Tuesday 6 August 2013

Romodon Dirindui, Syawal Dirai

Hamboiii....serius malas nak update blog sekarang ni. Kalau nak ikutkan, dalam kepala ni macam-macam nak dicerita. Makanya bersawanglah ia (merujuk kepada blog aku).

Tajuk entry ni nampak macam serius, tapi tak serius mana pun. Inilah jadinya bila malas nak update entri, kisah Romodon dan Syawal digabungkan di bawah satu tajuk. 

Tak tau kenapa, tahun ni amalan baik di bulan Romodon aku agak memberangsangkan. Contohnya, bab baca Al-Quran, kalau sebelum-sebelum ni baca secara solo jek, so hasilnya lebih kurang 10 muka je la aku dapat, tapi tahun ni aku join tadarus kat opis (join secara paksa rela you), dapatlah aku khatam dengan group-group opis ni. Tapi ralatnya, masa majlis khatam tu aku kena outstation la. Bab solat terawih pulak, kalau tahun-tahun kebelakang ni, hangat-hangat tahi ayam, awal-awal bulan jek semangat, pastu tenggelam timbul, pastu tenggelam terus. Anak sapa ni??? Tahun ni pulak rekod tanpa kalah, belum miss lagi. Hopefully dah nak hujung-hujung ni dapat bertahan rekod tu. Nak buat solat sunat tu pun rasa ringan je. Syukur Alhamdulillah Allah beri keringanan kat badan aku yang kategori obes ini nak beramal, Allah beri hati dan akal aku ni keinginan nak beramal. Kalau tak tu rasa berat je badan, rasa berat je hati ni. Dah macam statement ustat ker?

Ataupun aura ini masih terasa? Opssss. takmo riak takmo takabbur. Gurauan semata. Tapi kalaulah betul, Alhamdulillah kan ;)

Sejak berpindah opis ni, banyak betul pengisian rohani, selain dipaksa rela join tadarus, ada jugak program ceramah agama waktu tengahari. Cakap versi kasarnya, daripada tidur buat taik mata, baik pi dengar ceramah agama kat surau tu, terus solat zohor berjemaah kekdahnya. Macam-macam ustat yang hangat di pasaran datang hari-hari silih berganti.

Kenai dak sapa ni?

Diharap tahun depan dapatlah aku merasa lagi keadaan macam ni. Seronok jugak hokkey. Patutpun la kalau orang yang betul-betul merasai pengisian feeling Romodon tu sedih je rasa nak tinggalkan. Sampaikan baju raya pun tak beli lagi. Opss boleh pulak macam tu kan. Itulah hikmahnya Romodon ni, bulan bagi umat Islam time ni la nak berebut-rebut buat amal kan, besar ganjarannya, opss lagi skali statement ustat... Dah nak hujung-hujung Romodon ni baru aku nak share satu benda ni.
"Romodon bulan yang indah. Indahnya Romodon kerana ia dihiasi keampunan di 10 hari pertama, siraman rahmat pada 10 hari kedua dan dijauhkan daripada api neraka pada 10 hari terakhir" (sumber: buku Keajaiban Ramadan (PTS,2010))
*****
Moh citer bab raya plak. Simple pimple. Persiapan tu biasa-biasa jek. Lesson learnt, last year kuih raya banyak tak laku, so tahun ni tak payah nak beriya-iya sangat nak beli @ buat kuih raya. Baju raya pun macam tu gak, tak beli pun baju melayu sepasang, beli baju SAHAJA. Motif capslock aku pun tak tau. Baju melayu hanya dipadankan dengan seluar yang boleh digunakan untuk buat seluar gi kerja. Senang cakap, beli je seluar slack pastu matchkan dengan baju melayu tu. Lepas raya seluar tu boleh lenjan buat gi kerja kan. Bijak tak?

Hari ni last day keja before cuti raya. Kat opis ni pun tinggal 3 orang termasuk aku. Mood bekerja pun dah ke laut jadik nelayan. Kali ni turn belah aku pulak beraya hokkeyy. Esok dah nak balik kampung kekdahnya. Baju pun belum packing, esok pagi amik parent aku pastu kitorang terus menuju ke Perak ye Yop.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi bulan Romodon yang banyak hikmah dan fadhilat ni. Ampunkan kesalahan dan kertelanjuran saya sepanjang saya menulis di sini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday 25 June 2013

Dapat Jugak Merasa Makan Kat MZ DarulNaim

Aku ni, kalau ade orang cakap kat aku tempat makan best, especially kat area yang aku biasa pergi, maka sedaya upaya aku akan pergi ke tempat yang diberitahu itu. 

