Wednesday 23 November 2011

Kejutan Hari Lahir Daripada Si Dia

Senyum lebar. Gembira rasa hati ini pabila Si Dia yang pernah membuatkan aku Jalan Pandang Bawah membuat kejutan kepada aku semasa hari lahir aku tempoh hari. Betullah jangkaan aku dalam entri Hari Ini Hari Aku

Sepulangnya dari ofis, jemput wife di stesen LRT,  takda tanda-tanda yang mencurigakan. On the way ke rumah, hujan mula turun. Basah sikit kena hujan; sempat pakai givi BERTUKAR!!!!!. Hujan lebat betul masa tu. Alhamdulillah sampai pun rumah. Turun motor, sidai baju hujan masing-masing di gate. Kami duduk rileks kejap di ruang tamu. Wife naik atas ke dalam bilik. Tukar baju dan semayang Asar agaknya. Aku masih duduk di bawah sambil tu menjengah parent yang lepak di dapur sementara menunggu kami minum petang bersama. Baguih dok ada kan dapat mak bapak macam ni. Balik-balik kerja je makan minum dah siap hihihi. "Ish...lama pulak wife aku kat atas. Ah, naik atas tukar baju dulu la", kata aku dalam hati. Bertembung dgn wife di muka buku pintu bilik. "Ala tak payah la tukar baju dulu, turun makan jom", kata wife aku sambil menolak-nolak aku keluar bilik. "Aik nape ni", kata hati aku. Ah malas nak pikir perut pun dah lapar. Ayohhhh.....kita serang...

Selesai minum petang kami sekeluarga, abis borak-borak, gosip-gosip, aku pun naik masuk bilik nak tukar baju. Alangkah terkejutnya aku ade parcel besar dalam bilik aku. "Happy Birthday!!!", wife aku menyusul di belakang. Apakah???

Tengoklah kreatif kan wife aku. Tak payah susah-susah nak beli kad, tulis terus atas kotak tu. Rupa-rupanya masa parcel ni delivery kat rumah, wife dan parent aku dah pakat rahsiakan hal ni. Pandai diorang berlakon kan. Paling tak boleh blah tengok mak aku buat selambe jek masa aku sampai rumah.

Kat luar kotak tu tulis "AIPO DRY CABINET". Biar betul....Suka suka suka... Maka bermulalah operasi membuka kotak bagi mengetahui apa yang terkandung di dalam.

Tadaa...inilah dia AIPO DRY CABINET. Thanks sayang. Lepas ni tak payah la risau kat mane kita nak simpan camera kita. Tak payah risau sure takde fungus kat camera dan  lens kita pasni. Bukan setakat camera, barang-barang lain pun boleh sumbat selagi muat bak almari baju kita  :)

Memang aku sangat SUPRISE dengan hadiah yang wife aku bagi kali ni. Masakan tidak; Pertama, aku dah pesan awal-awal tak perlu bagi hadiah kat aku (tapi bila dah dapat suka pulok hehe). Kedua, dengan kekangan masa, sibuk dengan kerja membantutkan usaha wife aku nak survey hadiah. Ketiga, sepanjang masa pergerakan isteri asyik dengan aku je. Pergi kerja aku hantar, balik kerja aku amik. Even weekend nak ke mana-mana pun dengan aku kan. So tak nampak la pulak masa bila dia carik hadiah ni. Satu benda aku lupa....guna jari pun boleh. Internet shopping di hujung jari. Yang part ni memang aku tak nampak dia buat hehehe. Thanks sayang. I love u so much. Bukan sebab hadiah baru nak sayang isteri. Sebab pengorbanan dan keprihatinan makin bertambah-tambah sayang :)

To be continue....

Tuesday 22 November 2011

Hari Ini Hari Aku

"Hari lahir ayahanda sudah tiba", bak kata P. Ramlee dalam filem Ahmad Albab. Untuk diri sendiri, Selamat Hari Lahir diucapkan. Saja aku tepek surat beranak ni supaya nak ingat kembali waktu sebenar aku dilahirkan. Officially 5.50 ptg ok. So saat bermakna kalo aku berkesempatan menunggu detik 5.50 ptg 22 November 2011. Berat masa tu 3.59kg dan sampai la ni berkilo-kilo guni beras beratnya. Sedia maklum, aku dijaga dan dibelai dengan baik dan inilah hasilnya hehehe...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi kesempatan untuk aku lalui pengalaman hidup dan menunaikan kewajipan di dunia ini. Mak, abah, terima kasih kerana penat lelah membesarkan anakmu ni dan terbukti anakmu sudah besar gedabak hehehe... Kepada isteri, terima kasih kerana menjadi penyeri hidup, teman baik, teman bergaduh (baru life balance kan) menjalankan tugas sbg seorang isteri yang baik serta memberi kasih sayang, harap-harap hari ni adelah surprise untuk suamimu ini ecececeh...

