Thursday, 29 September 2011

PMR : Pengorbanan si kakak untuk adiknya....

Entry kali ni aku dedikasi buat 2 pasangan beradik iaitu si kakak (wife aku) dan si adik (adik ipar aku)... Kat sini ade 2 cerita yang aku nak share. Ceciter..ceciter....

Kisah 1

Bape hari je lagi nak PMR. Wife aku bercadang dalam saat2 kritikal ni menurunkan saka tunjuk ajar kepada adik Luqman Hakim ye. Fuhhh saat kritikal tu...ni kira tahap gaban sbb cikgu pun x boleh nak cover 8 subjek dari form1-3 at this stage. Tipu la kan...Gaban My wife just cover subjek2 killer macam math & sains ala2 kelas ekspres, yg lain2 tu "xdapek akak nak nolong ko dik", kata wife aku.

Atas inisiatif tersebut, kitorg mengambil keputusan untuk stay kat umah mertua aku ni sampai la abis peksa PMR utk beri moral support kat Luqman. Bila pikir2 balik mcm wife aku lak yang amik PMR tahun ni. Adik ipar aku wat selamba dek je. Sabar je lah.....

Aku???? Ape aku buat???
Aku buat air untuk wife aku hilangkan haus die (untung dpt suami mcm aku). Aku jadi pemerhati sudah la. Kang ajar lebih2 nanti xboleh nak catch-up plak...Almaklumlah aku kira semua congak je tau2 dpt jawapan. Ape2 pun hopefully agar niat yang baik akan memberi hasil yang baik insyaAllah... Syabas aku ucapkan kat wife aku atas ketabahan & kesabaran anda handle adik Luqman ni. All d best!!!

Luqman strugle sampai darah keluar kat hidung
Kisah 2


Korang tengok gambar kat atas ade banyak buku rujukan kan. Sebahagian buku tu adalah kepunyaan wife aku. Lama gak beb umur buku tu. Bayangkanlah buku tu time kitorg amik PMR 1997 (aku n wife sebaya, so korang dah boleh agak la brapa umur aku skg) masih tersimpan elok dalam almari. Wife aku cakap tujuannya untuk reference untuk adik2 die.

Terkesima aku seketika tapi bukan tu yang aku nak ceritakan. Tengah dok belek2 buku2 rujukan tu ade pulak terselit sehelai kertas ni & membuatkan aku minat nak baca nota kat kertas tu. Aku share dengan korang kat bawah ni.


Aku ingatkan ni kira macam mesej dari member wife aku. Rupa-rupanya mesej ni wife aku tulis untuk diri sendiri kira macam self confidence la agaknye. Gelak sakan aku baca ayat tu sebabnye (1) tulis dalam loghat kelate sbb dulu wife aku sekolah kat Kelantan (2) yang ayat last tu lebih kurang camni "kalo xdapat gak nak jwp soalan tu ko siapkan PELURU ORIGINAL - maksudnya tembak ajelah jawapan yang ade tu" hahahahaha

AB: Selamat menduduki peperiksaan PMR untuk semua candidate 2011. Good luck

2 comments:

Anonymous said...

lawak lawak lawak

n said...

huhuuh! hebat adik ku...takpe2...
blaja rajin2! chaiyok2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...