Alkisahnya, dalam post yang ini aku agak kecewa tak dapat makan gara-gara lauk dah habis. Selang beberapa bulan kemudian, iaitu pada bulan April yang lalu, aku berjaya menjamu selera anak tekak aku ni dengan juadah di situ. Nampak tak disini bahawasanya cerita aku ni dah basi, lambat sangat nak update hadoii... Kes dapat makan kat sini pun diklasifikasikan sebagai kes kes kebetulan selepas selesai medical chek-up kat HKL. Kalau bukan sebab nak gi HKL, memang tak la. Disebabkan selesai awal urusan HKL, maka aku antara rombongan terawal yang tiba di MZ DarulNaim. Lauk pun masih berasap-asap lagi, nak bagitaunya aku ni orang mula-mula makan la tu pukul 11.30 pagi dah sampai. Haaa kekdahnye. Gara-gara fobia takut lauk habis hahahaha.

Yang gambar ni nak bagitau yang aku ni tergolong dalam rombongan terawal. Masih lengang lagi kan. Ni kalau datang lunch time confirm penuh seat.

Sangat-sangat teruja punya pasal. Sampai terlupa nak amik gambar lauk sebelum dibedal. So inilah permintaan anak tekak aku. Dia nak makan ayam percik, ulam cicah budu + tempoyak, kuah gulai kawah katanya.

Licin kau! Maksudnya sedaplah tu tak perlu nak komen lebih-lebih. Nilah hasilnya bila pernikahan berlaku dengan anak orang Kelantan. I dah pandai makan cicah budu u ols. Sedap hok supo dulu.

Lepas makan kalau susun pinggan cantik-cantik macam ni dapat diskaun. Takde maknanya. Budi bahasa budaya kita. Kira tolong je ni senang orang tu nak kemas meja.

Sejak dapat makan kat situ sehingga entri ini ditulis, dah 3 kali aku makan kat MZ DarulNaim. Pertama, cerita entry diatas - makan sorang diri. Kedua, makan berdua bawak wife - nanti jadi kes tak ingat bini pulak kan. Ketiga, apabila tekak aku sekali lagi meronta-ronta nak makan pengat pisang. Ya selain makan tengahari, ia turut menghidangkan kuih-muih dan manisan @ dessert Kelantan ok. Aku singgah makan pengat pisang selepas office hour. Menarik kan lepas balik kerja boleh minum petang kat sini.

So sape-sape yang teringin tu boleh datang MZ DarulNaim berhadapan Bangunan Baitulmal dan KL International Hotel kat Kg. Baru.

Wednesday 22 May 2013

Menyahut Lambaian Kaabah

Memasa mendraf entri ini, jam menunjukkan pukul 7.34 mlm waktu Mekah 21/5/2013. Sudah 11 hari aku, isteri serta keluargaku mengikuti program percutian rohani mengerjakan umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Malam ini merupakan malam terakhirku di Kota Suci Bagi umat islam. Kurang 24jam aku akan meninggalkan bumi sejarah perkembangan islam ini. Pelbagai pengalaman suka duka, pengajaran dan menguji kesabaran sepanjang berada di bumi Mekah dan Madinah ini.



Perjalanan kami bermula pada 11/5/2013 dengan penerbangan MAS ke Jeddah. Dari Jeddah terus menuju ke Madinah. Selama 3 hari di Madinah, aku berpeluang menunaikan solat di Masjid Nabawi. Alhamdulilah dapatpun menziarahi makan Rasullullah dan para sahabat; mengucapkan salam kepada baginda dan berdoa agar memperoleh syafaat di hari muka. Aku juga berpeluang masuk ke Raudhah, antara tempat mustajab doa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan ketika itu.



Pada 14/5/2013 jam 2.30 petang waktu Madinah, kami menuju ke Kota Mekah selepas miqat di masjid Bi Ali. Perjalanan lebih kurang 8 jam++, pukul 10.00 malam tiba di hotel. Umrah pertama dapat diselesaikan sebelum waktu subuh. Alhamdulillah sepanjang berada di sana, aku sempat mengerjakan umrah sebanyak 4 kali.



