Saturday 28 April 2012

Temujanji Doktor @ Zabal Urology Clinic, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Susulan daripada Rawatan Batu Karang Di KPJ Tawakkal Specialist Hospital, pada hari Khamis yang lalu aku telah ke Zabal Urology Clinic, KPJ Tawakkal untuk temujanji doktor. 


Zabal Urology Clinic terletak di Blok Hospital Tawakal yang lama, lot paling hujung sekali di Tingkat 1. Kalau diperhatikan signage Zabal Urology Clinic tu takkan jumpa kat corridor. Untuk pengetahuan, Datuk Dr Hussein Awang Clinic tu = Zabal Urology Clinic.



Temujanji dah dibuat sebelum ni, oleh itu benda penting yang perlu dibawa ialah appointment card dan x-ray film.


Saat didiagnose oleh doktor. Mula-mula doktor tunjuk x-ray film kat lampu. Time tengok x-ray tu baru terang sikit penglihatan aku ni. Terus amik camera dan snap gambar. Doktor pun tunjuklah tempat-tempat batu karang tu bertapa dalam badan aku ni. Setelah diexplainkan, rupa-rupanya batu karang tu ada kat kiri & kanan buah pinggang dan pundi kencing (seperti yang ditunjukkan anak panah). Yang kat buah pinggang tu kecik lagi. Doktor suruh minum air banyak-banyak, kalau boleh biarlah batu tu keluar naturally. Patutlah selama ni aku dok rasa sakit sikit dan kadang-kadang tak selesa kat belah kiri kanan perut. 

Comelnya buah pinggang aku
Dan treatment pecahkan batu karang yang aku buat sebelum ni kat pundi kencing. Doktor tunjukkan lokasi batu karang kat pundi kencing tu. Lepas tengok x-ray, aku baring dan doktor buat ultrasound kat perut aku. Bila tengok monitor, nampaklah batu karang yang berada dalam buah pinggang aku tu. Bila tengok kat kawasan ari-ari, clear. Maknanya doktor bagitau yang batu dalam pundi kencing tu dah pecah dan dah keluar masa aku kencing. Inikah Batu Itu?

Batu Karang Dalam Pundi Kencing
Kat sinilah tempat yang diorang hantar aku buat treatment pecahkan batu karang tu.

Pusat Litotripsi KPJ Tawakkal
Next appointment 6 bulan lagi. Doktor bagitau yang aku memang tak boleh makan daging kambing dan lembu. Yang mengandungi uric acid. Boleh makan lauk ayam dan ikan je. Huhuhu.... Dan yang paling penting aku kena minum banyak air supaya batu karang kat dalam buah pinggang aku tu boleh keluar sendiri. Otherwise aku kena buat laser operation pulak lepas 6 bulan ni batu tu degil nak keluar. 

Untuk pengetahuan, charge kali ni ialah RM100. RM50 untuk consultation dan RM50 untuk ultrasound. Ingatkan orang pregnant je boleh tengok baby diorang. Aku pun boleh kot. Hehehe


p/s: aku dah tanya doktor yang berubat kampung orang tu pegang-pegang perut je terus keluar batu. Doktor cakap tu tak betul sebab ada patient dah berubat cara tu lepas tu dia bawak batu tu jumpa doktor. Then doktor buat ultrasound, tengok-tengok batu tu dok ada lagi kat dalam. Aku pun tak pasti kebenarannya.

Susahnye Nak Dapat Kerja Kerajaan

Huarghhh....ngantuknye. Semalam balik kerja terus mengemas packing barang sikit-sikit sebab officially malam tadi dah masuk rumah baru. So ingatlah bahawasanya hari ni 28.4.12 tarikh masuk rumah baru kebetulan tarikh yang sama jugak ada perhimpunan bersih 3.0 (aku tak menyokong mana-mana pihak). Daripada pergi perhimpunan bersih tu adalah lebih afdal aku bersihkan rumah aku yang berselerak tu.


Tapi sebelum tu, pagi-pagi ni aku ada misi lain. Aku kena pergi ke Putrajaya sebab menghantar wife aku amik exam. Ish...dah tua bangka gini pun nak amik exam lagi kan. Sebenarnya wife aku dapat surat panggilan menduduki peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATCO) kat PICC. Flashback....wife aku pernah passed exam ni 3 tahun yang lepas kot dan failed masa 3rd stage (final stage) interview. Sob..sob..bukan rezeki dia kot masa tu. Kita cuba lagi eh sayang. Chayok!!!


