Wednesday, 12 October 2011

Aku jatuh bawah

Lately, boleh dikatakan hari2 aku bukak website ni sebab nak tau status urusan aku dengan diorang macam view kat bawah ni.


(click image to enlarge)
Ya betul. PDP dengan PGM. Urusan PDP tu untuk confirmkan jawatan aku sekarang dam PGM tu untuk upgrade tangga gaji aku based on experience aku sebelum masuk tempat kerja ni dengan harapan dapat la up skit gaji aku seringgit dua. As usual pagi ni check website and status dah bertukar.

(click image to enlarge)
"PERMOHONAN ANDA TELAH SELESAI DIPROSES". Hati aku dah mekar kembang berbunga-bunga. Masakan tidak, 2 bulan lebih aku apply PGM hari ni tgk status DONE. Ingatkan nak follow up dgn org SPA tp aku biarkan dulu sebab pagi ni ade sesi taklimat CPR daripada Pertahanan Awam sempena Hari Keluarga office aku hujung bulan ni. Sesi taklimat tu interesting & kalo ade masa aku nak tulis kat next entry.

So petang tadi aku pun call SPA dengan perasaan yg excited nak tau berapa kenaikan gaji yang aku boleh dapat. camnilah lebih kurang perbualan aku dgn org SPA tu.

En Spa: SPA, boleh saya bantu?
En AB: Nama saya alanbaik. Saya nak tau status PGM saya.
En Spa: Boleh bagi No IC encik?
En AB: xxxxxx-xx-xxxx
En Spa: Maaf encik. Sistem kami xblh check skrg. Boleh tinggalkan no telefon encik?
En AB: 0123456789

Beberapa minit kemudian....

En AB: Hello
En Spa: Ya En alanbaik. Maafkan saya. Permohonan encik x berjaya. Ada 2 alasan. Pertama, walaupun encik kerja swasta kat 3 tempat tapi kat setiap syarikat tu xgenap tempoh setahun. Kedua, masa kat KKM dulu encik berjawatan sambilan. So, jawatan sambilan x dikira sebagai tahun pengalaman bekerja.
En AB: Diam seketika dan jadi blur sekejap (hati berkata "APAKAH???"). Ok, terima kasih.

Aku xboleh nak cakap ape dah. Aku dah jadi bawah (DOWN). Nak argue tapi macam blur macam kena pukau kot. Yang alasan x genap tempoh setahun tu aku boleh terima sebab aku pun pernah dengar kes tu sebelum ni (just cuba nasib je). Tapi bab post sambilan kat KKM dulu x dikira tahun pengalaman tu aku memang xboleh terima. Kemon la SPA, tolong la consider sikit status post sambilan tu bawah sikit je dari post kontrak. Xkan xkira pengalaman kerja kot. Post sambilan ke kontrak ke permenant ke buat kerja sama je tanggungjawab sama je. Adoi....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...