Pagi tadi, sebelum mengerjakan umrah keempat, aku berasa sedikit emosi. Sayu hati bila bakal meninggalkan Masjidil Haram yang indah ini.



Ini merupakan kali pertama aku mengerjakan umrah dan aku berdoa agar ini bukan kali terakhir aku datang ke sini. Insya Allah satu hari nanti aku akan datang mengunjungi Rasullullah, Baitullah dan menyahut lambaian Kaabah.


posted from Bloggeroid

Monday 6 May 2013

Isnin Yang Tak Disangka

Ramai yang keluar mengundi semalam
Termasuklah aku
Di Parlimen Batu

Mungkin semalam ramai orang tak tenang
Satu, nak pangkah siapa?
Dua, keputusan pilihanraya memihak yang belah mana?
Malam tadi harapkan ada orang nak umumkan hari ni cuti peristiwa

Itu kisah semalam.....

Nampak gaya hari ini kena bekerja
Jalan pun tak jem

Maka sampai kat ofis pun awal
Ahli pejabat pun tak ramai
Bercuti mengundi di kampung halaman
Hari Isnin yang tenang

Itu kisah pagi tadi.....

Tengahari tadi keluar ke Jalan Masjid India
Makk ai...banyaknya kereta
Mentang-mentanglah Selangor cuti
Bunyi macam tak puas hati....

Pagi tenang, tengahari sesak, Isnin yang tak disangka


Friday 3 May 2013

WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30 Edisi Bahasa Malaysia - Koleksi Terbaru Aku

Dah lama dah tergerak dalam hati nak memiliki buku WTF? hasil tulisan Faizul Ridzuan. Tahu info mengenai buku ini beberapa bulan yang lalu daripada blog abangensem.com, salah satu blog kegemaran aku ikuti dari hari ke hari. Selepas itu, singgah ke MPH, belek punya belek, buku tu cakap omputeh la pulak. Terus takde minat nak beli.


Tup...tup...baru-baru ni bukak website maybank2u. Alangkah girangnya rasa dihati, keluar iklan promotion buku WTF? edisi Bahasa Malaysia. Ada diskaun 30% kalau beli kat mphonline via maybank2u transaction. Tak pikir banyak terus sambar.

RM24.43 je murah kan

Ini pertama kali aku beli buku kat mphonline. Sungguh mudah. Tunggu je buku yang dipesan kat rumah, poslaju pun sampai.


Akhirnya, buku WTF? cakap melayu dah dapat. Barulah boleh menjiwai watak Faizul Ridzuan dalam buku ni. Kalau baca versi omputeh takut salah watak la pulak hehehe...


Selamat membaca buat diriku. Bertambah lagi koleksi bacaan hartanah selepas hasil tulisan Shamsuddin Kadir dan Meor Zaidee aka abangensem. Persoalannya, bila lagi boleh tambah rumah ni....

Wednesday 1 May 2013

Sempena Hari Pekerja Yang Mulia Ini

Hari ni public holiday. Satu Malaysia cuti u ols. Seronoknya kalau boleh guling lama sikit atas katil ye tak. Dari yang budak-budak sampai la ke mak bapak budak. Nikmatnya.....tapi macam tak cukup je sehari.

Doodle Google Untuk Hari Ini

Bersempena Hari Pekerja yang mulia ini, aku ingin membuat satu pengumuman khas berkenaan pekerjaan aku sekarang ni. Gred yang sama, jawatan yang sama, gaji ada naik sikit, tempat kerja sudah bertukar. Ya, tukar bukan ubah hahaha. Lain macam je dengan perkataan ubah tu dah nak dekat hari mengundi ni. 

Kisah dan cerita tentang pertukaran aku ni kalau diikutkan sudah setahun lebih khabar anginnya. Ada yang suka bila ditransfer dan ada juga yang sedih bila ditransfer.

Setahun sudah berlalu. Daripada khabar angin akhirnya jadi kenyataan. Surat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tak tiba pun, sebenarnya diorang call suruh amik sendiri kat opis korporat. Senang keja despatch sekarang kan???