Susah betul nak masuk kerja kerajaan sekarang. Kalau tengok dalam surat panggilan peperiksaan kat atas ni, macam-macam jenis paper nak kena jawab. Ada pengetahuan am, daya penyelesaian masalah, mathematics and problem solving, english dan ujian sahsiah. Masa menjawab lebih kurang 3 jam. Masak beb. Tu baru cerita part exam. Kalau dah lulus ada banyak stage lagi, macam-macam assessment, pastu bila dah melepasi beberapa test, barulah SPA panggil interview. Sape cakap kerja kerajaan senang? Bayangkanlah nak interview pun kena screening macam-macam, bila dah kerja lagilah macam-macam cerita lagi. Aku dah lalui semua tu.

Tetiba teringat aku dulu pun pernah sit for exam jawatan Pegawai Kastam & Imegeresen dulu. Hampeh aku failed hehehe. Lepas tu untuk jawatan aku sekarang ni masa tahun 2006 1st time dapat panggilan temuduga memang tak tau ape-ape makanya failed jawapannya. Tak putus asa, apply lagi SPA online. Tahun 2008 dapat lagi panggilan temuduga. Masa tu confidentlah sikit. Dipermudahkan rezeki aku, alhamdulillah aku lulus temuduga tu dan inilah kerja aku sekarang. Syukur... Kalau nak tips temuduga kerja kerajaan, aku boleh share pengalaman aku. 

Dipaksa senyum. Dalam hati dup dap dup dap
Sekarang ni wife aku tengah bertarung dalam dewan kat PICC nun. Tadi dalam kereta dia dah rasa berdebar-debar. Yelah kan dah lama tinggalkan alam peperiksaan ni. Lagipun untuk jawatan ATCO ni bukan senang SPA nak panggil, bukan senang nak melepasi bermacam-macam test dan assessment.  Kalaulah dapat post ni, nanti nak kena training Akademi Penerbangan lagi. Memang betul-betul mencabar. Preparation pun ala kadar je. Sibuk dengan kerja officenya, sibuk dengan hal nak pindah rumah lagi. Tenang sayang tenang. Bismilah dan selawat banyak-banyak. Lepas ni tawakal ajelah dan serahkan semuanya kepada Allah. Sebab pintu rezeki tu Allah yang bagi. Doakan kejayaan beliau. Amin...

Tuesday 24 April 2012

Kumpul Voucher di Aeon Jusco Member Day

Wahh...hari ni dan esok ada Aeon Member Day kat Mid Valley. Dulunya dikenali dengan nama J-Card Day. Sekarang ni Jusco dah tukar nama kepada Aeon tapi aku lebih suka sebut Jusco.


Apa lagi. Bila tau ada Member Day ni menggelupur la aku. Serba tak kena. Agak-agak kenapa?

Aku nak share ada kelebihan dan keburukannya member day ni terhadap diri aku ni. Kelebihannya ialah office aku kat Mid Valley. Rasa macam suara memanggil-manggil nama aku kat Jusco tu. Dan keburukannya pula ialah kalau time ni jangan harap aku boleh duduk diam kat partition aku, kejap-kejap hilang. Eh bukan ke ngular namanya tu. Ish..ish...ish...tak baik tu alan. Sekali sekala jek...jangan marah saya boss. Bukan ape, saje nak survey-barang, kalau murah beli.

Aku kalau dengar ada Aeon Member Day sekitar KL ni mesti rasa macam nak pergi. Rasa aje lah. Terutamanya kat Mid Valley (of course), Wangsa Maju, Maluri. Nak kata banyak duit tu taklah tapi nafsu menguasai akal ni diseretlah duit plastik itu. Masaklah aku nak bayar hutang lepas ni adushh...

Rahsia shopping masa Aeon Member Day???

Tau tak korang kalau time member day mesti boleh redeem voucher. Contoh shopping RM100 dapat Rm10 voucher. RM200 dapat RM20 voucher. Dulu aku tak heran pun voucher-voucher gini. Tapi sejak aku bercinta, awek aku (sekarang isteri) yang mengajar aku redeem voucher. Voucher tu sangat berguna bila nak beli barang di lain masa. Tapi aku tak guna voucher tu pada hari-hari biasa sebaliknya aku akan guna voucher tu bila ada Member Day pada masa akan datang. Jadi, bila sampai masanya (next member day) korang cuma bayar harga barang tu selepas tolak voucher. 

