Friday, 11 May 2012

Mat Rempit Jatuh Motor

Kesian dengan mat rempit tu. Jatuh motor ish..ish... Bak kata upin ipin, kesian kesian kesian.

Dengan mat rempit pun nak kesian diorang kan selalu buat onar di atas jalan raya ni.

Tapi kali ni mat rempit ni lain. Dia tak buat onar, tak menyusahkan orang. Baik je budaknya. Tu yang kesian tu. Untuk pengetahuan, mat rempit yang jatuh motor tu yang baik-baik tu, yang sweet-sweet tu sape lagi kalau bukan aku. Yup, A-K-U....Kesian kan. Jap... nak amik mood sedih sob...sob...

Ceritanye cenggini. Semalam aku cuti. Wife aku pulak ada meeting kat Mid Valley. Dapat sms daripada wife yang meeting dah abis, so dengan cargasnya dan rasa dedikasi aku pun pergilah Mid Valley. "Dedikasilah sangat kan". Dalam pukul 5 lebih, hujan pulak tu. takpe aku memang dah biasa redah-redah hujan ni. Tiba-tiba entah macam mana aku boleh jatuh masa nak u-turn kat atas grating besar kat area Boulevard Hotel. Perghhh memang malang tak berbau. Agaknya time hujan grating tu licin pastu aku syok je 'kona lipat' amekkaw memang kaw-kaw dengan aku-aku sekali kena lipat. Nasib baiklah takde kereta kat belakang. Cepat-cepat aku angkat motor. Kat step kaki pulak rasa tak sedap nak pijak bengkok sikit.

Bila dah jatuh tu tiba-tiba tangan aku pun secara tindakan refleks dok menahan dari jatuh la kan. Rasa macam nak terkeluar nadi yang kat tangan tu. Bila dah jatuh dan kononnya nak tahan daripada jatuh inilah hadiah yang aku dapat.



Dua-dua belah tapak tangan dapat hadiah. Luka sikit je. Tapi sekarang lengan aku baru terasa impak kalau nak angkat atau pegang barang macam tak terdaya. 

Aku tak cerita kat sape-sape pun kejadian ni kecuali korang yang 'ter'baca blog aku ni. Even masa jemput wife pun aku buat macam biasa je. Aku pun tak cerita kat wife aku melainkan kalau dia 'ter'baca jugak entry ni.

2 comments:

alifah@along said...

mmm...kesian mat rempit yg tak berapa rempit ni...ko kena p cucuk tu..nanti kena kancing gigi..hehhheehe (belajar melalui pengalaman yg sama)

Sang Pencinta said...

patut pun bila tanya luka kat tangan tu kenapa, dia terus larikan tangan dia...syg.. hati2 lain kali ye.. tak yah laju2 bawak moto tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...