Agak panjang entry aku kali ni sebab penuh dengan gambar. Layankan ajelah.
Plan asal nak naik bas kat opis HQ. Parking kat LRT Sentul Timur, naik LRT turun kat stesen Bandaraya pastu menapak gi HQ. Fikir-fikir balik RapidKL sediakan token free ke stesen Bukit Jalil, so dah mudahkan perjalanan aku so naik ajelah LRT direct ke Bukit Jalil. Point penting di situ ialah FREE.
Plan asal nak naik bas kat opis HQ. Parking kat LRT Sentul Timur, naik LRT turun kat stesen Bandaraya pastu menapak gi HQ. Fikir-fikir balik RapidKL sediakan token free ke stesen Bukit Jalil, so dah mudahkan perjalanan aku so naik ajelah LRT direct ke Bukit Jalil. Point penting di situ ialah FREE.
Kat dalam LRT pun dah start ramai orang menuju ke Bukit Jalil. Tengok ajelah adik-adik ni bersemangat korang kan. Jangan hangat-hangat taik ayam udah ler. Tapi kan budak pompuan paling hujung tu macam lari je temanya. Apsal pakai baju bendera Great Britain dik? Ada sedikit kecelaruan warganagera di situ.
Lepas siap-siap solat Asar kat surau depan LRT Bukit Jalil, terus pergi ke checkpoint. Wife pun join sama, so pergi amik t-shirt dan makanannya dulu, yang aku pulak dah dapat t-shirt hari semalam so nak gi amik makanan ajelah. Selesai bab t-shirt dan makanan. Boleh tahan makanan hari tu, ayam 3 ketul + zinger burger sponsored by KFC kot. Cuba bayangkan berapa banyak ayam kena sembelih untuk event ni?
Ramainya orang toksah cakaplah dari seluruh pelosok negeri datang. Ada yang datang secara rela, paksa dan paksa rela hahaha... Tengok ajelah bas yang bersusun tu menggambarkan segalanya. Tu yg belum kira naik LRT dan kenderaan sendiri kan.
Aku & wife pulak tak booking seat dulu sebab nak tunggu lepas maghrib baru nak naik. Kang naik turun, nak semayang pun susah sebab ramai manusia. Tapi memang betul. Memang cabaran betul nak semayang dalam stadium ni. Suraunye kecik, limited je. Nak tunggu turn memang azab. Tapi lagi azab kalau kita tak semayang kan *insaf sejenak*
So bila lepas semayang tu naik atas tengok-tengok seat dah penuh. Ishh diorang ni duduk sini dari pukul brape? Tak turun-turun semayang maghrib ke? Musafir kot (Bersangka baik ajelah). Budak-budak yang dok tengah padang nak buat persembahan tu lagilah. Semayang atas padang kot (Bersangka baik lagi). Lepas dok sumbat-sumbat menyempit-nyempit akhirnya dapat jugak kitorang seat. Usaha tangga kejayaan!
Beberapa gambar sekitar Himpunan 55 Merdeka: Janji Ditepati yang sempat ditembak.
Ketibaan dif-dif kehormat
Ketika PM berucap - stage berputar 360 degree
Semangat cintakan negara. Kibarkan jalur gemilang.
Twitter With PM - Rekod 3 juta lebih tweet. Angka sebenar tak ingat. Sila google.
Penyampaian anugerah kepada mereka yang telah mengharumkan negara. Antara yang hadir Pandalela Rinong dan Yuna.
Persembahan Nyanyian Patriotik oleh Faizal Tahir, Jimmy Palikat & The Gang, One Nation Emcees dan lain-lain persembahan. Diselangi dengan percikan bunga api.
Bila dah abis sesi dengan PM, bermulalah aktiviti lagha (bab-bab ni lah yang kita tunggu-tunggu kan ish ish ish) iaitu persembahan artis dan cabutan bertuah. Setelah didesak oleh wife sampai dia hampir merajuk, kitorang pun turun ke padang untuk melihat dengan lebih dekat. Mula-mula tak ramai yang turun padang, Bila diorang nampak kitorang turun padang pergi dekat stage dan-dan semua orang follow (bajet kau hot ke alan???) Untuk makluman, aku tak menang ape-ape ok. Dapat tengok tong cabutan bertuah jek. Sangat jeles dengan pemenang preve yang baru berusia 19 tahun. Rezeki kau dik non.
Two of us at Himpunan 55 Merdeka
Sekian untuk laporan.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
No comments:
Post a Comment