Wednesday 22 May 2013

Menyahut Lambaian Kaabah

Memasa mendraf entri ini, jam menunjukkan pukul 7.34 mlm waktu Mekah 21/5/2013. Sudah 11 hari aku, isteri serta keluargaku mengikuti program percutian rohani mengerjakan umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Malam ini merupakan malam terakhirku di Kota Suci Bagi umat islam. Kurang 24jam aku akan meninggalkan bumi sejarah perkembangan islam ini. Pelbagai pengalaman suka duka, pengajaran dan menguji kesabaran sepanjang berada di bumi Mekah dan Madinah ini.



Perjalanan kami bermula pada 11/5/2013 dengan penerbangan MAS ke Jeddah. Dari Jeddah terus menuju ke Madinah. Selama 3 hari di Madinah, aku berpeluang menunaikan solat di Masjid Nabawi. Alhamdulilah dapatpun menziarahi makan Rasullullah dan para sahabat; mengucapkan salam kepada baginda dan berdoa agar memperoleh syafaat di hari muka. Aku juga berpeluang masuk ke Raudhah, antara tempat mustajab doa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan ketika itu.



Pada 14/5/2013 jam 2.30 petang waktu Madinah, kami menuju ke Kota Mekah selepas miqat di masjid Bi Ali. Perjalanan lebih kurang 8 jam++, pukul 10.00 malam tiba di hotel. Umrah pertama dapat diselesaikan sebelum waktu subuh. Alhamdulillah sepanjang berada di sana, aku sempat mengerjakan umrah sebanyak 4 kali.



Pagi tadi, sebelum mengerjakan umrah keempat, aku berasa sedikit emosi. Sayu hati bila bakal meninggalkan Masjidil Haram yang indah ini.



Ini merupakan kali pertama aku mengerjakan umrah dan aku berdoa agar ini bukan kali terakhir aku datang ke sini. Insya Allah satu hari nanti aku akan datang mengunjungi Rasullullah, Baitullah dan menyahut lambaian Kaabah.


posted from Bloggeroid

Monday 6 May 2013

Isnin Yang Tak Disangka

Ramai yang keluar mengundi semalam
Termasuklah aku
Di Parlimen Batu

Mungkin semalam ramai orang tak tenang
Satu, nak pangkah siapa?
Dua, keputusan pilihanraya memihak yang belah mana?
Malam tadi harapkan ada orang nak umumkan hari ni cuti peristiwa

Itu kisah semalam.....

Nampak gaya hari ini kena bekerja
Jalan pun tak jem

Maka sampai kat ofis pun awal
Ahli pejabat pun tak ramai
Bercuti mengundi di kampung halaman
Hari Isnin yang tenang

Itu kisah pagi tadi.....

Tengahari tadi keluar ke Jalan Masjid India
Makk ai...banyaknya kereta
Mentang-mentanglah Selangor cuti
Bunyi macam tak puas hati....

Pagi tenang, tengahari sesak, Isnin yang tak disangka


Friday 3 May 2013

WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30 Edisi Bahasa Malaysia - Koleksi Terbaru Aku

Dah lama dah tergerak dalam hati nak memiliki buku WTF? hasil tulisan Faizul Ridzuan. Tahu info mengenai buku ini beberapa bulan yang lalu daripada blog abangensem.com, salah satu blog kegemaran aku ikuti dari hari ke hari. Selepas itu, singgah ke MPH, belek punya belek, buku tu cakap omputeh la pulak. Terus takde minat nak beli.


Tup...tup...baru-baru ni bukak website maybank2u. Alangkah girangnya rasa dihati, keluar iklan promotion buku WTF? edisi Bahasa Malaysia. Ada diskaun 30% kalau beli kat mphonline via maybank2u transaction. Tak pikir banyak terus sambar.

RM24.43 je murah kan

Ini pertama kali aku beli buku kat mphonline. Sungguh mudah. Tunggu je buku yang dipesan kat rumah, poslaju pun sampai.


Akhirnya, buku WTF? cakap melayu dah dapat. Barulah boleh menjiwai watak Faizul Ridzuan dalam buku ni. Kalau baca versi omputeh takut salah watak la pulak hehehe...


Selamat membaca buat diriku. Bertambah lagi koleksi bacaan hartanah selepas hasil tulisan Shamsuddin Kadir dan Meor Zaidee aka abangensem. Persoalannya, bila lagi boleh tambah rumah ni....

Wednesday 1 May 2013

Sempena Hari Pekerja Yang Mulia Ini

Hari ni public holiday. Satu Malaysia cuti u ols. Seronoknya kalau boleh guling lama sikit atas katil ye tak. Dari yang budak-budak sampai la ke mak bapak budak. Nikmatnya.....tapi macam tak cukup je sehari.

Doodle Google Untuk Hari Ini

Bersempena Hari Pekerja yang mulia ini, aku ingin membuat satu pengumuman khas berkenaan pekerjaan aku sekarang ni. Gred yang sama, jawatan yang sama, gaji ada naik sikit, tempat kerja sudah bertukar. Ya, tukar bukan ubah hahaha. Lain macam je dengan perkataan ubah tu dah nak dekat hari mengundi ni. 

Kisah dan cerita tentang pertukaran aku ni kalau diikutkan sudah setahun lebih khabar anginnya. Ada yang suka bila ditransfer dan ada juga yang sedih bila ditransfer.

Setahun sudah berlalu. Daripada khabar angin akhirnya jadi kenyataan. Surat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tak tiba pun, sebenarnya diorang call suruh amik sendiri kat opis korporat. Senang keja despatch sekarang kan???

Motif tak 'blur'kan jawatan Pengarah Kanan tu? Kanan sangatttt

Kalau tahun lepas serba tak keruan je rasa bila nama dah naik untuk ditukarkan. Tapi sekarang macam redho, pasrah, perasaan bercampur baur, seronok ada tak seronok pun ada. Tapi terima ajelah kan. Takleh nak demand sangat nanti silap haribulan diorang campak aku gi Sabah Sarawak padan muka aku.

Aku telah menjalankan kajian mengikut firasat aku sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak iaitu, seseorang pekerja itu akan berasa bosan dengan persekitarannya selepas 3 tahun ia berada di tempat yang sama. Bukan bermakna orang itu perlu berpindah, memadailah hanya dengan mengurah susunatur ruang kerja. Dan aku pernah praktiskan perkara itu, bosan dengan benda yang sama, ubah posisi komputer, posisi meja dan barang-barang atas meja. Barulah mood bekerja itu datang. 


Mengikut polisi, staf akan ditukarkan ke department lain selepas melebihi 3 tahun di tempat sekarang. Untuk gain knowledge and experience katanya. Kes aku dah 4 tahun lebih, maka dengan kadar segera sila kemaskan barang dan angkat kaki. Aku orang yang ke-98 dalam tahun 2013 ni. Nombor bertuah sangatttt.

Hampir terlupa nak umumkan, kalau sebelum ini opisku di Mid Valley iaitu dekat sangat dengan syurga membeli belah, tapi sekarang opisku terletak di Jalan Tun Razak. Masak.....masak.....pergi kerja jammed, balik kerja pun jammed. Itu pun nasib baik aku pergi kerja naik motor, kalau kereta hangitlah dibuatnya.

Tempat kerja baru, environment baru, officemate baru, skop kerja baru, bos baru, pendek kata semuanya baru. Aku je yang lama. Jom kerja rajin-rajin, penuh dedikasi dan beretika. Selamat Hari Pekerja 2013!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...