Kepada teman-teman, sahabat handai, rakan pejabat, rakan FB, terima kasih tidak terhingga atas ucapan selamat hari lahir, doa dan wish kalian dikirimkan melalui sms, wall FB aku mahupun secara langsung. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.

Dah tua dah aku...amalan pun belum cukup lagi ni. Hmmmm...

Seronok betul orang Johor hari ni kan. Asal birthday aku je korang smua cuti. Lagi best kalo aku pun merasa cuti sama dengan orang-orang Johor kan. Ekceli hari ni juga jatuhnya hari lahir Sultan Johor. Selamat bercuti orang-orang Johor.

p/s: agak-agak ape la surprise untuk aku hari ni?

Monday 21 November 2011

Surprise From Nuffnang

Tidak disangka-sangka. Padahal baru je 2 bulan lebih start blogging dan buka akaun nuffnang, dah ade yang sudi bagi hadiah. "Surprise!!!" kata nuffnagers. Terima kasih nuffnang sebab bagi tiket wayang TGV. Bukan 1 ye murid-murid tapi 4 hokey.
Ekceli, tiket wayang ni hadiah sempena birthday aku yang bakal menjelang tiba. Bila birthday aku? Shhh..... nantikan kemunculannya. mmmm...Aku ni kira insan terpilih la kan sebab nuffnang randomly petik nama aku. Budak baik la katakan hehehe (yo yo oo je mamat ni). Amik ko alan, ko tengok la wayang sampai lebam. Akhir kata sekali lagi terima kasih nuffnang i love u (dengan harapan lepas ni dapat lagi hadiah lain hehehe).

p/s: status terkini: sejumlah 6 tiket wayang free TGV terkumpul setakat ini. 4 (from nuffnang) + 2 (maxis paypal). Sape nak angkat tangan macam usop wilca.

Sunday 20 November 2011

Clarks Warehouse Sale

Dia hijau...Dia bukan toyol...Dia kotak kasut... CLARKS!!!
Lately aku sangat suka pakai Clarks. Setakat ni ade 3 pasang semuanya. 1 hantaran masa kawin. Yang ni tak pakai lagi sebab sayang. Wife aku pun dah bising-bising sebab aku tak pakai. Sori eh sayang... 2 lagi aku sambar kat Clarks Warehouse Sales masa bulan 5 tahun ni jugak kat Corus Hotel, Jln Ampang.
So entri kali sangat mengujakan sebab pada 18/11 (Jumaat) yang lalu aku telah terjah Clarks Warehouse Sales kat Jaya One. Ni kira kali ke-2 dalam tahun ni aku gi Clarks Warehouse Sales. 
Kenapa aku sangat teruja??? Sebab kat tempat macam ni je lah aku mampu nak sambar Clarks, Kalo masuk butik tu pikir 10X nak beli ke tak...last-last tak beli hehehe. Kualiti sama je tapi takdelah latest design macam kat butik tu. Ade aku kesah?

Aku bergerak dari opis seawal jam 9.30 pagi dan sampai Jaya One dalam masa 10 minit. Laju tak laju gak la aku merempit. Aku plan datang awal sebab time ni banyak choice & size. Dengan harapan aku antara orang terawal masuk event hall, tapi jangkaan aku meleset. Sampai-sampai je terkejut katak aku. Ya ampun, queue punyalah panjang sampai ke lot parking. Rupanya ade orang lagi awal datang daripada aku. aku tanya pak guard pukul 8 lebih dah ada orang datang. What the........ Aku rasa lebih 1km kot queue masa tu.


Masa ni aku baru start queue
Masih lagi kat parking area
Panas weh. Bilalah boleh masuk building ni...
OHEMJI
Pergi tempat gini wajib bawak isteri. Orang paling gigih dan tabah beratur senyum je
Nak dekat sampai checkpoint
Cuba bayangkan. Sejam lepas queue baru dapat masuk dalam hall. Sabar je lah demi mendapat kasut Clarks yang harga murah hahaha... Bila dah masuk dalam pulak boleh tahan la sesaknya.