Contohnya;-

Katakan korang ada voucher RM30
Harga barang selepas diskaun = RM200

Oleh itu;

Harga yang perlu dibayar = 200 - 30 = RM170

Maka;

Berapa voucher yang akan diperolehi pada Member Day kali ni?

RM10 salah. RM20 betul.

Sebab voucher yang di'redeem' bukan berdasarkan nilai tunai yang kita bayar sebanyak RM170 tetapi harga barang selepas diskaun iaitu RM200. Maka voucher yang akan diperolehi bersamaan RM20.

Faham ke tak apa yang aku sedang merepek ni. Nampak tak cara aku memanipulasikan penggunaan voucher tersebut. Asalnya ada voucher RM30 lepas tu voucher tu tak hilang begitu sahaja, masih boleh dapat voucher RM20 lagi. Nampak tak? Nampak tak kelebihan guna voucher masa member day? Voucher tu macam boleh beranak-anak kan. 

Sejak kejadian semacam ini, aku sangat suka shopping masa Member Day. Kalau shopping tu ikut keperluan, kalau ikut nafsu tu kadang-kadang jek hehehe. Buktinya tengok ajelah voucher yang aku kumpul kat bawah ni.


Jom shopping!!! Redeem voucher banyak-banyak hahaha

Friday 20 April 2012

Inikah Batu Itu?

Ayat tanya menjadi tajuk entri kali ni. mmm dah lama rasanya tak update blog ni. Sejak discharge dari hospital dan dapat mc duduk di rumah pun malas nak bukak laptop. Minggu ni baru start kerja, so bila dah seminggu tak masuk office tu faham-faham ajelah apa yang bakal menunggu tak lain tak bukan workload yang melambak dan pending. Alhamdulillah hari ni aku dah ngadap bos review drawing aku. Minor comment jer so next Monday boleh hantar drawing for tender. Legalah sikit tapi yang tak bestnya aku miss due date nak hantar drawing tu dek kerana tak kerja seminggu.

Ok cukuplah cerita pasal kerja, berbalik kepada persoalan di atas. Inikah batu itu? Batu ape? Batu Caves? Batu bata? Batu belah batu bertangkup? Hehehe...


Tu dia...eksklusif untuk korang. Inilah rupa batu yang keluar dari proses perkumuhan aku sehari selepas aku menjalani rawatan batu karang di KPJ Tawakal Specialist Hospital aritu. Batu ni la kot menjadi punca kesakitan yang aku tak pernah rasa sebelum ni sampai berguling-guling atas katil. Hanya tuhan saja yang tahu.

Memang lepas tu aku kena banyak minum air. Dan setiap kali aku kencing, aku akan dok perhati air kencing tu kalau-kalau terjumpa batu. Nampak aktiviti ni macam kotor tapi kalau tak buat aku sendiri tak tau betul ke batu tu dah keluar ke belum. Atau kalau takde batu yang keluar, aku assume yang batu tu dah hancur menjadi halus dan tak dapat dilihat dengan mata kasar. Betul ke teori ni? Apa-apapun next week aku ada appointment dengan doktor tengoklah macam mana nanti. Kalaulah batu tu dok ada lagi dalam badan aku, batu tu akan disedut melalui 'anu' aku ke? Huhuhu...

Ni ada beberapa info @ petua @ pantang larang yang aku dengar dari doktor dan orang-orang sekeliling aku.

Doktor cakap kurangkan (kalau boleh elakkan) :-
1. makanan yang mengandungi bahan pengawet asid borik contohnya mee kuning.
2. kalsium contohnya susu, supplement yang mengandungi kalsium yang tinggi.
3. sea food.
4. daging. Daging ape aku tak tanya pulak. Ayam ok kot.

Petua-petua lain:-
1. lobak putih. Kalau yang nak kick blend lobak putih tu dan minum airnya.
2. makan tembikai banyak-banyak.
3. minum air barli.

Macam mana keadaan aku sekarang? Ya, rasa sakit tu dah takde. "Trafik berjalan lancar". Banyak minum air masak (selalu kena paksa dengan wife). Pantang makan??? Kadang-kadang je. Wife aku akan bising kalau aku tak pantang makan. Hehehe jangan marah ye sayang.

Terima kasih buat family dan kawan-kawan yang mendoakan aku cepat sembuh. Semoga korang juga dirahmati olehNya. Sekian.

