Thursday 28 June 2012

Nombor Baik | 10000

Entri ini tiada kena mengena dengan nombor ekor. Sekadar kenangan rekod peribadi sahaja.


Stat
9 bulan blogging
138 entry post
17 follower
10k pageview

Kesimpulan
Blog hidup segan belum mau mati lagi
blog syok sendiri
Tuan rumah pemalas tak rajin update

Macam mana nak improve eh? Eh korang tau tak yang korang ni boleh jadi orang baik hati. Tak percaya? Tengok list sebelah kanan ni. Jomlah follow boleh jadi orang baik hati. Sape taknak jadi baik kan. Baik-baik aje.... :)



Helmet Aku Pun Kau Nak Kebas?

Ok fine...aku taulah aku tak layak nak jadi mat despatch, tapi janganlah sampai helmet aku pun kau nak kebas! Memang sengal tol orang yang curik helmet aku. Nasib kau kurang baik dapat helmet aku tu. Helmet buruk macam tu ada harga ke?
"Wahai si pencuri helmet, memang kesian aku tengok kau sebab takde benda lain ko nak sebat, helmet aku pun jadik. Dah la buruk, bau yang kat dalam tu  teramatlah harum dengan peluh-peluh jantan aku ni. Memang malang betul kau dapat helmet bau puaka tu."
Helmet SGV dalam kenangan

Ni lah punca aku bengang gile semalam. Lepas kerja, singgah la kat AEON Taman Maluri. Diorang buat Member Day. Sakan la kan sebab shopping masa AEON Member Day dapat kumpul voucher. Dah puas shopping, habiskan limit kad kredit =( teruslah pergi parking motor. Sampai je, alangkah terkejutnya jacket aku je tinggal, helmet tak tau ke mana. Lepas ni kena berjaga-jaga kalau nak simpan helmet bawah seat motor.



Aku park betul-betul depan signboard ni. Haram nak baca. Dah terkena baru terhegeh-hegeh nak baca. Silap aku jugak tak check betul-betul. Tapi aku rasa kat AEON Maluri ni tak nampak pulak tempat simpan barang.

Sebenarnya memang dah lama wife suruh beli helmet baru sebab helmet ni baunya harum semerbak menusuk qalbu gitu. Boleh pengsan woo....Dah sembur febreze pun tak hilang bau. Takkan nak masuk dalam washing machine kot. Tunggu kejadian macam ni la baru timbul rasa keinsafan nak beli helmet baru. Buat masa sekarang pakai helmet wife dulu sebab lately dia drive pergi kerja.

Haaa..nak tau apa kesudahan cerita camne aku boleh balik. Takkan nak balik tak pakai helmet kan. Sudahnya aku call wife mintak datang sini bawak helmet. Barang yang banyak-banyak aku beli tu sumbat dalam kereta. 

2 masalah 1 penyelesaian. Ehh macam iklan Maya Karin la pulok :)

Monday 25 June 2012

Semoga Usaha Ini DiberkatiNya


Gambar sekadar hiasan



Hari ini 25.6.2012 merupakan antara hari terpenting dalam perjalanan hidup aku dan isteri dalam melayari bahtera keluarga (just think positive). Akan aku kenang saat ini sampai bila-bila. Doakan usaha kami membawa keberkatan dan dirahmati Allah serta peroleh kejayaan InsyaAllah.

Biarlah ia menjadi tanda tanya dan rahsia apa yang penting sangat dalam catatan sejarah aku ni. Belum masanya untuk aku bercerita dan bila aku dah bercerita ia bukan lagi rahsia.

Diharap sesiapa yang membaca blog alanbaik ini agar sama-sama mendoakan kami. Amin... Blog reader alanbaik memang baik-baik belaka :) Sekali lagi aku ingin ingatkan just think positive ok. Semuanya baik-baik belaka.

Friday 22 June 2012

Corus Hotel Kena Serbu Gara-Gara Kasut Clarks

Bior betik....nak check in hotel pun kena beratur panjang macam ni.


Kenapa ramai orang beratur ni? Mak aii panjang betul queue. Dah sampai kat ramp basement parking diorang beratur.


Corus Hotel buat promosi bilik murah ke? Nak lawan rate Tune Hotel kot. Yang ni pulak dah nak masuk lobby hotel. Barulah terasa sejuk sikit kan. Agak-agak diorang start beratur dari pukul berapa la eh.


Lor...patutlah Corus Hotel kena serbu gara-gara benda ni rupanya....


Clarks Warehouse Sale 2012 @ Corus Hotel >


Seperti yang aku dah bagitau dalam entri sebelum ni yang ini dan yang ini, kalau ada event jual kasut Clarks murah ni memang ramai orang akan berpusu-pusu datang. Lepas tu oraganiser warehouse sale ni akan suruh korang beratur tak kiralah panjang walau sampai ke KLCC sekali pun. Lepas tu diorang akan control bilangan manusia dalam event hall tu. Bila dah surut orang, baru diorang bagi orang lain masuk sikit-sikit. Macam tu lah kaedahnya. Sebab tu queue akan jadi panjang gila. Supaya senang kontrol orang dalam event hall tu. Yang datang beli bukan satu dua pasang, berkotak-kotak tu. Kesimpulannya SILA DATANG AWAL, BERATUR MENGIKUT BARISAN DAN BAWAK-BAWAKLAH BERSABAR YE.

Pagi ni aku temankan wife ada appointment doktor. Dah selesai semua urusan, hajat dihati memang nak singgah kat Corus Hotel. Tapi setibanya aku kat situ, mak aii ingatkan hari kerja ni orang tak ramai, jangkaan meleset. Ni mesti kes ramai ngular ni hehe... Time sampai situ dalam pukul 10.30 am. Orang dah beratur sampai nak masuk ramp basement parking, kalau aku join diorang beratur alamatnya tak pergi sembahyang jumaat la hari ni huhuhu...

Takpe, esok lusa ada lagi, tengoklah mood ni camne nak pergi ke tak, kalau takpun, hujung tahun ada lagi kot. Biasanya event ni diadakan 2 kali setahun. See ya!


Hasil tangkapan tahun 2011

Thursday 21 June 2012

Clarks Warehouse Sale 2012 @ Corus Hotel

Sejak kebelakangan ni ramai visitor yang singgah ke blog ni dengan keyword "clarks jualan gudang hotel corus ampang", "clarks warehouse sale corus hotel", "clarks warehouse sale 2012" dan "cerita warehouse kasut clarks". Kenapa eh? Aku sebenarnya dah tau tapi saje buat-buat tak tau hehe...


Aku 'hide'kan hits number tu...malulah sikit sangat. Keywords tu berjaya menembusi entry ini.

Untuk makluman sape-sape yang belum tau meh sini aku nak bocor rahsia. Bermula esok, 22/6 sehingga 24/6/12 akan diadakan acara tahunan yang aku ternanti-nanti selama ini iaitu CLARKS WAREHOUSE SALE 2012. *tepuk tangan masing-masing*

sumber: shoppingnsales
Kali ni, warehouse akan diadakan di Corus Hotel, Jalan Ampang, KL berdekatan dengan KLCC. Confirm ramai orang serbu nanti. Pengalaman aku sebelum ni, datang awal beratur kalau nak banyak pilihan dan saiz. Nampak gayanya venue Clarks Warehouse Sale ni tak menentu. Sekejap kat Corus Hotel sekejap kat Jaya One PJ. Aku tak kesah kat mane sekalipun venuenya sebab memang berbaloi beli kasut Clarks  time warehouse sale sebab kalau kat butik memang tak dapat harga murah ni. Kualiti tetap sama ok. Cuma old season ajelah. Raya tahun ni pakat ramai-ramai pakai Clarks lah ye :)

Wednesday 20 June 2012

Aku Nampak Macam Despatch Ke???

Nak tergelak pun ada, nak sedey pun ada jugak. Ni gara-gara ditegur jiran semalam. Oh ya, untuk yang belum tau, aku baru duduk 2 bulan di kawasan kejiranan baru (tempat dah lama, tapi baru bagi aku) di sebuah rumah apartment di Bandar Sri Permaisuri.

Sambung cerita,


TING!


Pintu lif pun terbuka kat tingkat 3. Tanpa berlengah aku pun bergegas menuju ke pintu rumah aku lalu disapa oleh jiran sebelah rumah, seorang Chindian, nama tak tau (tak peka langsung aku kan) semasa aku terkial-kial bukak pintu grill.

Jiran: Baru balik kerja ke?

AB: Ye. (Dalam hati nak je jawab baru balik jogging)

Jiran: Kerja kat mane?

AB: Kat Mid Valley.

Jiran: Oooo. Kerja kat shopping mane?

Ofkos selalunya mindset kalo kerja kat Mid Valley fikir kerja kat shopping mall kan. Untuk pengetahuan, selain shopping mall dalam Mid Valley dan store-store yang lain, kat Mid Valley tu banyak office, bank, iHeal Medical Centre, slimming centre dan macam-macam lagi.


AB: Hehe...tak. Kerja office.

Kat sini malas aku nak elaborate aku kerja apa, company mane. Nanti rasa macam sesi interview pulak kan. Dah la lama tak update resume.


Jiran: Kerja despatch eh.

AB: ............... Tak. Saya kerja dalam office.

***********

Ape pun tak bleh. Cepat-cepat masuk rumah tanpa ucap Assalamualaikum kat jiran tu. Ye lah dia kan Chindian. Tapi nak masuk rumah aku mulakan dengan langkah kanan dan ucapkan Assalamualaikum ye adik-adik.

Adushh...camne plak aku telah di'downgrade' oleh jiranku ini. Apa yang tak kena dengan penampilanku ini. Tak mencirikan langsung seorang engineer cabuk kot. Ada aku kesah. Lantaklah apa orang nak describe pasal aku. Tak penting semua tu kan.

Masuk rumah, salam-peluk-cium wife, terus mintak wife tangkap gambar aku immediately. Dia tanya kenapa, tapi aku malas nak bagitau cerita yang sebenar dengan harapan dia baca entry aku ni hehe. Sowi sayangg...

Senget pulak helmet tu. Tak macho langsung
Macam ni la aku tiap-tiap hari balik rumah. Lepas parking motor, terus naik lif tanpa bukak helmet dan jacket. Bila dah masuk rumah baru bukak semuanya helmet dan jacket. Tujuannya:-
  1. Nak cepat
  2. Kadang-kadang bawak banyak barang; cth: shoping barang dapur on the way balik rumah
  3. Pelupa. Takut tertinggal barang kat motor
  4. Sorok identiti. Retis ke aku? Hehehe
Hmmm...no wonderlah jiran cakap aku kerja despatch. Asalkan tak bukak helmet tak bukak jacket tu kerjanya despatch eh. Nampak macam despatch ke aku??? Bukan ke despatch ni orang kurus kering supaya senang nak laju bawak motor ke sana sini, kurang beban, safe minyak. Aku ni berat badan berlebihan tahu???

Tuesday 19 June 2012

Lulus Peperiksaan SPA

Si suatu petang kat ofis, terima satu MMS dari isteri.


Aku hanya tersenyum tengok MMS tersebut tanpa membalas sms pun. Beberapa hari sebelum result keluar (boleh check SPA online), aku dah cakap kat wife, dah teka mesti lulus punya exam hari tu. Sebab masa amik wife lepas abis exam tu pam pum pam satu-satu dia cerita kat aku. Macam confident jek masa jawab exam tu. Lagi satu sebab ni haa berkat suami temankan masa pergi exam hari tu --- POYO! Apa-apa pun syukur Alhamdulilah kan.

Dah lulus exam ni, apa langkah seterusnya? Memang susah nak dapat kerja kerajaan sekarang ni. Kiranya diorang nak amik terbaik di kalangan terbaeekkk la kot. Nasib baik time aku dulu takde benda-benda semua ni. 
Ni apa yang aku baca dalam website SPA. Sekarang ni urusan pengambilan perkhidmatan awam dijalankan secara profiling. Maknanya pemohon kena melepasi 4 saringan iaitu:-
  • Tapisan awal
  • Peperiksaan
  • Penilaian Kompetensi (PAC)
  • Temuduga
So, next stage ialah PAC. Apa tu PAC? 
"Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasabahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain." - dipetik dari SPA.
Dengar ceritanya, masa PAC ni diorang akan berkampung 2 hari kat assessment centre tu. Tak taulah betul ke tidak. Surat panggilan PAC ni pun belum sampai lagi. Kalau ikutkan masa last 2 years, masa tu wife aku  attend Voice Test kat Subang Airport - all in English. So kalau kata nak buat apa-apa persiapan pun takde guide, sekarang ni just baca suratkhabar omputeh jek. Lepas tu kitorang pun poyo-poyo borak in English merapu....

Tuesday 12 June 2012

Teringin Nak Pergi Paris

Tetiba rasa nak pergi Paris. Ni la bahana layan Seindah Sakura semalam. Kejap eh... nak berangan jadik Fahrin Ahmad jumpa Pasha kat Paris. Poyo jek aku...


Semalam aku tak masuk opis. Pagi ni tengok ada keychain atas meja aku. Ini keychain bukan sebarangan. Keychain Eiffel Tower lagi u. Lagilah hati membuak-buak kan. Cam tau-tau je.


Ekceli, keychain ni suvernir pemberian officemate aku, Wirda. Thanks Wirda. Dia baru je balik dari Euro Tour 2 minggu. Syok la kau Wirda jalan sakan, banyak duit ko. Bila nak kawin? Jeles woo tengok gambar minah ni dalam facebook gi Euro Tour. Banyak negara gak la dia pergi. Cantik-cantik tempatnya. Bilalah aku nak dapat peluang macam tu kan.

Monday 11 June 2012

Dapat RM100 Voucher Kalau Cashier Tak Bagi Resit

"Bila Cashier Tak Bagi Resit,
Pelanggan Dapat RM100 Voucher PERCUMA"

Luarbiasa betul statement ni. 

Selalunya kita sebagai pengguna / pelanggan tak berapa nak kisah pun bila dapat atau tak dapat resit selepas transaksi jual beli kan. Kalau betul-betul nak mintak resit pun atas tujuan tertentu contohnya nak buat tuntutan elaun di pejabat, rekod perbelanjaan dan sebagainya. 

Tapi statement luarbiasa di atas betul-betul berlaku di sebuah restoran di Malaysia ni. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni.


Lokasi kejadian di Restoran D'Paya Serai, sebuah restoran berkonsepkan layan diri yang terletak di bahagian belakang Stesen Minyak Petronas Lebuhraya Karak (arah KL - Karak). Kalau tak silap, sepanjang highway ni ada 2 stesen minyak Petronas. Satu terletak di Hentian R&R Genting Sempah, satu lagi standalone, lokasinya tak berapa jauh selepas hentian R&R tersebut. So jangan konfius ok. Aku pun baru tau kat stesen minyak ni ada restoran kat belakang. Tu pun bos yang bagitau, dia pernah makan kat sini sebelum ni.


Makanannya pun banyak pilihan, semuanya konsep layan diri, sila cedok sendiri ikut selesa masing-masing.


Dengan harapan agar cashier tu lupa nak kasi resit. Jangkaan aku meleset sama sekali. Agaknya cashier kat sini memang betul-betul aware pasal resit kot. Dibuatnya tiba-tiba stok kertas print carbon abis camne eh. Untungla kot sape-sape yang dapat. Tapi notis tu dah siap tulis "mengikut terma dan syarat". So fikir logiklah eh :)

Sila buat muka tak bersalah tuntut voucher RM100 kat tokei restoran tu kalau tak diberi resit hahaha.


Ni breakfast yang aku bedal masa tu. Harga tak tau sebab bos belanja. Terima kasih bos! Oh ya, kejadian ni berlaku minggu lepas masa kitorang (aku, ofismate n bos) dalam perjalanan ke site projek kat Karak. Jauh gak perjalanannya sampai nak ke sempadan Negeri Sembilan. Fuhh letih woo aku drive. 


Oooo... baru tau rupanya food court tu balai makan. Biasanya aku panggil medan selera. Ikut suka masing-masinglah janji bayar dulu sebelum makan ye...

Ada sape-sape yang dah singgah makan sini? Ada sape-sape yang pernah dapat voucher RM100 tu? Bertuahla empunya badan...

Friday 8 June 2012

Highway Jammed Bila Cuti Sekolah


Hmmm...asal cuti sekolah je, jalan jammed terutama di jalan highway. Mengeluh jap... Situasi ni berlaku masa weekend yg lepas kat PLUS KL-Seremban, masa aku nak pergi kenduri kawin schoolmate kat Seremban. Bayangkan... jalan start jammed dari Bangi. Masa ni kat area Nilai. 

