Saturday 25 February 2012

Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) @ Central Market

Live blogging from Central Market.



Dah lama aku tak datang CM. Komuniti FJM pagi ni berkumpul di CM bersempena event KUL SIGN. Berkongsi ilmu dan memantapkan skill street photography.



Kemunculan aku? First time aku join benda-benda macam ni. Amik gambar pun tak pandai. Hanya menyemakkan diri.



Ramai betul follower FJM hari ini. Tema street photography hari ni ialah "Human In Geometry". Sama-sama kita saksikan hasilnya nanti.


posted from Bloggeroid

Thursday 23 February 2012

Groupon Hadramawt Datang Lagi...

Ingat lagi entri aku melantak di Hadramawt? Sila klik Food Hunting | Hadramawt Chulan Square.

Berita baik. Tawaran yang ditunggu sudah tiba.



Nak tau lebih detail? Nak beli voucher ni? Klik http://www.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/hadramawt/715971355

Menarik kan? Memang berbaloi rasanya tawaran tersebut dengan pakej hidangan yang cukup puas hati. Tambahan pula, beli 1 groupon boleh makan berdua. beli 2 groupon dapat makan 4 orang. Kalau 3 orang? Kalau untuk 3 orang, beli 2 groupon makan 3 orang, 1 lagi buat nasi tambah hehehe. Pakej ni untuk dine in sahaja. Tak boleh take away. Tak pun, time ni lah nak belanja kawan-kawan kan. Susah-susah sangat, nak ajak aku pun boleh :)

Seperti aku yang pernah makan di sini, makanannya memang marvelous. Dah jatuh hati dengan lamb mendy. So, aku tidak teragak-agak untuk membeli offer groupon ini. 

Cepat sementara stok masih ada. Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk grab offer ni.


AB: Mentang-mentanglah hari ni gaji, semua aku nak beli. Bila takde duit, ontok-ontok yolah.....

Himalaya Member Day @Mid Valley Megamall

Yahooo!!!  Saat yang ditunggu telah tiba. Sebab apa? Ofkoslah sebab hari ni hari gaji. Ok...masa lunch tadi jalan-jalan kat bawah office. Seronok kan office kat Mid Valley. Seronok sebab duit cepat habis hehehe. Tengah jalan-jalan cuci mata, sekali sayup-sayup terpandang dari jauh kat kedai Himalaya ni.


Apa yang tak kena kat kedai ni. Apa yang membuatkan aku terkesima memandang kedai ni. Kejap-kejap aku zoom. Korang tengok kat gambar bawah ni pulak.


Nampak tak??? Himalaya buat Member Day la. Ini sudah bagus. Hari gaji, member day, minyak rambut dan shampoo dah abis. Semua kebetulan. Tapi kenapa aku tak dapat notification.

Untuk makluman, aku pengguna produk Himalaya ni & subscribe as a member since 2011. Aku guna pencuci muka, shampoo dan minyak rambut. Barangnya mahal sikit la dari produk lain tapi bila jadi member, setiap pembelian RM100 dapat RM10 rebate for next purchase. Kalau tak nak guna rebate tu boleh carry forward dengan total rebate yang lain. Takde expired date. Bagus kan. Cakap banyak pun tak guna. Apa yang menarik hari ni.
  • Buy 1 Free 1 - selected item. Yang aku tengok produk packaging lama, yang nak expired 2013.
  • 10% - normal item.
  • PWP - selected item up to 80%
Wow! Banyaknyeeee
Ape yang aku sambar tadi? Ala barang aku yang dah habis stok. Yang selalu guna.

Dandruff shampoo buy 1 free 1. Dan hair cream 10% off.

Ape lagi yang best? Ofkoslah as a member aku dapat goodie bag. Apa ada dalam goodie bag tu?


Umang-ai, banyaknya shampoo free aku dapat. Wah...bersusunlah stok shampoo kat rumah nanti. Kalau gini, hari-hari mau shampoo. Agak-agak boleh hilang tak kelumumur aku. Pelik betul aku. Apasal la kelulumur kat kepala ni tak hilang-hilang. Tapi berkuranglah sikit kalau pakai shampoo ni. Perlukah aku membotakkan rambut aku? Sape-sape boleh bagi tips@petua?

