Thursday 18 October 2012

Cukai Taksiran DBKL: Bayar Sebelum Terlambat

Cukai taksiran @ Cukai pintu DBKL perlu dilunaskan 2 kali setahun iaitu pada penggal pertama dan penggal kedua. Bagi penggal pertama bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari manakala untuk penggal kedua pula bayaran hendaklah dibayar sebelum 31 Ogos. 

Haa aku kena amik berat pasal hal ni sebab mulai tahun ni dah kena bayar cukai taksiran sendiri. Sebelum ni langsung tak pernah amik port sebab dok umah makbapak.

Kalau tak bayar sebelum tarikh tu ape jadik?

Yang ni lagi satu perkara penting yang perlu amik port. Kalau lewat bayar kita boleh dikenakan caj atau denda dengan kata lain kita telah berjaya menambahkan kekayaan DBKL dengan hasil kutipan denda ni dan aku antara salah sorang yang berjaya mengkayakan DBKL ni. 

Masa penggal pertama awal tahun aritu bayar on-time sebab laywer masa nak sign MOT ada remindkan. Ni masa penggal kedua, surat sampai kat rumah tapimalas nak bukak sebab surat tu tulis nama owner lama. Itulah puncanya.


So hari demi hari berlalu sampailah satu hari ni terdetik nak bukak sampul tu sebab sampul tu ada cop DBKL. Sekali bukak tengok dah over due lebih dari 31 Ogos. Menggelupur esok harinya terus gi DBKL kat Jalan Raja Laut. Tak pasal-pasal kena denda RM2.00. Walaupun hanya RM2.00 kalau dah 100 orang dah RM200.00. Itu kalau 100 orang tapi kalau beribu-ribu orang wow!!!


Tengok kat bulatan merah yang paling bawah tu, siap tulis tanpa prasangka. Memang tanpa prasangka dengan konfidennya orang DBKL ni bagi denda kat aku. Sudah terang lagi bersuluh salah aku kan. 

Lesson learnt:
1) Asal nampak je sampul surat DBKL terus bukak jangan tunggu-tunggu lagi...

2) Bayar cukai taksiran sebelum terlambat

4 comments:

zly said...

En alan.. sy nk mintak bantuan bley.. bley saya dpt sample geran HSD atau HSM untuk rujukan.. dan contoh2 bil taksiran.. bley.. email bley x.. mrazali.iium@gmail.com thanks

alanbaik said...

@zly, untuk ape tu eh?

zly said...

Untuk tujuan akademik... tp xp en alan.. sy dah dpat dari pejbt tanah keyel.. saya confuse pengiraan duti ad valorem jika nilai hartanah (balasan) & pasaran RM1.400.000-00

Anonymous said...

Saya pun baru tergerak hati nk buka surat ats nama owner lama.
Tertunggak rm198. Siap dpt notis suruh byr.
Mcm awk,terus byr kt dbkl ke? Atau tukar nama dulu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...