ni.



Terima kasih kepada myra kerana memperkenalkan tempat ni. Tempat wajib diterjah bila ada peluang ke Penang lagi. Tapi harus diingat!!! Close on Sunday.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...