Senyum lebar. Gembira rasa hati ini pabila Si Dia yang pernah membuatkan aku Jalan Pandang Bawah membuat kejutan kepada aku semasa hari lahir aku tempoh hari. Betullah jangkaan aku dalam entri Hari Ini Hari Aku.
Sepulangnya dari ofis, jemput wife di stesen LRT, takda tanda-tanda yang mencurigakan. On the way ke rumah, hujan mula turun. Basah sikit kena hujan; sempat pakai givi BERTUKAR!!!!!. Hujan lebat betul masa tu. Alhamdulillah sampai pun rumah. Turun motor, sidai baju hujan masing-masing di gate. Kami duduk rileks kejap di ruang tamu. Wife naik atas ke dalam bilik. Tukar baju dan semayang Asar agaknya. Aku masih duduk di bawah sambil tu menjengah parent yang lepak di dapur sementara menunggu kami minum petang bersama. Baguih dok ada kan dapat mak bapak macam ni. Balik-balik kerja je makan minum dah siap hihihi. "Ish...lama pulak wife aku kat atas. Ah, naik atas tukar baju dulu la", kata aku dalam hati. Bertembung dgn wife di muka buku pintu bilik. "Ala tak payah la tukar baju dulu, turun makan jom", kata wife aku sambil menolak-nolak aku keluar bilik. "Aik nape ni", kata hati aku. Ah malas nak pikir perut pun dah lapar. Ayohhhh.....kita serang...
Selesai minum petang kami sekeluarga, abis borak-borak, gosip-gosip, aku pun naik masuk bilik nak tukar baju. Alangkah terkejutnya aku ade parcel besar dalam bilik aku. "Happy Birthday!!!", wife aku menyusul di belakang. Apakah???
Tengoklah kreatif kan wife aku. Tak payah susah-susah nak beli kad, tulis terus atas kotak tu. Rupa-rupanya masa parcel ni delivery kat rumah, wife dan parent aku dah pakat rahsiakan hal ni. Pandai diorang berlakon kan. Paling tak boleh blah tengok mak aku buat selambe jek masa aku sampai rumah.
Kat luar kotak tu tulis "AIPO DRY CABINET". Biar betul....Suka suka suka... Maka bermulalah operasi membuka kotak bagi mengetahui apa yang terkandung di dalam.
Tadaa...inilah dia AIPO DRY CABINET. Thanks sayang. Lepas ni tak payah la risau kat mane kita nak simpan camera kita. Tak payah risau sure takde fungus kat camera dan lens kita pasni. Bukan setakat camera, barang-barang lain pun boleh sumbat selagi muat bak almari baju kita :)
Memang aku sangat SUPRISE dengan hadiah yang wife aku bagi kali ni. Masakan tidak; Pertama, aku dah pesan awal-awal tak perlu bagi hadiah kat aku (tapi bila dah dapat suka pulok hehe). Kedua, dengan kekangan masa, sibuk dengan kerja membantutkan usaha wife aku nak survey hadiah. Ketiga, sepanjang masa pergerakan isteri asyik dengan aku je. Pergi kerja aku hantar, balik kerja aku amik. Even weekend nak ke mana-mana pun dengan aku kan. So tak nampak la pulak masa bila dia carik hadiah ni. Satu benda aku lupa....guna jari pun boleh. Internet shopping di hujung jari. Yang part ni memang aku tak nampak dia buat hehehe. Thanks sayang. I love u so much. Bukan sebab hadiah baru nak sayang isteri. Sebab pengorbanan dan keprihatinan makin bertambah-tambah sayang :)
To be continue....
1 comment:
welcome dear.. I love you too.. :)
Post a Comment