Wednesday 28 November 2012

Pernah Makan Daging Ostrich?

Kejap lagi dah nak check out hotel. Dok kat hotel memang seronok, dapat makan, tidur, makan, berry. Yang tak syoknya kalau dok hotel sebab kena berkursus, berbengkel, kena perah otak dushh.
Bilik ni siap ada kerusi + ottoman lagi. Kalau ada kat umah sendiri memang best ni. Tapi jangan harap la dapat dok lama kat bilik sebab masa diisi dengan buat kerja. Balik bilik just untuk tidur sahaja.
Rezeki dok Hotel The Royal Bintang Seremban. Makan kat hotel memang best kan. Buffet pulak tu. Lagi best kalau dapat menaikkan berat badan. Huhuhu... semputtt den!!!

Sape tak kenal ostrich sila pergi zoo sekarang. Semalam masa lunch dapatlah merasa makan daging ostrich. Mesti kena cuba makan. Jangan lepaskan peluang. Menunya daging ostrich masak black pepper kalau tak silap.
Dagingnya lembut dan empuk. Rasanya yang tersendiri. Tak boleh nak dibandingkan dengan daging ayam mahupun lembu. Susah nak describe. Nak tahu kenalah cuba sendiri tapi aku rasa inilah saja peluang yang ada. Rezeki aku di hotel ni.
Tapi kalau diletakkan ostrish hidup ni kat sebelah lauk tu sumpah aku tak makan. Sebab ostrich ni tersangatlah comelnya + aku ni berhati mulia mudah rasa kesian kat ostrich tu nanti.

Tuesday 27 November 2012

Pertama Kali Naik Komuter Berwajah Baru

Dua hari ni aku bertugas di luar kawasan. Ke Seremban pulak kita kali ni. Tempat aku membesarkan badan hehehe. Lebih kurang 12 tahun duduk di Seremban sebelum abah pencen. Nostalgianya...

Bukan taknak bawak kereta. Tapi memikirkan kemudahan wife nak pergi kerja, tak sampai hati pulak rasanya. Walaupun kat rumah tu walking distance je nak ke stesen LRT Salak Selatan, tapi sedia maklumlah populasi di Bandar Sri Permaisuri ni gila babas punya banyak, confirm bersesak-sesak dalam LRT tu.
Memang teringin nak naik komuter ni sejak tengok body komuter ni dah lain, tak taulah diorang tukar cat baru atau memang design model yang lain. So arini berpeluang naik komuter dari stesen Salak Selatan ke Seremban. Sampai je Seremban terus ke Royale Bintang Seremban.
Dari segi punctuality aku tak boleh nak judge sebab tadi quit rushing gak. Sampai2 je terus amik tiket, naik jejantas ke platform seberang, dari atas jejantas dah nampak lampu depan komuter dari jauh, turun tangga cepat-cepat dan kurang 40 saat terus pintu komuter terbuka depan aku. Kira nasiblah ni. Jam masa tu pukul 7.45 pagi dan jam kat departure board tu memang aku tak perasan sebab dalam keadaan rushing ni.
Masuk-masuk je orang tak ramai dan memang dapat seat. Mungkin orang ramai turun kat KL Sentral dan pengguna ke arah Selatan ni kurang kot.
Ini antara kelebih menaiki public transpot. Tak perlu mengharungi kesesakan jalanraya. Sambil menunggu tiba di stesen boleh buat aktiviti berfaedah. Kusyuk uncle ni baca paper siap sila panggung lagi kelas kau uncle. Interior dalam komuter ni pun bagus. Tempat duduk yang selesa dan fabrik baru mungkin. Harap boleh dikekalkan kecantikan interiornya. Siap ada tv monitor lagi. Ada iklan dan masa tu cerita Tom & Jerry dipasangkan.
Ni buktinya. Selesa punya pasal sampai terlelap uncle ni. Satu kaedah pengisian masa yang baik.
Wahhh, agak interaktif route map komuter ni. Lampu LED hanya menyala pada routenya sahaja. Stesen yang dah melepasi akan berwarna merah, route yang sedang/akan dilalui berwarna hijau manakal stesen yang akan tiba akan berwarna oren. Owh...kalau dulu stesen terakhir kat Seremban tapi sekarang dah tambah 2 lagi stesen iaitu Senawang dan Sungai Gadut. Dan selepas ni mungkin stesen Rembau akan beroperasi sebab last week aku pergi Rembau nampak stesen dah siap. Majuuuu.....
Satu benda ni je yang tak berubah dari dulu sampai sekarang iaitu tiket. 

