Monday, 9 April 2012

Rawatan Batu Karang Di KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Di saat Aaron Aziz sedang menempa nama memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2011 di ABP 2011 aku pula sedang mengharungi kesakitan yang amat sangat di bahagian kanan perut. Tak pernah aku rasa sakit yang semacam ini. Disangkakan masuk angin, habis segala jenis minyak dilumur tapi tak jalan jugak. Akhirnya aku decide pergi ke KPJ Tawakkal Specialist Hospital. Direhatkan sekejap kat Emergency, amik sampel urin dan diinject ubat tahan sakit kat montot sebelum masuk wad.


Pagi tadi buat x-ray dan CT scan. Dalam pukul 1 petang doktor datang bawak result x-ray. Ternyata sakit yang dialami berpunca daripada batu karang yang tersumbat kat pundi kencing dan baru nak jadi kat buah pinggang. Patutlah nak kencing pun susah. Sakit pulak tu.


Di sini aku dirawat oleh Datuk Dr. Hussein, pakar urology. Dalam pukul 2.30 baru GL insurance aku approve. Tanpa berlengah lagi, time tu jugak aku menjalani procedure ESWL atau cakap kampungnya pecah batu. Proses rawatan mengambil masa dalam 1 jam setengah. Sebelum rawatan bermula, aku disuntik ubat tahan sakit dan ubat tahan muntah. Disamping itu, aku disuruh minum seberapa banyak air yang boleh bagi memastikan pundi kencing penuh dan dapat membantu proses pemecahan batu. 


Keadaan selepas pecah batu. Rasa sedikit pening kesan daripada ubat tahan sakit dan meniarap terlalu lama. Aku disuruh kencing dalam penapis dan lihat kalau-kalau ada serpihan batu yang keluar namun tiada. Doktor bagitau cepat atau lambat bergantung kepada pesakit itu sendiri. Doktor nasihatkan minum air banyak-banyak supaya dapat membantu batu tersebut keluar. 

Seumur hidup aku, kiranya ini pertama kali aku dimasukkan ke wad. Yang bestnya bab makan toksah cakap lah, sentiasa berselera je aku hehehe...

Breakfast
Lunch
Dinner
Rasa sakit pun dah beransur pulih. Cuma yang aku tak tahan bila kena minum air banyak, naik kembung perut nak termuntah air pun ada rasanya ni. Esok lusa aku discharge kot. Lepas ni kena kawal pemakanan iaitu kurangkan sumber kalsium, uric acid dan seafood.

11 comments:

alanbaik said...

armouris, thanks for d info. tapi susah nak bukak page link tu. mmg kena guna cached copy ke

Unknown said...

beb tak mau try rawatan kampung? cuba tanya makcik pakcik kot2 depa tahu...

Unknown said...

Now sedang sakit. Masuk ni dah 4 kali kena so simtom sama je. Sakit bhg pinggang menular ke perut dan mcm nak buang air besar. Start
Sakit jam 12 mlm tadi. Try hold . Kejap lagi jam 8 am nak pi klinik.

alanbaik said...

@Ir Ismail Hashim,
Penyakit ni memang senang menyerang kaum lelaki. Kena berjaga-jaga. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Semoga tuan cepat2 refer doktor dan semoga tuan cepat sembuh.

Anonymous said...

bole x nk tau range harga buat rawatan batu karang ni kat sini?

alanbaik said...

Kos specific rawatan tak ingat. Tapi campur bil hospital + ubat dalam rm6000 rasanya. Tapi saya insurance covered.

Anonymous said...

Salam seronok bace pengalaman sedare....skang mcm mane? Sudah sembuh spenenuhnye?

ekin said...

Salam nak tnya, brape hari dapat mc hospital selepas rawatan ESWL tu...

Anonymous said...

Boleh cuba ambil URINEX. Manfaat yang anda perolehi :
1. Membantu memecahkan & mengeluarkan batu karang dari saluran kencing.
2. Mengurangkan kekejangan & radang saluran kencing yang dikaitkan dengan batu karang.
3. Melawaskan pembuangan air kencing & meredakan gangguan buah pinggang yang disebabkan oleh batu karang.

HALAL & BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Berminat untuk membuat pembelian, boleh PM/SMS/WhatsApps saya di 016-6521445 (Mas).

Fb Pages : https://www.facebook.com/pages/Cinderellacute-Baraka-Habbatus-Sauda-Kapsul/126502494148896

xan said...

sekiranya ingin mencuba secara tradisional,, sila layari blog saya.. saya ada ubat yg boleh memecah batu karang , insya Allah.

http://gallstonebreaker.blogspot.com

Anonymous said...

berapa charge nya pulok cik..ada insurance ok lah..kalau byr sendiri.huhu..pecah lah batu karang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...