So, apa tunggu lagi. Sape-sape yang sempat baca entri aku hari ni bolehlah berkunjung ke Himalaya Mid Valley. Tawaran sah sehingga hari ni sahaja, sampai kedai tutup hahaha. Nak subscribe as a new member pun boleh, every purchase RM50 automatik jadi new member. Aktiviti lain boleh buat hair analysis - nak tahu sejauh mana sihatnya rambut korang. Pastu balik korang boleh ukur sejauh mana skala rambut korang (macam iklan kat TV pulak).



Wednesday 22 February 2012

Food Hunting | Zakaria Laksa Teluk Kechai

Entri terakhir Semasa berada di Alor Setar. Dah lama giler tak hapdet blog ghasenya. Menjejaki Kuah Rojak Yang Popular pun sudah, perut pulak terasa lapar. Call my wife, dia suggest pekena laksa yang paling best kat Alor Setar ni. Tak tau kat mana tapi nasib baiklah ade Mahen, Bila aku sebut aje 'laksa best' terus dia  bawak aku kat tempat tu. Lega ceq habaq hang.


Yuhooo dah sampai!!! Teruja pulak tekak ni nak melantak laksa yang dikatakan sedap sangat tu. Sedap ke? Tunggu.... Nak ke sini? Aku pun tak tau arahnya tapi yang pasti kedai ni terletak kat tepi main road. Kalau dari Alor Setar nak menuju ke Jeti Kuala Kedah, kedai ni terletak di sebelah kanan jalan. Kena buat u-turn kat depan sikit. Susah-susah sangat, tanya aje orang, tak pun boleh call kedai 04-7621071 atau masing-masing kan ada handphone canggih kan.


Tadaaaa dah sampai. Tak sabaq nak pekena laksa Teluk Kechai. Cakap banyak pun tak guna kan. Perut pun dah lapaq.

Pergghhhh
Macam ni lah rupa laksa Teluk Kechai. Amacam??? Nampak biasa-biasa saje kan. Tapi cuba korang tenung kat gambar sebelah atas kiri yang seco'et yang berwarna kuning tu. Haaa....itulah ramuan special yang membuatkan laksa ni sedap. Sedap sehingga menghirup titisan kuah yang terakhir. Lain daripada yang lain. Nak jilat pinggan segan.

Aku bersama Abang Din, pemilik kedai.
Laksa Teluk Kechai tiada kena mengena dengan rangkaian restoran KFC
Menurut pemilik kedai Laksa Teluk Kechai ni yang dikenali sebagai Abang Din, benda yang warna kuning tu (tak ingat apa namanya) adalah campuran isi ketam, udang, kelapa dan lain-lain lagi yang di'blend'. Patutlah sedapppp. Menurut Abang Din lagi, kedainya ini dibuka seawal jam 10.00 pagi dimana segala kerja-kerja membuat bahan termasuk mee laksa ini dilakukan sendiri oleh pekerjanya. Ini memang betul-betul produk inhouse ni.


Tengok gambar kat atas ni. Ishhh...bukan awak tu yang aku maksudkan. Belakang awek tu la. Itulah rumah  tokei kedai laksa ni. Bukan calang-calang ok. Jual laksa hari-hari boleh bikin ini banglo. Tu baru pintu, belum yang lain-lain lagi. Nak ambil gambar penuh rumahnya macam yoyo-oo je. Di tapak kedai sekarang inilah Allahyarham Zakaria memulakan bisnes laksa ini sampailah ke hari ini menjadi warisan anak cucunya. Kata Abang Din, dulu diorang jual laksa guna kayu kandar. Waktu operasi sampai lewat petang ataupun sampai mee laksa habis. Biasanya kuantiti laksa yang dijual antara 3 hingga 5 guni beras sehari.

Mr Mahendran yang selalu aku sebut-sebutkan
Habis sudah aktiviti site visit sambil menyelam minum air aku. Walaupun letih, tapi puas hati. Dalam pukul 6.30 aku pun dibawak pulang ke airport. Terima kasih Mr. Mahendran atas layanan yang diberikan.