Berdoyon-doyon manusia
Kotak hijau harus di'clearance'kan
Price list. Memang murah beb
 Aku nak komen pasal event ni. First, hall ni tak berapa bagus dari segi ventilation. Panas berpoloh beb. Dah la ramai orang. Setakat pasang kipas tak jalan. Second, cashier slow. Dah la queue nak masuk panjang, queue nak bayar pun panjang gak. Adoyai...

Dapat apa yang dicari, jadi senyum harus sampai ke pipi
Pape pun aku tetap puas hati dapat ganti kasut kerja baru (wife aku lagi puas hati dapat berkotak-kotak). Cukuplah setakat ni harap-harap tahun depan tak gi Warehouse Clarks ni. Bagi peluang kat orang lain pulak hehehe. Kata orang kasut Clarks ni kan tahan lama. Tak gitu?

Jalan-Jalan | Firefly Park Resort, Kuala Selangor

Entry kali ni aku share pengamalan aku pergi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor. Bulan lepas deal4real offer pakej dinner and boat ride for 4 pax kat Firefly Park Resort, Kuala Selangor. Wife teringin nak gi so aku belilah pakej tu dan bermulalah episod jalan-jalan cari makan kami. 
Booking dah dibuat, kami bergerak dari rumah pada petang 7/11/2011 yang lalu sempena nak meraikan belated birthday duduk semeja bersama-sama. Orang yang diraikan tak lain tak bukan; wife (19/10) dan mak aku (28/10).

Perjalanan dari rumah ke Firefly Park Resort mengambil masa selama 1 jam melalui Lebuhraya Latar menuju ke Kuala Selangor dan berpandukan GPS. Sebagai pedoman, kalo dari arah KL, simpang jalan masuk ke Firefly Park Resort ni berada di sebelah kanan. Kalo dah melepasi jambatan Kuala Selangor tu tak payah la bawak laju-laju dan stay kat lorong kanan. Tak jauh selepas tu ade simpang ke kanan Jalan Bukit Belimbing. Jangan risau sebab sampai je kat simpang 3 dari Ijok tu memang dah boleh nampak signboard nak ke tempat ni. Selalu balik kampung lalu jalan ni tapi tak pernah tau pun tempat ni hihihi...

Mula-mula sampai (dalam pukul 6.30 ptg), kaunter tiket boat ride belum bukak lagi tapi tengok ramai yang dah start beratur. Disebabkan kami pergi by package, kami layan dinner dulu. Dinner ni ada nasi + 5 lauk + tembikai. + chinese tea. OK la tu kan. Kalo tak silap, last dinner serve pukul 9.30 malam.


Lepas abis makan, nak gi semayang Maghrib. Kata pekerja kat situ, surau ada disediakan. Sekali tengok…mak aaii!!! Takde rupa surau pun. Tak terurus. Tempat amik wuduk pun takde kena masuk dalam public toilet. Tak mesra alam langsung. So kitorang decide keluar semayang kat masjid. Aku perasan masa nak datang sini ade masjid tak berapa jauh dari tempat ni, nasib baikkk… (Google: Masjid Nurul Hasanah Bukit Belimbing) Lepas semayang Maghrib, masuk balik dan terus gi kaunter untuk dapatkan voucher naik boat.





Sampai je kat jetty, keadaan tetiba jadi senyap. Cahaya lampu makin kurang. Semua orang dah standby pakai life jacket. Semua orang dah masuk dalam bot, so tunggu ape lagi. Sightseeing... Bot bergerak agak perlahan dan tak bising macam motor bot biasa. Guna battery power agaknya. Adelah dalam 30minit dok atas bot tu pusing-pusing kat tepi sungai yang tenang je…. “Ade buaya ke???” kata aku dalam hati.


Subhanallah…. Pengalaman yang sungguh indah dapat tengok kelip-kelip live macam iklan TNB. Tapi kitorang datang tak kena time sebab kelip-kelip tak berapa banyak nak ada. Brader yang bawak bot tu cakap sebab time aku datang tu bulan terang. So kelip-kelip malu nak keluar kot. So kalo korang nak datang tengok kelip-kelip tu silalah check dulu kalendar Islam eh datang time hujung & awal bulan tu memang cantik la.