Apo kobar oghang Somban, den dah sampai ni haa. Wahh syahdunya. Dulu zaman-zaman sekolah pernah lalu lintas jalan kat sini. Sampai pukul 8.50 pagi. Lebih kurang 1 jam perjalanan. Destinasi seterusnya THE ROYAL BINTANG RESORT & SPA SEREMBAN. Dari stesen keretapi Seremban, korang boleh naik teksi untuk ke hotel tersebut. Tapi bagi aku yang merupakan ex-pemastautin Seremban, buat apelah nak bazir duit bayar teksi tu walaupun aku layak claim kat office. Adalah lebih baik aku berjalan kali sahaja ke hotel. Disamping berjimat, dapat bersenang-lenang sambil mengimbau kembali kenangan lama dan menyihatkan badan berjalan di pagi hari bluekk :p 
Sayup-sayup je pandangan hotel di hujung yang berwarna kelabu itu tapi taklah jauh sangat sebenarnya. Tengok google maps jarak 800m jek walking distance. Bangunan berwarna oren kuning di sebelah kiri tu pula Seremban Parade.
Jalan depan sikit nampak A&W. Kat sinilah aku pernah kerja partime masa tunggu result SPM dulu. Kan dah aku kata nostalgia tempat ni.
Jalan ke depan sikit iaitu di belakang A&W pula akan nampak Lake Garden. Nostalgia juga tempat ni sebab pernah study group dengan member subjek matematik masa SPM. Haaa jangan tak percaya aku boleh join study group kat sini. Poyo je kan study group kat taman-taman ni bajet cam hebat tapi alhamdulillah credit OK.
Haa dah tak jauh dah tu. Pedomannya kalau jumpa lake garden ni maknanya kita tak sosek yo. Sampai akhirnya ke destinasi yang dituju. SALAK SELATAN > SEREMBAN > THE ROYAL BINTANG SEREMBAN. Selamat menjalankan tugas :)

Friday 23 November 2012

Melukis Potret Dengan Teknik dojob

Hai adik-adik....
Sekarang tengah musim cuti sekolah kan. Apa aktiviti adik-adik?
Mesti seronok kan kalau mak ayah bawak pergi bercuti@melancong atau balik kampung kan. Abang Alan pun suka jugak.

Yang tak ke mana-mana pun tentu seronok dapat bermain-main dengan kawan-kawan, maklumlah cuti sekolah ni tak perlu nak bukak buku, ye idak?

Yang bosan tak tau apa aktiviti yang nak dibuat tu, meh sini Abang Alan ajar teknik melukis potret  dengan kaedah dojob semudah 1,2,3.

Peralatan yang diperlukan pensel dan kertas. Disebabkan kecanggihan sekarang ni, Abang Alan tunjukkan sketch kat tab ok. Begini caranya ye adik-adik....