Takkan nak hadap untuk tekak sendiri aje kan. Yang kat KL ramai menunggu. Merasalah laksa ni naik flight. Abang Din cakap, laksa ni pun pernah customer bawak balik US. Dia siap-siap buat frozen. Begitulah penangannya bila pekena laksa Teluk Kechai. Kalau dah bawak balik US tu korang fikirlah sedap ke tidak laksa ni.

Friday 17 February 2012

Janganlah Mengambil Kesempatan Terhadap Orang Lain

Selama aku hidup di dunia ni, jarang sekali aku berdepan dengan orang-orang yang bermasalah dan mencari masalah dengan aku. Tidak disangka-sangka, semalam aku mengalami situasi di mana ada seorang hamba Allah ni cuba bersikap tidak menyenangkan aku. Firasat aku mengatakan orang ini cuba bertindak tidak profesional, mengelat, memperdaya, dan mengambil kesempatan ke atas aku. #@%$&^@ punye orang. Tak pernah aku jumpe orang nak ngelat secara terang-terangan macam ni. Agak-agak la wei...

Intro: Aku ada appointment dengan hamba Allah (Rosli bukan nama sebenar) di suatu tempat pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku tidak dapat hadir ke tempat tersebut kerana ada meeting penting dan meminta Rosli melakukan tugasnya tanpa kehadiran aku. Lalu Rosli pun sms aku (antaranya aku olah gaya bahasa yang sesuai).

Rosli: Kita jumpe kat sana pukul 6.30pm. 

Alanbaik: Sori. Saya tak dapat pergi sebab saya meeting tak habis lagi ni. Awak tolong setelkan untuk saya boleh? Tau kan tempatnya (Saya bagi alamat detail). 

Rosli: Ok

Dalam masa seminit selepas itu. 

Rosli: Maaf saya pun bizi juga. Minggu depan kita pergi. Besok saya balik kampung sampai Selasa. 

Aik...Tiba-tiba sahaja statement dia berubah selepas tau yang aku tak dapat nak join dia. Bukan ke dia yang mula-mula bagi message kat aku dan dia telah mengatakan OK bila mengetahui aku sedang meeting. Tiba-tiba cakap dia bizi pulak.   #@%$&^@  la mamat ni. Aku repot kat bos kau. 

P/s: Actually aku dah bayar perkhidmatan yang aku perlukan kat company mamat ni kerja. Bukan free-free punya. So dia kenalah buat kerja untuk aku kan? Maaflah kalau korang tak selesa membaca luahan hati aku ni.

Thursday 16 February 2012

Lawak Ke Der? Bila Hati Digeletek


Kali ni Istana Budaya betul-betul membuatkan hati aku digeletek. Patutlah persembahannya bertajuk "Lawak Ke Der? (Bila Hati Digeletek)". Buat julung-julung kalinya Istana Budaya membawakan persembahan stand-up comedy yang membariskan pelawak-pelawak hebat muka baru dan lama serta kesinambungan daripada program Maharaja Lawak Mega seperti Nabil, Jozan, Osbon, Boboi dan Harith Iskandar.


Aku berkesempatan melihatan persembahan pada malam terakhir pada 12/2/12 yang lalu dan menyaksikan persembahan Nabil, Jozan, Boboi dan Harith Iskandar (Osbon off day, syif lain hehehe). Memang penuh seat waktu ni.

Nampak gayanya Lawak ke Der? mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun ia bukan seperti teater-teater lain yang dipersembahkan di Istana Budaya. Walaupun persembahan stand-up comedy, dress code kena jaga beb. Yang pakai round neck disuruh sarung blazer tau.


Yang bestnya Lawak Ke Der? ni ialah kita akan gelak tak hengat dari mula persembahan sampai habis. Lepas tu takde intermission macam persembahan teater yang lain. Nabil bertindak sebagai pengacara, bukan macam pengacara biasa-biasa tu, tapi dalam versi lawaknya yang  tersendiri khas untuk Lawak Ke Der?. Boboi membawakan scene percintaan Boboiyot dan Gurgirl dan scene Datin Maimon bersama Datin 'Sardin'iyah yang berkongsi suami hehehe.


