Friday, 31 August 2012

Menjelang Acara Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati

Hamboi tajuk entri ade jugak 'Menjelang' hokey. Hari ni 12 Syawal. Maklumlah musim raya ni, lagu menjelang hari raya dok terlintas di fikiran aku, nak jugak guna perkataan 'menjelang' kat tajuk tu. Ok serius ni serius.

Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati
Tarikh: 31 Ogos 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil

Kelmarin, aku ade dapat 1 memo ni. Nama aku telah dipilih secara random sebagai salah sorang peserta  'bertuah' mewakili office untuk ke himpunan ni. Oh deng! Baru je plan nak balik kampung pagi Jumaat. Nak tak nak kena la pergi jugak sebab bukan sunat mahupun makruh tapi ia adalah wajib ok. Siap bold lagi perkataan dalam memo tu. Nampak tak motifnya. Serius bunyinya memo tu.


Tapi nasib baik ada berita gembira. Boleh dapat cuti gantian (cuti tanpa rekod). Mak Jemah suka la tew. Dalam rasa keterpaksaan tu, tercetus pulak rasa gumbira dan teruja di dalam hati ni. Masakan tidak, di samping dapat cuti gantian tu, semalam tengok buletin utama TV3 bagitau pasal ada acara cabutan bertuah buat pengunjung Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati tu nanti. Bertambah-tambahlah meroyan Si Mak Jemah nanti.

Ada luck tak nombor aku ni?
Korang baca tak entry pasal Dapat Kad Raya Dari PM. Kalo tak pergi baca sekarang (style paksa tu). Ekceli kad ucapan raya PM dengan kad lucky draw ni benda yang sama jek. Printed depan belakang. So terjawab sudah kekonfiusan korang kan. Hehehe.
"kad cabutan tersebut adalah serampang dua mata kerana ia bukan sekadar untuk cabutan bertuah tetapi turut mengandungi ucapan hari raya daripada Perdana Menteri dan Timbalannya untuk semua pengunjung." - Utusan Malaysia 30/8/12

Ok sambung balik. Dengar cerita boleh tahan jugak hadiahnya. Sebuah proton preve, motor modenas (boleh ganti motor aku yang dah kena lenjan tu), iPhone, iPad dengar cerita 50 bijik. Ade lagi, laptop, tiket flight ke London, tiket flight ke Sydney., best tu dapat travel. Ade lagi, pastu blacberry pun ada, basikal pun ada. Tapi kebarangkaliannya tinggi pasal diorang target 200,000 pengunjung akan hadir. Abis tu peluang aku camne nanti? Toksah berharap sangat la kan. Yang penting pengisian program tu nanti sempena 55 tahun Merdeka.


Tak dapat lucky draw pun takpe lah. Dapat baju free ni pun dah kira hadiah jugak bagi aku (ayat nak sedapkan hati). Baju ni kena pakai malam nanti. Carik-carik la mana tau masuk tv. Ramai kot hehehe.


Janji Ditepati. 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 kepada semua warga Malaysia.
Kita Anak Malaysia. Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah.
Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur.
Amin.

AB: Entry ini tidak kena mengena dengan mana-mana fahaman politik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...