Mula-mula tulis perkataan d o j o b
Selepas itu, sambungkan satu garisan lengkung dari huruf d ke huruf b. Yang ini untuk bahagian muka dan dagu ye adik-adik.
Kemudian, sambungkan satu garisan lagi di bahagian atas pula dari huruf d ke huruf b juga. Yang ini untuk bahagian dahi dan rambut depan. Ikut kreativiti adik-adik nak buat rambut berombak-ombak boleh, nak buat garis lurus pun boleh. Dah nampak sikit kan wajahnya. Takde mulut?
Ape lagi tambahkan mulut pula. Nak bagi nampak gigi pun boleh. Nak buat bibir seksi pun boleh. Seksi tu apa ya adik-adik? Abang Alan pun tak tau.
Haaaa.... Yang terakhir sekali lukislah fesyen rambut kegemaran adik-adik ya. 
Tadaaa...dah siap potret yang dilukis. Tak cantik ke? Memanglah tak cantik sebab belum warna lagi. Kalau dah warna mesti cantik punye. :P


AB: malas tahap gaban tak tau nak buat ape. Entri merapu nilah hasilnya. Sesuai untuk tontotan murid tadika ke bawah sahaja. Ibu bapa sila bimbing anak-anak anda ok. Aku tak tanggung segala kerugian yang korang alami. Hehehe...

Wednesday 14 November 2012

MZ DARULNAIM: Takde Rezeki Hari Ni

Tengahari tadi gi keluar renew roadtax dan insuran kereta. Buat kat Kurnia KL Ofiice kat Jalan Yap Ah Shak bertentangan dengan office nuffnang. Hai birthday dah nak dekat ni takde ke surprise from nuffnang nak bagi tiket wayang macam tahun lepas Setel semua perkara dalam pukul 2 petang. Perut pun dari tadi dah terasa lapar. Plan seterusnya cari tempat makan.

Teringat cerita pasal ada officemate ni pergi makan kat kedai Kelantan area Chow Kit / Kampung Baru.  Dah tak berapa jauh tempat tu dari Jalan Yap Ah Shak ni. So ape lagi zasss terus menyilok sana sini akhirnya sampai ke destinasi.

MZ DARULNAIM nama kedai makan ni. Nama sahaja dah mencerminkan menunya kan. Hari ni tekak nak merasa nasi berlaukkan menu Kelantan la pulok. Sebelum tu double confirm dulu dengan officemate . Yesss! Betul ini kedai yang diceritakannya. Dengar sahaja cerita officemate tu macam sedap tu yang bersemangat carik kedai ni.
Kat sini berderet kedai makan tapi tak mahu yang lain nak try yang ni jugak. Senang nak cari kedai ni.  Lokasinya berhadapan dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP yang bersebelahan KL International Hotel di Lorong Haji Hussein, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz area Kg. Baru.

Sesampainya dalam kedai, hibanya rasa hati --- LAUK DAH HABIS huhuhu.... Takde rezeki aku hari ni nak makan sini. Takpe esok-esok pasti aku akan terjah lagi ke kedai MZ DARULNAIM nagi memuaskan hati. Kesudahannya nak makan kat kedai lain pun takde mood. Balik rumah makan roti Gardenia sapu jem dan nutella. Jadilah....

Ada sapa-sapa pernah makan kat kedai ni? 


Wednesday 7 November 2012

Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia di UTC Pudu Sentral

Memula nak cerita tujuan utama ke Pudu Sentral sebab nak beli tiket bas. Memandangkan ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pudu Sentral selepas siap kerja-kerja naiktaraf, kali ni datang nak tengok-tengok dan merasai sendiri pembaharuan dan penjenamaan semula Puduraya kepada UTC Pudu Sentral. 

Lepas je beli tiket bas di tingkat 2, ku susuri eskalator ke tingkat bawah, sekali terpandang kat sebuah kedai ni. KEDAI KAIN RAKYAT 1 MALAYSIA. Agak terkejut dan tak disangka-sangka pulak, biar betul kedai kain bukak kat tempat orang naik bas ni. 


Tu baru tunjuk kaunter. Belum tengok tagging harga lagi kan. Kedai-kedai berkonsepkan 1 Malaysia ni murah, nak menolong dan meringankan beban rakyat. Tapi aku sendiri tak tau dan tak boleh nak buat perbandingan harga dengan kedai-kedai kain yang lain sebab aku tiada kepakaran dalam bidang ini. Tapi bila terpandangkan flyer ni, boleh dipertimbangkan kot.