Jozan membawakan scene Acai dan Mael Lambung di dua zaman yang berbeza - zaman SPM dan 10 tahun selepas itu. Cayalah Jozan! Memang semua orang tunggu persembahan Jozan ni. Tidak ketingggalan persembahan Harith Iskandar, berpengalaman 20 tahun dalam stand-up comedy menyaksikan persembahan yang tidak kurang hebatnya yang sangat bersahaja dan membawakan mesej tentang "Gelagat Orang Malaysia". Gamat dengan gelak tawa penonton di Istana Budaya. Amat puas hati.


Khabarnya Lawak Ke Der? (Bila Hati Digeletek) akan ada sequelnya di Istana Budaya. Sama-sama kita nantikan...

Sebagai tanda sokongan dan kenangan Lawak Ke Der di Istana Budaya. Limited Edition kata promoter tu.

Boboi untuk aku, Lawak Ke Der? untuk wife

Ulangtahun Ke-2 Perkahwinan : Apa Aktiviti Kami

12/2/2012 - Hari Ini Usia Perkahwinanku 2 Tahun. Apa yang kami buat sepanjang hari ni? Ish...sibuk je nak tau. Cerita rumahtangga orang mana boleh bagitau hehehe... Sebelum tu nak kasi tau yang wife aku 2, 3 hari sebelumnya dah booking awal-awal slot pada sebelah malam. Tapi bila aku tanya kenapa dia kata "adelah". Bikin saspen la ini worang....

Hari yang ditunggu sudah tiba. Selepas aku mandi, wife menyerahkan sampul kat aku. Ofkos lah itu kad wish anniversary takkan sampul duit raya pulak kan. Tapi kalau dapat duit pun -- mak sukaaaa *wink*wink* Tapi alangkah terkejutnya mak aku bila bukak saje bahagian dalam kad terselit tiket "LAWAK KE DER" kat Istana Budaya malam ni. Patutlah siang-siang lagi wife aku dah booking slot malam sebab nak tengok LAWAK KE DER.... Ni lagi satu nak kai tau tapi malu. Ahhh kasi tau ajelah. Masa baca kad dan tengok tiket tu bergelinangan air mata jantan mak ni noks. Terharu wa cakap lu. Dengan ucapan kat kad dan kesungguhan wife aku membeli tiket tu, dah la seat mahal, seat dekat dengan stage tu.

Kad dan tiket Lawak Ke Der
Untuk pengetahuan korang, aku memang nak sangat tengok Lawak Ke Der. Nak dijadikan cerita, adelah satu hari tu (4/2/12) aku pergi usha tiket Lawak Ke Der kat Istana Budaya. Hajat di hati memanglah nak beli. Sekali sampai kat kaunter, tengok-tengok tinggal seat yang mahal jek. Tak berpadanan dengan bajet aku masa tu. Ok fine, tak kesahlah sebab tak dapat tengok.

Kereta Tak Boleh Nak Start Kat Istana Budaya
Lalu aku pun bergegaslah ke tempat parking kereta. Bila nak start keta, adusshhh....kereta tak boleh nak start pulak. Aku tunggu kejap. Start lagi sekali pun tak boleh gak. Aku pun call auto assist, pomen datang check punya check sekali bateri aku kong. Nak jumper pun tak boleh. Sudahnya melayang RM300 beli bateri baru. Memang dah ditakdirkan, nasib baik tak beli tiket, kalau tak mana aku nak cekau duit beli bateri kereta. Still rasa bernasib baik sebab kereta tak boleh nak start kat tempat parking. Kalau panas pun ada tempat berteduh. Kalaulah tiba-tiba terjadi kat tengah jalan, tak ke naya dibuatnya.