Berikut merupakan info berguna mengenai kelip-kelip ni. Credit to the brader yang bawak bot dan mak aku atas info yang diberi.
  • Kat dunia yang fana ni, spesies ni hanya terdapat di 2 tempat je iaitu di Kuala Selangor dan di hutan Amazon.
  • Kelip-kelip dan kunang-kunang adalah spesies yang sama tapi tak serupa. Kelip-kelip mempunyai saiz yang kecik daripada kunang-kunang. Kunang-kunang yang biasa kita tengok kat kampung tu busuk skit baunya.
  • Kelip-kelip tu hidup kat pokok berembang. Pokok berembang tu pulak hidup kat tepi-tepi air kawasan berpaya.
  • Kelip-kelip makan pucuk daun berembang. Sebab tu dia ade kat pokok berembang je.
  • Bila time bulan terang, kelip-kelip nampak sikit je. Kalo time bulan gelap baru nampak banyak & cantik je pokok berembang tu dah macam pokok krismas plak.
  • Kate brader bot tu, kelip-kelip ni alah dengan kamera. Kalo amik gambar, nanti kelip-kelip ni merajuk pastu mati. Aku rasa la, kalo korang tangkap gambar guna flash memang takkan nampak kelip-kelip pun sebab kalo dah terang flash mana nak nampak kelip-kelip dalam gambar tu kan. Kat kawasan kelip-kelip ni memang ade signboard strictly no camera. Tapi aku ade gak amik gambar off flash tapi tak nampak gak kelip-kelip.
Eheh...ade pulak pantun dan lagu pasal kelip-kelip ni. Layannnn...

“Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana sumbunya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?”

Friday 18 November 2011

Pakcik Monang Motor

Di luar jangkaan. Itu yang dapat aku katakan apabila mendapat tahu memenangi tempat ke 2 daripada 21 penyertaan contest ini. Macam tak caye. Terkesima aku dibuatnya sampaikan hingga ke saat ini aku masih belum e-mail lagi no akaun bank kepada beliau. Siap dapat reminder lagi kat post script (p.s.) kat entri ni. Lagipun saje nak bagi abangensem teringat-ingat kat aku hehehe...

Kepada abangensem, mintak maaf ye bang, buat abang tertunggu-tunggu e-mail saya. Banyak sangat akaun bank tak tau nak bagi yang mane. Nanti saya e-mailkan ye bang. Kalo dah jodoh tak ke mana (ape kaitan???)

Teruja pulak rasanya. Sebab apa? Ni kira 1st time aku join contest dalam blog, pastu rasa macam pakcik monang motor dalam iklan power root hehehe. Lagilah rasa teruja sebab dapat join free seat ke mini seminar sembang sub-sale bersama abangensem. Semangat ni..semangat..

Thursday 17 November 2011

Negotiate Itu Penting

Petang semalam aku attend 1 meeting projek yang nak start construction by early next year. Urgent katanya. Harap2 projek ni takde masalah nak on.

Pendekkan cerita, projek ni ade 2 fasa; fasa 1 dah siap, end user pun dah duduk. Yang ni sambungan fasa 2 ni guna kontraktor & consultant yang sama time fasa 1 dulu. Senang kot sebab kontraktor & consultant dah ade experience dan tau environment site ni agaknya (tak taulah kalo ade kepentingan politik huhuhu).

Berbalik pasal kejadian masa meeting tu, adelah timbul isu dimana timeframe untuk nego stage terpaksa dianjak dek kerana scope mechanical belum close NCR. Sebelum nak nego makesure semua disiplin (arkitek, c&s, m&e, qs) kena close NCR on design proposal. PANGPUMPANGPUMPANG.... Acara tembak menembak berlaku dalam meeting room. Ape yang aku dapat simpulkan disini ialah:-
  1. Project Team - kena pastikan semua disiplin close NCR pastu nak meeting price nego with top management. Nak kejar due date (takut effect KPI agaknye...) Kalo lambat nego, lambatlah surat niat @ award projek, lambatlah start construction. Nak deal dgn client lagi.
  2. Design Team - nak finalise design. check consultant comply need statement ke tak. Selagi consultant tak comply kena resubmit design proposal pastu tak boleh nak close NCR.
  3. Kontraktor & Consultant - bila ada komen by design team, nak amend drawing, nak resubmit, mintak tempoh nak siapkan kerja. Delay lagikkkk....
"Tak boleh jadi ni, kena siapkan cepat, minggu depan nak nego dah", kata Mr. Chairman. Pastu sorang bos ni pun cakap "nampak gaya kita kenalah nego masa dulu pastu baru boleh nego harga". "mmm...aku sokong kata-kata itu", kata aku dalam hati.


