Monday, 17 October 2011

Murtabak Kg Melayu Majidee

Khamis lepas aku dgn Munir ke JB atas urusan kerja yang mana korang boleh baca kat sini. Disebabkan sampai awal, so kitorang pun ingat nak lepak kejap kat masjid sementara tunggu masuk waktu Zohor. Cari punya cari last2 kitorang jumpa Masjid Kg Melayu Majidee.


Lepas solat Zohor, kitorang decide nak carik kedai makan. Mula2 pikir malas nak naik keta. Pastu nampak kedai ni depan pintu masjid.
Murtabak Kg Melayu Azo 96
Masa aku check-in Masjid Kg Melayu Majidee guna Facebook, ramai gak orang check-in kat kedai ni. Kedai ni memang core business die jual murtabak kot. Sampai depan kedai macam x confident dah bukak ke kedai ni pasal baru pukul 1 lebih. Customer pun xde. Tapi mamat kat bawah ni tengah rancak buat murtabak. Aku tapau je murtabak daging sebab nak makan lepas makan nasi. Apekah??? Gile ape lepas makan nasi makan murtabak lagi. Ade mak kesah....

Korang tengok ajelah saiz murtabak die besar gedabak. Kalau xsilap, murtabak jenis ni memang popular kat Johor. Ade yang panggil murtabak singapore. Agaknye orang Singapore memang kuat makan kot; contoh mcm rojak singapore tu. Penah gak dulu beli murtabak saiz camni masa tu kat Ayer Hitam dekat dengan petrol station. Sebab dah lama x mkn murtabak Singapore saje la nak try compare dgn murtabak kat Ayer Hitam tu.
Dah x nampak tanagn. Laju betul mamat ni buat murtabak gamaknye
Mmm...not bad. Aku tak dapat nak beza murtabak ni dgn yang kat Ayer Hitam tu lebih kurang je rasanya hehehe (bab makan aku memang tak memilih sebab tulah aku x boleh komen lebih2). Untuk info, murtabak ni memang banyak perbezaan dgn murabak yang biasa kita tengok kat pasar malam tu. Kalau murtabak biasa filling tu digaul sekali dengan telur dalam kole baru dituang atas roti canai, yang jenis ni pulak bahan2 letak satu persatu atas roti canai tu, pastu die  bawang banyak. Bentuk pulak yang murtabak biasa tu empat segi sama - tebal, yang murtabak ni empat segi tepat - nipis.

Saiz besar harga pun besar
AB: Gambar time makan murtabak ni x sempat nak amik gara-gara kitorang kelaparan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...