"Hari lahir ayahanda sudah tiba", bak kata P. Ramlee dalam filem Ahmad Albab. Untuk diri sendiri, Selamat Hari Lahir diucapkan. Saja aku tepek surat beranak ni supaya nak ingat kembali waktu sebenar aku dilahirkan. Officially 5.50 ptg ok. So saat bermakna kalo aku berkesempatan menunggu detik 5.50 ptg 22 November 2011. Berat masa tu 3.59kg dan sampai la ni berkilo-kilo guni beras beratnya. Sedia maklum, aku dijaga dan dibelai dengan baik dan inilah hasilnya hehehe...
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi kesempatan untuk aku lalui pengalaman hidup dan menunaikan kewajipan di dunia ini. Mak, abah, terima kasih kerana penat lelah membesarkan anakmu ni dan terbukti anakmu sudah besar gedabak hehehe... Kepada isteri, terima kasih kerana menjadi penyeri hidup, teman baik, teman bergaduh (baru life balance kan) menjalankan tugas sbg seorang isteri yang baik serta memberi kasih sayang, harap-harap hari ni adelah surprise untuk suamimu ini ecececeh...
Kepada teman-teman, sahabat handai, rakan pejabat, rakan FB, terima kasih tidak terhingga atas ucapan selamat hari lahir, doa dan wish kalian dikirimkan melalui sms, wall FB aku mahupun secara langsung. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.
Dah tua dah aku...amalan pun belum cukup lagi ni. Hmmmm...
Seronok betul orang Johor hari ni kan. Asal birthday aku je korang smua cuti. Lagi best kalo aku pun merasa cuti sama dengan orang-orang Johor kan. Ekceli hari ni juga jatuhnya hari lahir Sultan Johor. Selamat bercuti orang-orang Johor.
p/s: agak-agak ape la surprise untuk aku hari ni?
No comments:
Post a Comment