Motif tak 'blur'kan jawatan Pengarah Kanan tu? Kanan sangatttt

Kalau tahun lepas serba tak keruan je rasa bila nama dah naik untuk ditukarkan. Tapi sekarang macam redho, pasrah, perasaan bercampur baur, seronok ada tak seronok pun ada. Tapi terima ajelah kan. Takleh nak demand sangat nanti silap haribulan diorang campak aku gi Sabah Sarawak padan muka aku.

Aku telah menjalankan kajian mengikut firasat aku sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak iaitu, seseorang pekerja itu akan berasa bosan dengan persekitarannya selepas 3 tahun ia berada di tempat yang sama. Bukan bermakna orang itu perlu berpindah, memadailah hanya dengan mengurah susunatur ruang kerja. Dan aku pernah praktiskan perkara itu, bosan dengan benda yang sama, ubah posisi komputer, posisi meja dan barang-barang atas meja. Barulah mood bekerja itu datang. 


Mengikut polisi, staf akan ditukarkan ke department lain selepas melebihi 3 tahun di tempat sekarang. Untuk gain knowledge and experience katanya. Kes aku dah 4 tahun lebih, maka dengan kadar segera sila kemaskan barang dan angkat kaki. Aku orang yang ke-98 dalam tahun 2013 ni. Nombor bertuah sangatttt.

Hampir terlupa nak umumkan, kalau sebelum ini opisku di Mid Valley iaitu dekat sangat dengan syurga membeli belah, tapi sekarang opisku terletak di Jalan Tun Razak. Masak.....masak.....pergi kerja jammed, balik kerja pun jammed. Itu pun nasib baik aku pergi kerja naik motor, kalau kereta hangitlah dibuatnya.

Tempat kerja baru, environment baru, officemate baru, skop kerja baru, bos baru, pendek kata semuanya baru. Aku je yang lama. Jom kerja rajin-rajin, penuh dedikasi dan beretika. Selamat Hari Pekerja 2013!!!!

Friday 29 March 2013

Cuti Berpantang

Yuuhuuu....

Umang ai...osah lamo eh cuti berpantang ni. Sobar yo lah. Nak dekat 4 bulan kot. Jangan salah faham dengan tajuk entri ni, pemilik blog seorang lelaki mana mungkin cuti berpantang -- memang tak la kan.  Ku akui perutku ini sukar dikawal tumbesarannya lagi, ntah bila la nak kempis *sangat* Isterinya juga belum sampai waktunya untuk cuti berpantang.

Pantang yang dimaksudkan disini ialah pantang menulis blog. Entri terakhir ialah pada 12 Disember 2012. Agak-agak boleh submit Malaysia Book Of Record tak ni? Hehehe... Sesekali ada jugakla aku jenguk blog sendiri ni kasi up bilangan pelawatnya. Up lah sangat bajet top blogger beribu-ribu orang singgah blog ni. Kalaulah blogger popular boleh claim diri diorang sebagai blogger picisan, yang aku out of range nak dilabel sebagai blogger ape pun aku tak taulah hehehe. Tak taulah kenapa malas benar nak update blog, tapi dalam kepala ni ada je benda nak dikongsikan.

Hello....ni nak baq hang, sungguhpun out of range siap cuti berpantang lagi ni, tapi still ada jugak orang sudi nak komen-komen entry aku yang lepas-lepas *terharu mak* tapi aku pulak tak balas komen mereka *jangan label aku sombong* pastu siap ada orang sesat singgah kat blog aku based  feedjit kat sidebar ni *lagilah mak rasa terharu*.

Ni nak pecah rahsia ni, adalah sorang pembaca setia blog ni tanya aku, "Abang, bila abang nak update blog, ayang bukak je blog abang hari-hari tengok benda yang sama jek, update la bang, ayang rindu nak baca blog abang". Siapakah itu? Watak aku kena rahsiakan. Ke korang boleh teka...

Eh...eh... bertambah sorang lagi follower aku http://komputerdanperisian.blogspot.com/ Terima kasih :) Tengok tu, blog tak berupdate pun ada orang nak jadi follower lagi. Anda memang orang BAIK hati.

Banyak benda nak tulis ni. Takpe simpan-simpan dulu. Gelojoh namanya tu. Tak baik kan? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...