Thursday 29 September 2011

PMR : Pengorbanan si kakak untuk adiknya....

Entry kali ni aku dedikasi buat 2 pasangan beradik iaitu si kakak (wife aku) dan si adik (adik ipar aku)... Kat sini ade 2 cerita yang aku nak share. Ceciter..ceciter....

Kisah 1

Bape hari je lagi nak PMR. Wife aku bercadang dalam saat2 kritikal ni menurunkan saka tunjuk ajar kepada adik Luqman Hakim ye. Fuhhh saat kritikal tu...ni kira tahap gaban sbb cikgu pun x boleh nak cover 8 subjek dari form1-3 at this stage. Tipu la kan...Gaban My wife just cover subjek2 killer macam math & sains ala2 kelas ekspres, yg lain2 tu "xdapek akak nak nolong ko dik", kata wife aku.

Atas inisiatif tersebut, kitorg mengambil keputusan untuk stay kat umah mertua aku ni sampai la abis peksa PMR utk beri moral support kat Luqman. Bila pikir2 balik mcm wife aku lak yang amik PMR tahun ni. Adik ipar aku wat selamba dek je. Sabar je lah.....

Aku???? Ape aku buat???
Aku buat air untuk wife aku hilangkan haus die (untung dpt suami mcm aku). Aku jadi pemerhati sudah la. Kang ajar lebih2 nanti xboleh nak catch-up plak...Almaklumlah aku kira semua congak je tau2 dpt jawapan. Ape2 pun hopefully agar niat yang baik akan memberi hasil yang baik insyaAllah... Syabas aku ucapkan kat wife aku atas ketabahan & kesabaran anda handle adik Luqman ni. All d best!!!

Luqman strugle sampai darah keluar kat hidung
Kisah 2


Korang tengok gambar kat atas ade banyak buku rujukan kan. Sebahagian buku tu adalah kepunyaan wife aku. Lama gak beb umur buku tu. Bayangkanlah buku tu time kitorg amik PMR 1997 (aku n wife sebaya, so korang dah boleh agak la brapa umur aku skg) masih tersimpan elok dalam almari. Wife aku cakap tujuannya untuk reference untuk adik2 die.

Terkesima aku seketika tapi bukan tu yang aku nak ceritakan. Tengah dok belek2 buku2 rujukan tu ade pulak terselit sehelai kertas ni & membuatkan aku minat nak baca nota kat kertas tu. Aku share dengan korang kat bawah ni.


Aku ingatkan ni kira macam mesej dari member wife aku. Rupa-rupanya mesej ni wife aku tulis untuk diri sendiri kira macam self confidence la agaknye. Gelak sakan aku baca ayat tu sebabnye (1) tulis dalam loghat kelate sbb dulu wife aku sekolah kat Kelantan (2) yang ayat last tu lebih kurang camni "kalo xdapat gak nak jwp soalan tu ko siapkan PELURU ORIGINAL - maksudnya tembak ajelah jawapan yang ade tu" hahahahaha

AB: Selamat menduduki peperiksaan PMR untuk semua candidate 2011. Good luck

Wednesday 28 September 2011

M.A.L.A.S

Aku xtau nape....
Malas aku dari bulan ramadhan aritu xhilang2 lagi... Kalau bulan ramadhan aritu boleh la dimaafkan pasal puasa kan. Dah abis bulan ramadhan masuk pulak bulan syawal. Naik opis lepas seminggu cuti raya, lemau lagi bak kerepek pisang yang dah masuk angin. Alahai nasib badan...

Sekarang ni dah masuk Zulkaedah (ye ke???) aku still xde mood nak wat keja kat opis. Dalam xde mood tu jugak boleh pulak projek yang aku handle nak tender. Itulah yang dikatakan jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Betul ke perumpamaan tu. Dah la projek tu aku start sangatlah slowmotion dengan xde moodnya tup..tup..dah tender dah pun. Alhamdulillah setakat aku keja kat sini, ini merupakan projek ke 3 aku ditender (macam ayat skema la pulak) dan nak jadi poyo sket sebab projek tu semua aku design sendiri.

Iklan Tender
Aku berharap dan berdoa agar aku dapat merajinkan semula diri aku secara total luar & dalam demi masa depan keluarga dan kerjaya aku (chewahh ayat skema lagik)......Lepas ni banyak lagi assignment, checking, site visit, submission to authodity yang aku kena buat. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin....