Tuesday 10 April 2012

Rumah View KLCC


Wah....bestnya!!!
Hari-Hari boleh tengok view KLCC KL Tower ni. Kalau malam lagi cantik kot.


Nak pulak selalu orang datang hantar makan.
Lagi best...

Tapi best ke?
Sebab bukannya kat rumah sendiri pun
Tumpang aje kat sini


Carnation Ward
KPJ Tawakal Specialist Hospital
Doktor yang merawat aku tu Board of Director rupanya
Datuk Dr. Hussein Awang


Walaupun dah tengok view KLCC, orang hantar makanan, dapat layanan baik doktor, nurse dan staf lain, baru aku dapat rasakan betapa boringnya duduk kat hospital ni. Tak sabar rasanya nak balik rumah. Walaupun rumah takde view KLCC huhuhu.


Nasib baiklah ada officemate datang meriuhkan keadaan bilik ni sekejap. Taklah rasa boring sangat. "Weh, korang ingat ni office korang ke hah boleh buat bising-bising macam selalu? hihihi". Terima kasih sebab sudi datang bawak buah tangan dan kerja office yang tertangguh tu.

Tak sabar nak balik rumah. Nak naik demam aku rasa. Sejuk betul. Patutlah ramai orang tak suka duduk lama kat hospital. Bila dah kena batang hidung sendiri rasakannnn.








Monday 9 April 2012

Rawatan Batu Karang Di KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Di saat Aaron Aziz sedang menempa nama memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2011 di ABP 2011 aku pula sedang mengharungi kesakitan yang amat sangat di bahagian kanan perut. Tak pernah aku rasa sakit yang semacam ini. Disangkakan masuk angin, habis segala jenis minyak dilumur tapi tak jalan jugak. Akhirnya aku decide pergi ke KPJ Tawakkal Specialist Hospital. Direhatkan sekejap kat Emergency, amik sampel urin dan diinject ubat tahan sakit kat montot sebelum masuk wad.


Pagi tadi buat x-ray dan CT scan. Dalam pukul 1 petang doktor datang bawak result x-ray. Ternyata sakit yang dialami berpunca daripada batu karang yang tersumbat kat pundi kencing dan baru nak jadi kat buah pinggang. Patutlah nak kencing pun susah. Sakit pulak tu.


Di sini aku dirawat oleh Datuk Dr. Hussein, pakar urology. Dalam pukul 2.30 baru GL insurance aku approve. Tanpa berlengah lagi, time tu jugak aku menjalani procedure ESWL atau cakap kampungnya pecah batu. Proses rawatan mengambil masa dalam 1 jam setengah. Sebelum rawatan bermula, aku disuntik ubat tahan sakit dan ubat tahan muntah. Disamping itu, aku disuruh minum seberapa banyak air yang boleh bagi memastikan pundi kencing penuh dan dapat membantu proses pemecahan batu. 


Keadaan selepas pecah batu. Rasa sedikit pening kesan daripada ubat tahan sakit dan meniarap terlalu lama. Aku disuruh kencing dalam penapis dan lihat kalau-kalau ada serpihan batu yang keluar namun tiada. Doktor bagitau cepat atau lambat bergantung kepada pesakit itu sendiri. Doktor nasihatkan minum air banyak-banyak supaya dapat membantu batu tersebut keluar. 

Seumur hidup aku, kiranya ini pertama kali aku dimasukkan ke wad. Yang bestnya bab makan toksah cakap lah, sentiasa berselera je aku hehehe...

Breakfast
Lunch
Dinner
Rasa sakit pun dah beransur pulih. Cuma yang aku tak tahan bila kena minum air banyak, naik kembung perut nak termuntah air pun ada rasanya ni. Esok lusa aku discharge kot. Lepas ni kena kawal pemakanan iaitu kurangkan sumber kalsium, uric acid dan seafood.

Friday 6 April 2012

Kena Transfer? Sob...Sob...Sob...

Minggu yang sukar bagiku. Hati bercampur baur kesedihan melanda diri ni tatlaka menerima berita sedih. Nak buat kerja pun takde semangat tapi due date nak submit drawing dah tinggal seminggu, so buatlah kerja dalam keadaan terpaksa. Kengkadang termenung memikirkan perkara ni sambil terbayang ada sountrack lagu Gelombang by Salamiah Hassan.