Negotiate itu penting. Kalo tak, ape pun tak boleh....

Quote Of The Day yang sempat aku catitkan



Tuesday 15 November 2011

Jalan Pandang Bawah

Aku akui
Pandanganku sukar di kawal
Melilau mataku
Walaupun isteri di sebelah
Kantoi aku dibuatnya
Tersipu-sipu malu

Tapi
Sejak akhir-akhir ini
Langkah kakiku di waktu pejabat
Pandanganku lebih terarah ke bawah
Isteri tak perlu risau
Pandangan mata kurang melilau

Bukan nak kata aku orang alim
Yang selalu menjaga pandangan
Yang selalu menjauh dari zina mata

Bila aku berjalan
Pandang bawah
Hati jadi riang
Lihat pada kasut kerjaku
Yang agak buruk
Kini jadi berkilau

Memang sudah lama
Ia tak dibersihkan
Apatah lagi digilapkan

Hati bertambah riang
Dan berbunga-bunga dibuatnya
Pabila mendapat tahu
Isteri kesayangan yang buatkan
Kasutku jadi berkilau

Bukan disuruh bukan dipaksa
Tapi atas kerelaan isteri tersayang
Mungkin melihat kasut yang tak dijaga
Suaminya pula tak endahkan penampilan

Buat isteriku
Terima kasih tidak terhingga
Kerana mengambil berat tentang diri ini
Walaupun sekadar menggilap kasut
Aku jalan pandang bawah
Aku teringat akan isteriku
Aku sayang kamu

P/s: bila kasut ni dah hilang kilauannya, adakah pandanganku sukar dikawal? Renung-renungkan & selamat beramal.....

posted from Bloggeroid

Thursday 10 November 2011

Contest RM88 abangensem.com

Berdebar pulak rasa tulis entri kali ni. Manakan tidak, ini merupakan kali pertama join blog contest. Lagilah rasa berdebar sebab organiser contest ni pun bukan calang-calang orang, blogger termasyur dalam bidang pelaburan hartanah tak lain tak bukan "abangensem".

Meh nak cerita sikit camna aku boleh terjebak jadi follower abangensem (AE):
Once upon a time, aku menang bidding rumah lelong (1st time gi lelong, pastu dpt pulak reserve price) - kira ni 1st rumah aku beli so, aku memang kurang knowledge dalam urusan rumah lelong dan urusan jual beli rumah. Bila officemate tau, dia pun introduce blog AE. Sejak hari tu, aku jadi silent reader blog AE. Untuk makluman, adalah menjadi rutin wajib aku pada setiap pagi untuk baca blog AE sebab ada saja info dalam entry AE (rajin AE post entry setiap hari). Kalau sehari aku miss baca blog AE aku rasa hidup aku tak lengkap tak sempurna. Ceewaaahhh!!!




Join contest RM88 abangensem.com (klik image di atas untuk lihat soalan)
Bermula daripada menjadi silent reader & silent follower, hari ini aku terpaksa mendedahkan identiti aku kerana berhajat memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan oleh AE seperti berikut:-

1st Prize : Wang Tunai RM88 + 1 free seat mini seminar AE
2nd Prize : Wang Tunai RM44 + 1 free seat mini seminar AE
3rd Prize : Wang Tunai RM22 + 1 free seat mini seminar AE

Kepada abangensem, dikemukakan jawapan seperti di bawah untuk semakan dan kelulusan tuan selanjutnya (ayat standard orang kerajaan).

Q1 B. 10/10/2010
Q2 C. Ariff Shah
Q3 A. Tips & Panduan Membeli Rumah Terpakai (Subsale)
Q4 C. RM10
Q5 B. Tuan Bri
Q6 C. Seminar Hartanah anjuran Property & Co
Q7 B. Fauziah Latiff
Q8 C. abangensem

Untuk Q8, jangan tanya kenapa aku pilih jawapan tu. Aku pun tak tau kenapa aku pilih jawapan tu. Instinct kot.....ahaks.

p/s: psstt...nak bagitau 1 rahsia. Aku dan AE pernah berutus emel. Tak tau lah kalo dia ingat lagi ke idak???

