Wednesday 24 October 2012

Urusan Pindahmilik Cukai Taksiran DBKL

Rentetan daripada peristiwa Lewat Bayar Cukai Taksiran DBKL yang lalu, aku mengambil inisiatif untuk  melakukan proses pindahmilik harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau dengan kata lain tukar nama hakmilik ke atas bil cukai taksiran yang akan diterima pada penggal yang akan datang. Ini bertujuan memudahkan aku mengenalpasti bil-bil yang perlu dibayar ke atas nama aku sendiri sebagai pemilik harta tersebut. Wahhh! Karangan sangat ayat aku kali ni.
1. Apakah cukai taksiran?
Cukai yang dikenakan oleh DBKL ke atas harta milik persendirian seperti rumah kediaman, harta perniagaan, perusahaan dan tanah kosong yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
2. Mengapa cukai taksiran perlu dibayar?
Bagi kesejahteraan warga KOTA, hasilnya digunakan untuk:
i. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi dan lain-lain.
ii. Pembersihan kawasan perumahan, perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
iii. Pembinaan dan penyelenggaraan insfrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
iv Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
v. Pembangunan KL


Disini aku ingin kongsikan pengalaman ketika proses permohonan pindahmilik ke atas cukai taksiran DBKL. Pertama, dapatkan borang I & J dan isi borang tersebut. Dengar sahaja borang I & J macam 2 borang tetapi sebenarnya 1 borang je. Borang boleh didapati di kaunter bayaran DBKL atau download di http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=112&Itemid=860&lang=ms

Contoh Borang I & J aku
Isi segala mak nenek maklumat yang perlu dalam borang tersebut. Sila isi dengan berhati-hati agar permohonan anda berjaya. Dah macam nak isi borang OMR nak apply masuk U la pulak. Teringat dulu-dulu isi borang UPU sampai nak cramp tangan dibuatnya. Bebudak sekarang tak merasa semua isi online kan? Teknologi sangatttt!!! Opss aku sudah melalut. Sekian....


Ok sambung balik topik. Dah lengkap isi borang semua tu, sila sertakan bersama 1 salinan kad pengenalan dan S&P atau geran kalau ada. Lepas tu korang boleh bersenang lenang berlenggang kangkung menghantar borang tersebut LALALALALA tapi masalahnya.......

Di mana nak hantar borang tersebut?

Borang tersebut perlu dihantar ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, DBKL yang terletak di bangunan TH Perdana. Sebagai pedoman dan memudahkan korang, carik je Tabung Haji yang bersebelahan dengan Maju Junction Mall, masuk ikut pintu utama nak ke Tabung Haji tu dan gi dapatkan pass kat Pak Guard depan kaunter.


Naik lif dan pergi ke tingkat 4. Sampai je kat tingkat 4 tu masuk pintu yang ada kaunter macam gambar kat bawah ni.


Dah sampai? Tak reti-reti nak serahkan dokumen kat orang jaga kaunter tu. Jangan lupa senyum :)
Semoga berjaya!!!

2 comments:

Anonymous said...

Great thx!

Anonymous said...

thank you for the info. dbkl should have implemented an online application..its 2014 dah...wasting time, petrol, parking charge, energy etc je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...