Nasibku dirundung malang 
Sederas gelombang 
Menghempas di pantai 
Semalam aku ternoda
Dalam sinar cahaya di jendela

Nasib malang??? Mana ada nasib malang...
Ternodakah aku??? Tidak sama sekali...

Ceritanya begini....Pada suatu hari Kisahnya berlaku pada hari Isnin tapi memandangkan hari Isnin aku cuti, so hari Selasa baru aku tau cerita sebenar dari bos unit aku. Aku bakal ditransfer ke Cawangan @ office lain. Tapi bos unit aku dah bagitau admin yang aku diperlukan lagi kat unit ni dan dia cakap dia akan fight untuk aku. Dengan kata lain dia taknak lepaskan aku untuk transfer melainkan kalau aku naik pangkat.

Mendengar statement bos unit aku, aku rasa cool sikitlah. Lagipun aku tak ready lagi nak transfer mana-mana lagi. Aku fikir banyak lagi yang aku kena study kat design office ni. Kalau nak tau, aku memang jenis jemu kerja lama kat satu-satu tempat dan ini merupakan tempat kerja aku yang ke 5 selepas aku grad tahun 2005 dulu. Dan aku rasa lepas aku dapat kerja kat sini, aku rasa inilah tempat aku cari makan sampai aku pencen nanti. Perasaan jemu tu bukan lagi masalah bagi aku sebab kat organisasi besar macam ni, urusan transfer mentransfer ni satu rutin yang biasa. Cumanya kat sini aku rasa aku belum ready lagi nak tukar tempat kerja walaupun perasaan jemu tu datang sekejap-sekejap. Pokok pangkalnya kat diri aku sendiri. 

"Lan memang nak pindah ke?" tanya bos unit aku.

"Memanglah nak tapi bukan sekarang. Saya plan kalau nak pindah pun biarlah tahun depan ke." balas aku.

Yup. Aku memang berhajat nak transfer ke branch lain, bidang yang aku minat tapi aku merancang nak buat PE hujung tahun ni insyaAllah. Doa-doakanlah untuk aku. Korang tau tak ape itu PE? PE tu macam PERGHHH ala yang ada title Ir. kat depan nama orang tu. Berangan seh Ir. alanbaik hahaha.

Bila aku dah cool sikit bila dengar bos unit aku nak fight untuk aku so aku pun just sit n relax ajelah buat kerja macam biasa. Cuma sekali sekala ajelah pikir sikit-sikit pasal hal ni. Ah malas nak fikir....

Tadi sebelum balik bos unit aku panggil masuk bilik dia.

"Lan, saya baru balik meeting ni. Saya jumpa Puan XXX tadi. Dia bagitau yang semua bos-bos nak fight taknak lepaskan anak buah masing-masing. Orang korporat pun mintak at least diorang nak 10 nama untuk ditransferkan dalam bulan April ni. Dan salah sorangnya ialah Lan (akulah tu)" kata bos unit aku.

Perghhh bulan ni kot....

"Aik, haritu bukan ke Puan cakap nak fight pasal hal ni? balas aku.

"Memang haritu saya dah cakap dengan Puan XXX saya taknak lepaskan Lan tapi bila Puan XXX call  2nd time dia call En YYY (big boss department aku) pastu En YYY bagitau dia takde halangan untuk lepaskan Lan for better future, career development, exposure n blablabla. So nama Lan dah dalam list tunggu surat aje ni" explain bos unit aku.

Rasa macam siling runtuh hempap kepala aku. Deng!!! Kalau ikutkan big boss, dia memang sokong mana-mana staff kalau dapat offer transfer mana-mana sebab dia cakap kita kenalah ikut polisi yang ditetapkan oleh jabatan, dan go for grab new exposure and experience. 

Aku dah down tapi still cover-cover depan bos. Kalaulah kena transfer dalam masa terdekat ni banyak siot keja aku nak kena setelkan. Susahlah nak buat PE lepas ni melainkan dok kat design office jugak lepas ni.

Dia pun bagilah idea suruh aku buat surat rayuan dan beberapa perkara lagi. Yup...kalau aku nak stay kat tempat ni aku kenalah usahakan sesuatu. Kena buat kerja lebih la sikit. Ulang alik office korporat. Mudah-mudahan urusan aku dipermudahkan selepas ni. Amin Ya Rabbal Alamin......

