Sebenaqnya (cehh tetiba ckp loghat penang) kedatangan aku ke Penang kali ni atas dasar meramaikan majlis sempena hari konvokesyen adik iparku ciknaniezainudin kat Politeknik Seberang Perai hari semalam *congrats*
Dah abis acara, family yang lain balik KL. Yang kami berdua ni, dah alang-alang sampai ke sini, ape lagi jalan-jalan la kan. Bila lagi nak dapat peluang jalan jauh-jauh ni.Misi kali ni nak terjah tempat yang tak sempat nak pergi sebelum ni iaitu di Padang Kota Lama. Lagilah terasa excited sangat nak datang PKL ni sebab sebelum ni dok baca blog myra jay pasal reviewnya makan mee sotong. Terliuq dibuatnya.
Mula-mula check-in hotel dulu. Kitorang duduk hotel budget je, murah dan senang bergerak. Walking distance je nak gi PKL nun. Hati dah membuak-buak. Perut ni kenyang lagi tapi tiba-tiba jadi lapar. Lepas rest kejap dalam bilik hotel, terus memulakan langkah ke PKL.Untuk makluman, beberapa kali dah datang ke Penang, ini baru kali pertama aku sampai kawasan ni. Cantik tempatnya dengan bangunan lama dan tempat bersejarah dan Fort Conwallis di samping tempat kunjungan orang ramai kerana lokasinya berhadapan laut. Syahdunya ditiup angin.
Ok teruskan perjalanan dengan misi mee sotong. Sampailah satu foodcourt ni. Hati jadi gumbira. Sampai-sampai tengok environmentnya tak sama yang macam dalam blog mj tu. Sah sudah salah lokasi.
Berbekalkan maklumat di hujung jari, akhirnya dapat jugak sampai ke lokasi sebenar. Oh deng, rupanya food court yang ni tutup pulak. Kuciwa. Tapi takpe, hari ni masih ada lagi di sini. Boleh terjah kejap lagi dengan harapan misi berjaya.
Kedai ais kacang jalil pun tutup. Rupanya memang food court ni tutup hari Ahad. Tapi nasib baik kekecewaan aku semalam terbalas dengan nasi kandar beratur. Yummy!!!
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment