Monday 10 September 2012

Misi Pencarian Mee Sotong Gagal

Salam siaran dari Georgetown. Bunyi macam kat obersi gitu walhal aku kini di Pulau Pinang Pulau Mutiara.

Sebenaqnya (cehh tetiba ckp loghat penang) kedatangan aku ke Penang kali ni atas dasar meramaikan majlis sempena hari konvokesyen adik iparku ciknaniezainudin kat Politeknik Seberang Perai hari semalam *congrats*

Dah abis acara, family yang lain balik KL. Yang kami berdua ni, dah alang-alang sampai ke sini, ape lagi jalan-jalan la kan. Bila lagi nak dapat peluang jalan jauh-jauh ni.

Misi kali ni nak terjah tempat yang tak sempat nak pergi sebelum ni iaitu di Padang Kota Lama. Lagilah terasa excited sangat nak datang PKL ni sebab sebelum ni dok baca blog myra jay pasal reviewnya makan mee sotong. Terliuq dibuatnya.

Mula-mula check-in hotel dulu. Kitorang duduk hotel budget je, murah dan senang bergerak. Walking distance je nak gi PKL nun. Hati dah membuak-buak. Perut ni kenyang lagi tapi tiba-tiba jadi lapar. Lepas rest kejap dalam bilik hotel, terus memulakan langkah ke PKL.



Untuk makluman, beberapa kali dah datang ke Penang, ini baru kali pertama aku sampai kawasan ni. Cantik tempatnya dengan bangunan lama dan tempat bersejarah dan Fort Conwallis di samping tempat kunjungan orang ramai kerana lokasinya berhadapan laut. Syahdunya ditiup angin.



Ok teruskan perjalanan dengan misi mee sotong. Sampailah satu foodcourt ni. Hati jadi gumbira. Sampai-sampai tengok environmentnya tak sama yang macam dalam blog mj tu. Sah sudah salah lokasi.




Berbekalkan maklumat di hujung jari, akhirnya dapat jugak sampai ke lokasi sebenar. Oh deng, rupanya food court yang ni tutup pulak. Kuciwa. Tapi takpe, hari ni masih ada lagi di sini. Boleh terjah kejap lagi dengan harapan misi berjaya.



Kedai ais kacang jalil pun tutup. Rupanya memang food court ni tutup hari Ahad. Tapi nasib baik kekecewaan aku semalam terbalas dengan nasi kandar beratur. Yummy!!!


posted from Bloggeroid

Saturday 8 September 2012

Pernah Rasa Tamparan Paling Hebat?

Tamparan hebat tu bermaksud sesuatu perkara atau peristiwa ataupun kritikan yang diterima oleh seseorang sehingga ia mengganggu emosi dalam erti kata lain menyakitkan hati. Fuhhh jawapan skema ni BM A1 lah katakan. Cukup! Jangan riak di situ. Pernah korang mengalami situasi seperti ini? Tipulah kalau tak pernah melainkan korang mengalami masalah menjiwai watak gitu.

Tamparan hebat yang aku tafsirkan dari segi fizikal pula bermaksud pipi korang ditampar oleh bapak korang sendiri. Yang itu memang menyakitkan. Makan dalam orang kata. Masa kecik-kecik dulu memang aku selalu kena penampar bapak aku, nakal la katakan.

Tiba-tiba pulak teringat zaman kanak-kanak, masa dok tengah main bola dengan kengkawan, dengan tak semena-mena bola yang di shoot kuat boleh pulak singgah ke muka aku. Sakit der. Rasa macam berbirat semacam je, merah panas je muka tu. Pastu rasa macam tebal semacam je bibir aku. Yang tu bukan tamparan hebat lagi dah. Itu kira bapak segala bapak penampar namanya. Nostalgia tu beb.

Cukup sudah melalutnya. Cut the story short. Dah lama rasanya tak rasa tamparan hebat, hari ni aku telah diuji dengan jayanya. Boleh pulak aku dengar dengan jelas kira macam tuduhan la kekdahnya yang aku ni buat keja terpaksa, tak ikhlas. Oh my guchi!

Apa salahku apa salah ibuku - kata wali band

Mungkin tak terserlah keikhlasan aku di luaran tapi di dalam hati ni hanya tuhan yang tahu kan. Aku tak harap apa-apa balasan walaupun ucapan '2 patah perkataan' itu sebab aku rasa tugas yang aku buat tu sudah menjadi rutin dan tanggungjawab. Bila dah namanya tanggungjawab kenalah ikhlas. Sehinggakan aku terlupa hal peribadi demi tanggungjawab aku terhadap orang lain. Itupun boleh lagi aku dituduh tak ikhlas. Memang sah-sah tamparan hebat menempek kat muka aku ni. Sakit woo...