Ada hikmah di sebalik kejadian. Bila wife aku tau kereta aku rosak kat Istana Budaya dia tak risau. Yang dia risaukan kalau-kalau aku dah beli tiket yang aku usha tu. Citt... (Mula-mula aku tak bagitau wife pun nak usha tiket kat Istana Budaya. Konon-konon nak buat surprise gak. Sekali hamekko...kereta tak boleh start). Rupa-rupanya menurut wife aku, sebenarnya dia dah beli pun tiket Lawak Ke Der through online sebelum kejadian yang aku ceritakan di atas. Tapi takkanlah dia nak bagitau aku yang dia awal-awal dah beli tiket kan. Kalau tak, tiadalah surprise seperti yang aku rasakan pada hari ini. 

Boring ke baca penjelasan aku yang panjang lebar dari cerita kad, tiket pastu tetiba sampai kereta rosak pulak. Ntah pape ntah hehehe...

Ok next. Wife aku macam dah muncung sebab bila dia tanya takde ke bunga aku bagi signal "TAK". Saje je aku nak tengok reaksi dia. Aku memang selalu buat macam tu. Bukan niat nak tipu; gurau jek. Jangan marah aaa...Walhal aku memang dah siap-siap beli pun. So bila keluar rumah, destinasi yang dituju, tak lain tak bukan kedai bunga The Poetry Of Flowers. Pick-up kat branch Prince Court Medical Centre.



Wah! Sukalah tu dapat bunga :)

Bila dah dapat bunga, hati pun rasa gumbira. Tapi harus diingat ya murid-murid, bahawa bunga tersebut langsung tidak mengenyangkan. Sudah tentu perut terasa lapar. Sekali lagi aku telah planning tempat makan tetapi aku sendiri belum pernah pergi ke restoran tersebut. Tetapi dukacita bab tempat makan ni. Memang spoil habis date kitorang kali ni. Begini ceritanya.....

Pada zaman dahulu Macam biasa aku rajin tengok dealshelve. Aku tertarik dengan 1 offer by streetdeal. Restorannya macam gempak, makanannya pun boleh tahan, ada statement serve halal food. Tanpa berlengah lagi, aku pun belilah deals tu.

Lepas ambil bunga, terus shoot ke Solaris Dutamas. Lupa nak bagitau nama restorannya Golden Papillon. Kitorang first time datang sini. Bagai nak gila mencari restoran tu. Alangkah terkejut, hampa dan kecewanya aku sampai kat restoran tersebut, aku terbaca iklan di luar kedai. Damn....restoran tu serve beer la pulak. Hilang mood aku. Dah la masing-masing tengah lapar ni kan. Siot tol statement kat streetdeal tu. Tak bagitau pulak restoran ni serve arak. Aku dah rasa was-was. Kalau camni aku nak refund duit aku. Boleh ke???

Perut dah lapar gila. Masa dok cari-cari tadi perasan Subway. Ajak wife makan Subway, dia setuju. Kitorang selalu gak makan kat Subway - so taklah special mana pun. Tapi anggaplah ia special untuk kali ni.


Masa dok makan-makan ni la baru feel nak bagi present kan. Setakat bunga mana cukup kan. Bunga lama-lama kan jadi layu. Mula-mula bagi kad dan perfume...


Pastu ingat lagi tak dalam entri ni aku ceritakan pasal gelang nikah yang dah putus. Sebenarnya aku dah hantar repair, pastu tambah panjang sikit. Pastu saja tunggu hari ni nak bagi wife aku pakai semula gelang ni. Suka betul dia.


Saat kemuncak yang ditunggu - Tak lain tak bukan layan Lawak Ke Der kat Istana Budaya. Ini merupakan showcase terakhir pada malam terakhir Lawak ke Der. 


Persoalannya, Lawak ke der? Dan jawapannya, gila tak lawak. Memang pecah panggung melihat persembahan lawak oleh Nabil, Jozan, Boboi dan Harith Iskandar. Dari satu scene ke satu scene cukup menggelikan hati dan menghiburkan.

Dari Kiri: Harith Iskandar, Harun Salim Bachik (Datin Sadiniyah), Adflin Shauki (Datin Maimon),
Johan (Acai), Zizan (Mail Lambung), Nabil dan Hans Isaac
Thanks to semua pelawak yang menghiburkan aku di hari bahagia kami dan teristimewa buat isteriku...