AB: Korang dah boleh agak ke aku keja kat mane. Kalo kena masanya nanti aku boleh bgtau dalam entry yang lain. Good luck to all tenderer.

Tuesday 27 September 2011

Terima kasih Carrefour

Aku memang dah lama tak minum air water dispenser kat pantry office aku ni. Rasanya semacam & aku rasa sejak wujudnya water dispenser kat opis aku ni tak pernah service kot.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi lepas breakfast, aku pun carik la mineral water kat Carrefour bawah opis aku ni. Pastu tekak ni ngada2 rasa macam nak minum jus. Sememangnya aku pengguna yang bijak. Lepas kaji segala jus compare dengan harga kat Carrefour ni aku tertarik dengan jus Sunkist kat bawah ni.


Sebab utamanya ialah MURAH. Kat kotak die tulis RM3.49 tapi price tag RM3.01. Nak confirmkan aku g scan kat price checker RM4.39 (dalam hati maybe kat kaunter diorg scan betul).


Scan kat kaunter lak. TetTet...RM4.39. Sah diorg salah pricing. Lepas argue yang pasal price tag tu, mamat cashier tu mintak aku refer kat information counter lepas bayar.


On the spot dapat refund. Thanks to Carrefour MV. Nasib baik aku bijak. Check dulu harga sebelum beli. Aku bab beli barang ni memang teliti. Nak pulak opis aku dekat dgn shopping complex. Kalo ade 10 supermarket kat situ makesure aku g survey harga dulu 10 supermarket tu gamaknye...hahahaha

AB: actually ni 2nd time benda camni jadi kat aku. 1st dulu masa wife aku beli barang kat Carrefour MV gak. So berhati-hatilah semasa berbelanja. Jadilah pengguna yang bijak macam alanbaik

Monday 26 September 2011

Cuak beb!

Memang aku betul2 cuak. Mana tidaknya, dengan tak semena-mena camna aku boleh lupa username n pasword blog alanbaik ni. Dah macam-macam segala tok nenek username n password aku key-in tapi mengecewakan. Aku punch out pkl 5.00ptg. On the way balik dari opis kat tempat parking motor...TING!!!! Aku dah ingat balik username n password yang aku cari. Cepat-cepat aku save dalam unsent msg handphone aku.

Fuhh...lega. Balik rumah aku try sign-in. Alhamdulillah dapat semula aku post entry ni. 

Friday 23 September 2011

Tersebutlah kisah...

Pada satu hari yang aku pun tak ingat masa & tarikhnya, bermulalah satu perbualan biasa antara si suami dgn si isteri. Begini kisahnye....

I: abg, ayg tgk husband kwn ayg rajin buat blog. Ape kata abg buat blog jugak...
S: ish..abg xpandai la nak buat blog ni.
I: ala, abg cuba la. Mcm menarik je. Ade mcm2, bla..bla..bla.. Abg kan rajin, baik hati, hensem, kacak lagi bergaya... (yg lebih2 tu aku yg tmbh sndri)
S: nak tulis pasal ape???
I: abg tulis la ape2 pasal kita. Gi jenjalan ke, mkn2 ke...
S: x kata ape2. Diam membisu jek.....

Actually, aku mmg suka baca blog. Dari blog tulah mcm2 info yg aku blh dapat. Penah gak aku terfikir nak buat blog tp xtau nak tulis pasal ape. So lepas beberapa hari kejadian di atas, aku rasa macam 1 kuasa magik masuk dlm diri aku. Dgn berbekalkan galaxy tab aku, aku taip la address ni:-

alanbaik.blogspot.com
Blog not found
Sorry, the blog you were looking for does not exist. However, the name alanbaik is available to register!


Tadaaaaa... eh..eh..masih available la alanbaik ni. Pikir punya pikir, last2 aku decide untuk register dulu alanbaik.blogspot.com ni. Mana la tau tiba2 ade alanjahat alanbaik lain nak buat blog jugak. Hehehe...

Bermulalah episod alanbaik dalam dunia maya ni...
Semoga berjaya untuk diri sendiri.
Sekian.

AB: Mati akal nak pikir bahan next post. Adoyaiii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...