Wednesday 4 April 2012

Tabahnya Kumpul Setem Guardian Untuk Beg Diadora

Entri ni aku nak cerita pasal wife aku. Tabah dan cekal orangnya. Sebab apa? 


Cekal dan tabah mengharungi ujian hidup tu satu kemestian. Yang ni pun kategori cekal dan tabah gak. For information, Guardian ada campaign collect stamp dan redeem beg Diadora bermula 9 Nov 2011 dan baru je berakhir pada 28 Mac 2012 yang lalu. Makanya, berbulan-bulan wife aku mengumpul setem untuk redeem beg Diadora kat Guardian. Bermacam-macam barangan dan keperluan yang digunakan beli kat Guardian tu. Barang keperluan tau, ia bukan pembaziran semata-mata nak dapat stamp. 

Mana satu nak pilih ni
Nak dijadikan cerita, dalam minggu terakhir nak redeem tu, setem terkumpul setakat itu ada dalam 24 keping. Alamak! dah tak sempat nak collect stamp ni. Aku menggunakan interpersonal skills aku (sebagai tanda sokongan kepada isteri lah katakan). Aku tanya officemate aku kalau-kalau diorang ada stamp Guardian ni tapi tak nak guna. Ternyata berhasil!!! Thanks to Alin, Ruby dan Kak Lisa. Terbukti bahawa orang pompuan suka shopping hehehe.....

Dapat jugak akhirnya
Redeem masa hari terakhir kat Mid Valley. Hajat di hati nak redeem cabin bag. Almaklumlah orang selalu outstation ni.... Mula-mula pergi Guardian kat LG floor sekali salesgirl tu cakap dah habis stok. Pastu kitorang try pergi Guardian kat 1st floor. For information, kat Mid Valley ada 2 outlet Guardian ok. Wife aku bernasib baik. Memang tinggal 1 je cabin bag kat situ. So cakap banyak pun tarak guna, sambar sebelum orang lain sambar. Dalam hati aku, boleh tahan jugak sambutan redeem beg Diadora ni.

Isteriku, usaha tangga kejayaan!!! Kalau takde jugak kat Mid Valley moh kita terjah semua Guardian kat KL ni :)

Kenaikan Gaji Perkhidmatan Awam | Tangga Gaji Baru Skim Kejuruteraan

Tahniah warga perkhidmatan awam. Rezeki tuhan bagi untuk tahun 2012 ni. Wah! Mesti ramai orang tengah revise budget masing-masing kan. Almaklumlah dapat kenaikan 7 - 13 %. Banyak tu... Sendiri mau ingat la kan. SBPA: Saya Mesti Pilih tuptup SBPA dimansuhkan, SSM pula dikemaskini. Tetap menguntungkan. Apa-apapun, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Makin bersemangatlah macam ni.  
click to enlarge
Puas aku google jadual gaji baru skim kejuruteraan ni susah betul nak jumpa. So aku kongsikan kat sini.

Monday 2 April 2012

Teh Bunga Krisantimum Buatan Sendiri Memang Layannn

Tekak ni teringin pulak nak minum teh krisantimum aka teh bunga. On the way balik kerja singgahlah kat kedai senseh (kedai ubat cina) kat Sentul. Harga tak mahal RM4.00 je sepeket boleh buat banyak kali. Kalau  nak buat sekali harung pun boleh pastu buat meniaga. Haha


Air teh bunga yang dalam kotak tu tak feel sebab takde bunga. Kalau nak yang ada bunga macam orang jual air bungkus tepi jalan petang-petang gini susah nak cari lainlah kalau ada pasar malam. Kalau nak lagi feel buat sendirilah kan.

Nak buat air ni senang jek. Basuh siap-siap bunga dengan batang kayu tu. Kemudian jerang air (wah bahasa standard) dengan bunga tu, sukatan air ikut suka korang. Lepas menggelegak tambahkan gula. Air tu akan jadi warna keruh. Kalau nak nampak menarik, tambahlah sikit pewarna kuning baru berseri-seri je bunga tu kan. Siap!!!


Menurut apek senseh tu, teh bunga ni boleh menghilangkan panas dalam badan. Kalau time demam aku suka minum teh bunga ni. Kalau takde teh bunga, barli pun ok :) dan sebenarnya aku carik teh bunga ni sebab  nak hilangkan dahaga. Kat bunga tu siap ade 'pulp' macam oren twister pulak. Fuhhh...layannnn


AB: Sape kata orang makan bunga tu orang gila? Aku ok jek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...