Oh ya, highway PLUS KL-Seremban ni memang terkenal dengan kesesakan lalulintasnya pada musim perayaan dan cuti sekolah. Tak sangka pulak aku boleh terjebak sama dalam kesesakan ni. Adushh...

Rancang perjalanan? Mana nak sangka hiway boleh jammed time tu. Takkan nak gi Seremban kena keluar awal pagi. Cool beb nasib baiklah tak meroyan macam rakan blogger Sha, nak tahu boleh klik sini.


Ishh...sampai bila nak jadi macam ni. Pukul berapa nak sampai tempat kenduri ni. Sudahnya aku decide keluar Tol Nilai dan ikut jalan lama. Alahai...lorong touch n go satu lorong jek??? Malas nak cakap banyak. Akhirnya sampai jugak rumah kawan aku tu pukul 3.30 ptg. Orang katering pun dah start kemas-kemas. Nasib baik ada lagi rezeki kami dapat jugak makan. Lapar woo....


Yang tak bestnya masam sampai, pengantin takde. Diorang gi shooting outdoor. Ni bahana hiway jammed la tadi. Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan mak pengantin pun takpelah. Tak sangka, makcik Maimon ni masih kenal dan ingat lagi nama aku. Terharu beb. "Terima kasih makcik :) Dah 15 tahun kita tak jumpa makcik tapi makcik masih ingat saya lagi". Terharu beb terharu aku sambil kesat air mata kegembiraan sob..sob.. 

Berbalik pasal kisah jammed tadi, lane widening dah dibuat kat Plus Highway, tapi jammed jugak. Macam mana nak mengatasi masalah ni eh. Dah jammed macam ni, kan bagus bagi rebate tol. Boleh ke macam tu.

Friday 1 June 2012

Malu Bawak Bekal ke Pejabat?

Semalam bawak bekal nasi goreng. Tak snap pulak gambar. Hari ni pun bawak bekal jugak hokey. Kali ni kasi up sikit menunya. Kelas kau jah pagi-pagi breakfast pizza! Sebenarnya ni baki pizza yang kitorang melantak malam semalam. Pizza Hut Delivery kaedahnya.


So, hari ni dah save duit belanja. Jimat masa tak perlu tapau breakfast kat food court. Jimat tenaga tak perlu berjalan jauh naik turun lif @ escalator @ tangga. Hmmm camne nak achieve 10000 langkah sehari ni? Hadoi...

Malu ke bawak bekal ke pejabat? Especially golongan lelaki ni. Mengimbau kembali zaman masa mula-mula kerja dahulu sekitar awal 2006, selalunya mak memang pagi-pagi akan sediakan breakfast. Kadang-kadang sempat makan, kadang-kadang tak. Bila tak sempat nak jamah tu mak kalau boleh suruh bawak bekal. Yang kita ni rasa berat jek nak bawak bukan sebab makanan tu banyak sangat sampai terasa berat tapi terasa berat hati jek. Ala tak macho, tak jantan la bawak bekal ni. Nanti orang lain tengok jatuh la saham aku. Hebat sangatkah aku? Artiskah aku? 

Mula-mula malu, segan. Tapi lama-kelamaan bila fikir-fikir balik ok what bawak bekal ni. Tak tergugat langsung keimanan kelelakian aku malahan ia lebih menguntungkan. Takut orang lain nampak kita bawak bekal? Kot ye pun tak payahlah nak tayang yang kita sedang membawa bekal, maka letaklah dalam beg kerja ke, woven bag ke, kan lebih kool. "KOOL SANGAT". Ade aku kesah.

Bila orang tegur "wah,bagusnya Ciklan bawak bekal. Rajinnya wife Ciklan." Balik cerita kat wife, sejuk sikit hatinya mendengar lalu bersemangat dia terus menuju ke dapur. Ok yang part dapur tu aku tambah cerita hehe. 

Oleh itu, wahai lelaki sekalian, bila mana wife anda tetiba rajin pagi-pagi nak bekalkan breakfast untuk anda, jangan tahan-tahan. Biarkan mereka, bawak bekal yang disediakan. Roti sapu jem pun takpe. Jimat belanja dan bertambah berkat hidup kita makan makanan yang wife kita sediakan ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...