Friday, 20 April 2012

Inikah Batu Itu?

Ayat tanya menjadi tajuk entri kali ni. mmm dah lama rasanya tak update blog ni. Sejak discharge dari hospital dan dapat mc duduk di rumah pun malas nak bukak laptop. Minggu ni baru start kerja, so bila dah seminggu tak masuk office tu faham-faham ajelah apa yang bakal menunggu tak lain tak bukan workload yang melambak dan pending. Alhamdulillah hari ni aku dah ngadap bos review drawing aku. Minor comment jer so next Monday boleh hantar drawing for tender. Legalah sikit tapi yang tak bestnya aku miss due date nak hantar drawing tu dek kerana tak kerja seminggu.

Ok cukuplah cerita pasal kerja, berbalik kepada persoalan di atas. Inikah batu itu? Batu ape? Batu Caves? Batu bata? Batu belah batu bertangkup? Hehehe...


Tu dia...eksklusif untuk korang. Inilah rupa batu yang keluar dari proses perkumuhan aku sehari selepas aku menjalani rawatan batu karang di KPJ Tawakal Specialist Hospital aritu. Batu ni la kot menjadi punca kesakitan yang aku tak pernah rasa sebelum ni sampai berguling-guling atas katil. Hanya tuhan saja yang tahu.

Memang lepas tu aku kena banyak minum air. Dan setiap kali aku kencing, aku akan dok perhati air kencing tu kalau-kalau terjumpa batu. Nampak aktiviti ni macam kotor tapi kalau tak buat aku sendiri tak tau betul ke batu tu dah keluar ke belum. Atau kalau takde batu yang keluar, aku assume yang batu tu dah hancur menjadi halus dan tak dapat dilihat dengan mata kasar. Betul ke teori ni? Apa-apapun next week aku ada appointment dengan doktor tengoklah macam mana nanti. Kalaulah batu tu dok ada lagi dalam badan aku, batu tu akan disedut melalui 'anu' aku ke? Huhuhu...

Ni ada beberapa info @ petua @ pantang larang yang aku dengar dari doktor dan orang-orang sekeliling aku.

Doktor cakap kurangkan (kalau boleh elakkan) :-
1. makanan yang mengandungi bahan pengawet asid borik contohnya mee kuning.
2. kalsium contohnya susu, supplement yang mengandungi kalsium yang tinggi.
3. sea food.
4. daging. Daging ape aku tak tanya pulak. Ayam ok kot.

Petua-petua lain:-
1. lobak putih. Kalau yang nak kick blend lobak putih tu dan minum airnya.
2. makan tembikai banyak-banyak.
3. minum air barli.

Macam mana keadaan aku sekarang? Ya, rasa sakit tu dah takde. "Trafik berjalan lancar". Banyak minum air masak (selalu kena paksa dengan wife). Pantang makan??? Kadang-kadang je. Wife aku akan bising kalau aku tak pantang makan. Hehehe jangan marah ye sayang.

Terima kasih buat family dan kawan-kawan yang mendoakan aku cepat sembuh. Semoga korang juga dirahmati olehNya. Sekian.

4 comments:

Sang Pencinta said...

Lega sikit hati ni bila sakit tu dah hilang

Sharidawati Shahrudin said...

sabar ok, at least ada teknologi atau ubat utk rawatan. btw cuba ikut pantang tu

asma said...

salam..ada kesan tak lepas buat laser shockwave ni..saya kena buat 2hb ni seramnya

alanbaik said...

@asma, takde kesan ape2. kena minum byk air untuk bantu keluarkan batu tu. so dah buat rawatan kan? macam mana resultnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...