Sekian

Sunday 12 February 2012

Hari Ini Usia Perkahwinanku 2 Tahun



Alhamdulillah. Hari ini genap usia perkahwinan aku dan isteri 2 tahun. Dalam usia ini, banyak suka duka yang kami lalui bersama. Semua itu menjadi titik tolak pengalaman hidup sebagai suami isteri. Yang baik dijadikan panduan & amalan, yang tak baik tu buang jauh-jauh.



Semasa bercinta jalan-jalan di Jakarta.


Semasa hari pertunangan 2009.


Ni pulak gelang hantaran masa majlis pernikahan kami. Tak lama lepas pakai, putus pulak. Tak kemas sambungan yang tukang emas tu buat :(
Sampai sekarang wife aku tak merasa pakai gelang kawinnya. Kesian kan. Aku ni yang lambat bertindak. Liat betul nak pergi repair.

Buat pertama kalinya, kitorang celebrate our anniversary sama-sama. Last year, sedih tak dapat celebrate sebab aku kursus selama 2 minggu. So nak ke mana eh kitorang hari ni? Kenalah tunggu kalau nak tau. Itupun kalau aku rajin update blog ni...

posted from Bloggeroid

Saturday 11 February 2012

Buku Perjalanan Hidup Nabi Muhammad

Bersempena sambutan maulidur rasul baru-baru ini, terdetik di dalam hati sejauh mana aku mengenali nabi Muhammad.

Di rumah, tersimpan buku bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi. Buku ni wife aku beli semasa Pesta Buku di PWTC tahun lepas. Rasanya dia dah habis baca kot. Nak harap aku baca, sekarang ni baru nak ada seru. Hehe... Baru start baca bab 1, cerita tentang zaman sebelum kelahiran nabi. Seronok jugak baca sejarah nabi ni tau.



Alan, chayok...chayok...

Harap-harap aku boleh habiskan baca buku ni.

posted from Bloggeroid

Thursday 9 February 2012

Masjid Selat Melaka di Pulau Melaka

Sampai Pulau Melaka dah pukul 4 lebih. Nak pergi tengok show Wildlife Theatre Melaka yang session pukul 3 petang pun dah tak sempat. Pusing-pusing sampai hujung jalan. Dari jauh dah nampak kubah masjid. Masjid Selat Melaka terletak di penghujung jalan dan strukturnya dibina atas laut mengadap Selat Melaka.


Ini kali pertama aku sampai ke Pulau Melaka dengan bantuan GPS. Pulau Melaka bukanlah pulau semulajadi, sebaliknya ia dibina secara reclaimation works. Aku rasa Pulau Melaka ni dibina sebagai daya tarikan pelancong, tetapi bila sampai ke sini, aku tengok ada bangunan lot kedai yang siap tetapi belum dihuni, ada yang dalam pembinaan dan ada jugak projek terbengkalai, tak taulah apa sebabnya. Macam mana nak tarik pelancong? Nasib baiklah ada Wildlife Theatre Melaka dan Masjid Pulau Melaka.


Selat Melaka, dikenali sebagai selat terpanjang dan tersibuk di dunia.


Tersangatlah cantiknya dekor kat cermin pintu masuk masjid ni.


Dari sudut yang lain pula

Berlatarbelakang Selat Melaka. Cantiknya pemandangan kat sini. Kalau ada kesempatan bolehlah singgah sembahyang di sini dan nikmati panorama yang sungguh mengasyikkan.

Wednesday 8 February 2012

Jalan-Jalan | Tengok Animal Show di Wildlife Theatre Melaka


Ahad lepas, pergi kenduri kawin member classmate masa study dulu, Haizam. Kenduri kawin buat kat kampungnya di Kampung Sawah Ring Gerisek, Ledang Johor. Memang betul-betul ada sawah kat situ rupanya. Selamat Pengantin Baru Haizam dan pasangan. Semoga berkekalan berbahagia hingga ke akhir hayat.