Sunday 6 November 2011

Salam Aidiladha 1432H

Alhamdulillah....pagi ni selesai mengikuti solat sunat Aidiladha di masjid. Dalam pada itu, hairan aku dibuatnya. Kenapalah ada segelintir jemaah belah gitu je lepas solat. Apalah salahnya dok dengar khutbah kejap. Setahun 2 kali je kot (kalo kira aidilfitri sekali) cubalah amik peluang ni. Kalo foreigner tu sedia maklum lah maybe boleh excuse sebab tak faham kot teks yang khatib baca, ini pulak orang kita.

Seperti biasa, khutbah ni satu peringatan buat kita. Basicly kita dengar kisah Aidiladha ni punya sejarah tentang Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Tapi pagi tadi masa khutbah baru aku tau rupa-rupanya Nabi Ibrahim dilahirkan di selatan Iraq sekitar 4000 tahun lalu, di Kota Karbala. Lepas tu baginda berhijrah ke Palestin, Mesir dan kembali semula ke Palestin. Setelah beberapa lama, Allah SWT telah memerintahkan baginda berhijrah ke sebuah lembah yang tandus yang dikenali sebagai Mekah yang jaraknya sekitar 1230 km dari Masjid al-Aqsa. Pada masa tu Nabi Ibrahim berumur 85 tahun. Fuhhh...cuba korang bayangkan camnelah pada zaman tu boleh terdaya kudrat & travel sejauh tu. Banyak jugaklah dugaan, cabaran & pengorbanan Nabi Ibrahim antaranya; Dalam usia tua, baginda dikurniakan anak iaitu Nabi Ismail. Lepas tu pulak, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Cuba korang bayangkan dah la susah nak dapat zuriat kan. Kepada korang yang tak sempat nak dengar khutbah @ ter'miss' khutbah tu boleh download kat sini.

Akhir kata, Selamat menyambut hari raya aidiladha. Selamat menjalani ibadah korban disamping menghayati erti pengorbanan dalam diri kita semua. Dan selamat bercuti...... :)

Wednesday 2 November 2011

Hari Lahir Sidia

Entry kali ni special sikit, sebab request by sidia (bukan nama sebenar). Siapa sidia? Sidia tu buah hati, kekasih gelap dan teman hidup aku sape lagi kalau bukan seorang wanita bergelar isteri. Fuhhh ayat ko alan....

19.10.11 - birthday sidia. Aku xsempat nak wat ape2 preparation untuk celebrate sebab aku tengah kursus 3 hari. Kalo kat opis boleh jugakla aku survey present kat MV. Waktu rehat ajelah yang boleh aku lari2 keluar kelas.

Tak planning ape pun, TING!!! tetiba aku dapat idea. A day before celebrate aku pecut naik moto g kedai Kak Ani Jln Masjid India - dapatla 2 helai tudung wat present. Memang fevret sidia pakai tudung platinum Kak Ani (platinum ke exclusive nama dia??)

Pagi before kerja aku letak la present atas katil ke meja makeup aku pun tak ingat. Pastu bila sidia tau tersipu-sipu senyumnya. Tapi tak bukak lagi sebab dah lambat nak gi kerja. Sidia sms aku katanya tak sabar nak balik umah bukak present tu hihihi....

Malamnya tu aku bawak sidia gi celebrate kat Pavilion makan ice cream cake Baskin Robbins. Ekceli aku dah booking awal pun ice cream cake tu. Penah sidia bagitau teringin nak makan ice cream cake. Aku pun tak penah makan jugak. So inilah masanya.... Malas nak cerita banyak layan ajelah gambar kat bawah ni...

Kad pun tak sempat nak beli. Kira kreatif
jugak la tu kan
Bag tu dah bagi awal sebab beli masa Sogo Sale.
Wrapper n ribbon tu pun barang recycle
kat umah ni. Asal boleh je aku ni hehe...
Tadaaaa......
Testing...testing...123...
PAVILION
Bergambar jap kat luar Pavilion. Ujan time ni xdapat nak gi
dekat fountain
Tadaaa....BR ice cream cake. Choc ice cream with vanilla cake
Oreo topping
No candle blow
A slice ice cream cake. Top layer: marvelous
choc ice cream. Bottom layer: vanilla cake

In front of BR cafe

AB: Happy jugak la hari tu walaupun sambutan tak seberapa sebab weekday - hari kerja, masa pun terhad. Lepas ni ade planning post birthday celebration (ade pulak macam tu) nak jalan2 n makan2 kat sini n kat sini. Kalo rajin aku update dalam blog ni.