HARGA TERMURAH!
HARGA TERENDAH!
DIJAMIN 100%

Sekarang jom kita tengok sekitar dalam kedai ni.

Wife tengah pilih kain. Plan asal lepas cari tiket bas nak pergi Jalan TAR nak beli kain buat fridge cover, kebetulan jumpa KKR1M terus beli kat sini ajelah. Tak usah pikir banyak lagi. 

Pelbagai warna dan design

Youryo, Thai Silk, macam-macam jenis kain ada. 

Ramai jugak orang pompuan beli belah kat kedai ni. Kenapa aku cakap orang pompuan. Sebab tak pernah lagi aku nampak orang laki shopping beriya-iya dalam kedai kain. Setakat temankan tu adalah. Ada sorang makcik tu beli macam-macam kain, baru RM50 ++. Untung makcik tu borong.

Bukan setakat kain ela, kain langsir ada, kain sarung ada, kain pelikat pun ada mak jemah oii...

Tudung pun ada. Murah-murah pulak tu Kalau saiz L baru RM7.00
Sejadah pun ada hokkey

Wahh baju kurung ready made pun ada jugak u ols

Menurut salesgirl kat situ, KKR1M kat UTC Pudu Sentral ni merupakan cawangan kedua selepas Hulu Langat. Dikhabarkan juga, KKR1M nak dibuka sebanyak lebih kurang 30 cawangan di seluruh Malaysia dan selepas ini cawangan KKR1M kat Melaka akan beroperasi tapi tak tau bila.

Dah tertera '1 MALAYSIA' kat nama kedai tu wajiblah gantung gambar PM kan. Agak-agak la kan, geng pembangkang masuk beli tak kat kedai ni. kuikuikui gurau je. KKR1M di UTC Pudu Senral telah dirasmikan oleh PM pada 22 September 2012 yang lalu. Lebih kurang 2 bulan kedai ni beroperasi. 

Wife bergambar dengan hasil tangkapan di depan kedai. 

Oh ya, kalau tercari-cari kedai kain ni senang je. Naik je eskalotor kat tengah-tengah building ni menghala ke tempat jual tiket (sekarang ni tempat jual tiket dok kat tingkat atas), sebelum sampai floor tempat jual tiket tu, cari kedai kain ni dok belah kanan paling hujung sekali. Maaflah floor berapa tak ingat. Yang pastinya floor kedai ni dok bawah floor jual tiket. Sekian.




Saturday 3 November 2012

Adameben Dalam Berita Genting

Selesai sudah kerja di Genting. Tengah lepak-lepak dalam bilik hotel semalam kat Awana Genting, beleklah Berita Genting yang rasanya setiap bilik kat hotel under Resort World Genting memang ada kot. Ekceli, Berita Genting ni majalah rasmi terbitan Genting di mana isi kandungannya berkisarkan aktiviti, cerita dan berbagai-bagai info di Genting Highland nun.


Diselaknya mukasurat satu persatu, sekali tertarik pulak dengan isi kandungan kat bawah ni.

Mountain of Food Explorasce II

Eh! Ini bukan ke event nuffnang dengan evangelist RWGenting. Wahhh...untunglah diorang dapat join event ni pastu dapat masuk majalah Genting lagi.


Dalam ramai-ramai ni macam kenal je mamat sorang ni...Yang duduk paling bawah sambil menongkat pipi ala-ala manja gitu tak lain tak bukan adameben.blogspot.com.


Confirm, adameben. Penuh bergaya menaiki roller coaster tu. Ketahuilah wahai dak Adam betapa glamernya kau. Cuba bayangkan majalah ni diorang letak kat setiap bilik dalam Hotel Awana Genting, berapa ramai yang baca majalah ni dan berapa ramai yang menatap gambar kau ni. Tu baru kat Hotel Awana, belum lagi hotel-hotel lain kat atas Genting Highland. Cayalah beb! Macam seronok jek event ni kan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...