Sehari sebelumnya, plan memang nak berjalan-jalan ke Melaka lepas pergi kenduri tapi tak tau nak tuju ke mana. Aku yang hari-hari rajin tengok offer kat dealshelve, inform kat wife dan dia belanja entrance ticket ke Wildlife Theathre Melaka ni beli kat dealmates. 'RM10 instead of RM20 for entrance ticket for adult' kira OK la kan.


First impression, ingat Wildlife Theatre Melaka macam zoo, tapi sebenarnya tempat tengok persembahan binatang sahaja. Nama pun dah theatre kan, so bila masuk tu memang ada amphitheatre dan di tengah-tengahnya ada swimming pool.


Animal show diadakan 2 kali sehari iaitu pada pukul 3.00 petang dan 7.30 malam. Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan ditutup pada hari Isnin kecuali public holiday. Nak tengok show pukul 3 tak sempat, so kitorang tengok show pukul 7.30 malam. Masa show ni tak ramai pun orang, so penonton berkumpul kat 1 side sahaja. Mungkin sebab tempat ni baru buka atau kurang publisiti agaknya.

Dimulakan dengan persembahan Borneo Warriors, burung kakak tua, ular sawa, haiwan eksotik (blue tongue skink), sea lion, dan Borneo Warriors semula sebagai penutup persembahan.

Persembahan pembukaan Borneo Warriors
Persembahan berikutnya, burung kakak tua yang boleh bercakap "Hello" "Bye-Bye". Persembahan biasa-biasa sahaja. Bird Show kat KL Bird Park lagi pelbagai.



Lepas tu muncul ular sawa siap dengan gimiknya. Masa ni kecoh sikit bila host yang namanya Nurul tunjuk dekat-dekat kat audience. Tergelak bila tengok ada audience yang geli dengan ular.

Miss Nurul dengan pembantunya
Geli hati tengok gelagat akak ni
Show yang aku tunggu-tunggu, sea lion. Ada 2 ekor sea lion yang buat persembahan, seekor namanya John, Seekor lagi namanya Mary. Sea lion kat theatre ni berasal dari South America dimana ia boleh hidup dan menyesuaikan diri dengan suhu di negara kita.





Hati aku rasa tersentuh bila tengok sea lion ni. Aku tak tau kenapa...


Persembahan penutup oleh Borneo Warriors lagi. Kali ni joget-joget guna buluh, apa nama tarian buluh ni?


Ni part yang paling syok. Bila habis persembahan, audience diberi peluang untuk mendekati haiwan yang telah dipersembahkan. Free of charge, tak perlu bayar apa-apa pun bila nak bergambar dengan ular. Tak macam kat setengah-setengah tempat tu nak bergambar dengan binatang kena bayar.



Yang Nurul pegang tu Blue Tongue Skink, yang lagi satu tu aku tak tau namanya
Kalau datang Melaka, selain tengok tempat bersejarah bolehlah datang ke Wildlife Theatre Melaka dan boleh dekati haiwan-haiwan yang terdapat disini.Persembahan diadakan selama 1 jam, 2 kali sehari iaitu pada pukul 3.00 petang dan 7.30 malam. Ia terletak di Pulau Melaka dan kalau datang ke sana jangan lupa singgah solat di Masjid Selat Melaka yang cantik mengadap Selat Melaka.

Harga Tiket
Disamping harga tiket seperti dalam gambar di atas, disediakan juga harga tiket promosi pakej 2 in 1 iaitu tiket untuk Wildlife Theatre dan Melaka Wonderland Theme Park. Menarik dan jimat jugak kan.


Wildlife Theatre Melaka
Lot 101, Kawasan Bandar XLII
Daerah Melaka Tengah
Pulau Melaka, Melaka
Tel: 016-6612998 / 016-6612268

So sweet. 'Touching'nya aku tengok

p/s: aku ada terbaca kat komen FB, katanya di Malaysia, ada tempat-tempat semacam ni melakukan animal abuse terhadap haiwan yang dibela oleh mereka. Aku tak kata Wildlife Theatre ni ok. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran statement dan komen FB tersebut. Tu yang sayu je hati aku bila tengok. Harap-harap mereka (haiwan) dilayan dengan baik dan diberi jagaan sempurna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...