Tuesday 1 November 2011

Family Day Punya Cerita

29 & 30 Oktober yang lalu, family day opis aku telah diadakan di Tiara Beach Resort selama 2D1N. Apa yang aku boleh katakan family day ini mencetuskan sedikit ketidakpuasan hati aku dan ia merupakan family day yang paling tak best yang pernah aku join setakat ini. Mungkin dek kerana umur organisasi opis aku yang baru setahun jagung (ye ke???) dan ni kira 1st time wat family day yang agak 'grand' menjadikan bunyi-bunyi yang tak sedap didengar oleh mulut kebanyakan orang termasuklah aku...

Pada hari pertama (29/10/11) berlangsungnya Mesyuarat Pegawai Pengurusan & Profesional dan Sokongan. Mesyuarat ni start dari pukul 10.30 pagi sampai 6.00 ptg. Awal2 lagi Chairman dah inform meeting ni taklah nampak real meeting macam kat opis pun dan lebih kepada pembentangan kertas kerja dan seminar dari setiap division/unit. So just listen, rilex & santai. Ada masa tu aku interested nak dengar dan ada masa tu aku rasa boring. Nak pulak tengok jam dah pukul 5 lebih lagilah aku jadi gelisah dan x senang duduk membayangkan family yang tengah dok wat apa la kat bilik tu dan swimming pool.

Memang dah plan nak mandi pool n gi pasar malam kat Telok Kemang lepas abis meeting. Tapi masa tak mengizinkan, so kitorang 1 family decide nak jalan kat pasar malam je. Pasar malam kat situ memang happening. Tapi tak bawak kamera nak snap gambar. Beli makan ringan, apam balik Tokyo (aku panggil apam balik doraemon sebab rupa macam dorayaki), air susu segar yang akak aku kirim sebab susah dah nak jumpa (keluaran Jabatan Veterinar yang penutup biru tu) siap beli 20 botol tak hengat...

Malam tu ade dinner. Ikutkan majlis start pukul pukul 8.00 mlm tapi kitorang masuk dewan pukul 9.00 mlm. Ah sudah....skali bukak pintu punyalah ramai orang, mata aku melilau dok cari seat kosong yang hampir penuh. Fuhh..lega dapat seat.

Hari ke-2 (30/10/11) baru feel sikit family day. Pagi tu ade senamrobik diketuai oleh instuctor bidan terjun manalah diorang kutip pun aku tak tau lah. Sangat menjengkelkan aku rasa. Pastu bermulalah sukaneka hooreyy. Aku join game kanggaru kiut je. Itupun setelah diheret oleh brader Sazali. Team kitorang dapat nombor 2. At last dapat gak aku merasa hadiah setelah kecewa xdapat lucky draw time dinner semalam *sigh*

Layan dulu gambar time sukaneka...
Brader Sazali, Sapura, Kak Su. 1 bujang 2 dara

Hijau Itu Selamat
 
Kak Fazela


Bos aku dengan orang JPAM tengah diskus pasal projek
A caring father: Amaludin with Alya

Munir dok ngayat bini orang ke tu???
Seronok betul mamat ni main game
Kak Su dah macam ahli PBSM
Adie n wife
Dol
Gaya Pengarah Kanan main bowling
Adie takmo kalah
Adie dengan bangganya baru tau guna chopstick
Masa orang lain dok main sukaneka, aku pulak balas dendam mandi pool hahaha...amekaw lagi seronok mandi aku rasa. Bayar mahal kot. Lepas check out pukul 1 lebih, kitorang 1 family lunch+gi kedai t-shirt print PD+jalan-jalan tepi pantai kat Telok Kemang. Makan nasi campur biasa je tapi mahal nak mam. Tiba-tiba hujan lebat tak dapat la nak feeling tepi pantai :-( .

Pastu belum nak balik umah lagi. Ade destinasi seterusnya.....umah akak aku kat Enstek. Dia wat makan-makan sambut birthday anak buah aku no.6 Afif 1yo. Happy Birthday Afif!!!

Akhirnya kitorang sampai umah jam 11.30 malam ZzZzZzZ Sekian........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...