AB: sesi luahan perasaan. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari alanbaik.blogspot.com. Masih belajar untuk jadi yang terbaik.


Friday 7 September 2012

Suasana di Himpunan 55 Merdeka : Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil

Agak panjang entry aku kali ni sebab penuh dengan gambar. Layankan ajelah.

Plan asal nak naik bas kat opis HQ. Parking kat LRT Sentul Timur, naik LRT turun kat stesen Bandaraya pastu menapak gi HQ. Fikir-fikir balik RapidKL sediakan token free ke stesen Bukit Jalil, so dah mudahkan perjalanan aku so naik ajelah LRT direct ke Bukit Jalil. Point penting di situ ialah FREE.
 
 
 
Kat dalam LRT pun dah start ramai orang menuju ke Bukit Jalil. Tengok ajelah adik-adik ni bersemangat korang kan. Jangan hangat-hangat taik ayam udah ler. Tapi kan budak pompuan paling hujung tu macam lari je temanya. Apsal pakai baju bendera Great Britain dik? Ada sedikit kecelaruan warganagera di situ.
 
 
Lepas siap-siap solat Asar kat surau depan LRT Bukit Jalil, terus pergi ke checkpoint. Wife pun join sama, so pergi amik t-shirt dan makanannya dulu, yang aku pulak dah dapat t-shirt hari semalam so nak gi amik makanan ajelah. Selesai bab t-shirt dan makanan. Boleh tahan makanan hari tu, ayam 3 ketul + zinger burger sponsored by KFC kot. Cuba bayangkan berapa banyak ayam kena sembelih untuk event ni?
 
 
 
Ramainya orang toksah cakaplah dari seluruh pelosok negeri datang. Ada yang datang secara rela, paksa dan paksa rela hahaha... Tengok ajelah bas yang bersusun tu menggambarkan segalanya. Tu yg belum kira naik LRT dan kenderaan sendiri kan.


 
Aku & wife pulak tak booking seat dulu sebab nak tunggu lepas maghrib baru nak naik. Kang naik turun, nak semayang pun susah sebab ramai manusia. Tapi memang betul. Memang cabaran betul nak semayang dalam stadium ni. Suraunye kecik, limited je. Nak tunggu turn memang azab. Tapi lagi azab kalau kita tak semayang kan *insaf sejenak*
 
So bila lepas semayang tu naik atas tengok-tengok seat dah penuh. Ishh diorang ni duduk sini dari pukul brape? Tak turun-turun semayang maghrib ke? Musafir kot (Bersangka baik ajelah). Budak-budak yang dok tengah padang nak buat persembahan tu lagilah. Semayang atas padang kot (Bersangka baik lagi). Lepas dok sumbat-sumbat menyempit-nyempit akhirnya dapat jugak kitorang seat. Usaha tangga kejayaan!
 
 
Beberapa gambar sekitar Himpunan 55 Merdeka: Janji Ditepati yang sempat ditembak.
 
Ketibaan dif-dif kehormat
 
 
 
 
Ketika PM berucap - stage berputar 360 degree
 
 
Semangat cintakan negara. Kibarkan jalur gemilang.
 
 
 
Twitter With PM - Rekod 3 juta lebih tweet. Angka sebenar tak ingat. Sila google.
 
 
Penyampaian anugerah kepada mereka yang telah mengharumkan negara. Antara yang hadir Pandalela Rinong dan Yuna.
 

 
Persembahan Nyanyian Patriotik oleh Faizal Tahir, Jimmy Palikat & The Gang, One Nation Emcees dan lain-lain persembahan. Diselangi dengan percikan bunga api.
 





 
Bila dah abis sesi dengan PM, bermulalah aktiviti lagha (bab-bab ni lah yang kita tunggu-tunggu kan ish ish ish) iaitu persembahan artis dan cabutan bertuah. Setelah didesak oleh wife sampai dia hampir merajuk, kitorang pun turun ke padang untuk melihat dengan lebih dekat. Mula-mula tak ramai yang turun padang, Bila diorang nampak kitorang turun padang pergi dekat stage dan-dan semua orang follow (bajet kau hot ke alan???) Untuk makluman, aku tak menang ape-ape ok. Dapat tengok tong cabutan bertuah jek. Sangat jeles dengan pemenang preve yang baru berusia 19 tahun. Rezeki kau dik non.
 




 
Two of us at Himpunan 55 Merdeka
 
 
 
Sekian untuk laporan.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...