Wednesday, 4 April 2012

Tabahnya Kumpul Setem Guardian Untuk Beg Diadora

Entri ni aku nak cerita pasal wife aku. Tabah dan cekal orangnya. Sebab apa? 


Cekal dan tabah mengharungi ujian hidup tu satu kemestian. Yang ni pun kategori cekal dan tabah gak. For information, Guardian ada campaign collect stamp dan redeem beg Diadora bermula 9 Nov 2011 dan baru je berakhir pada 28 Mac 2012 yang lalu. Makanya, berbulan-bulan wife aku mengumpul setem untuk redeem beg Diadora kat Guardian. Bermacam-macam barangan dan keperluan yang digunakan beli kat Guardian tu. Barang keperluan tau, ia bukan pembaziran semata-mata nak dapat stamp. 

Mana satu nak pilih ni
Nak dijadikan cerita, dalam minggu terakhir nak redeem tu, setem terkumpul setakat itu ada dalam 24 keping. Alamak! dah tak sempat nak collect stamp ni. Aku menggunakan interpersonal skills aku (sebagai tanda sokongan kepada isteri lah katakan). Aku tanya officemate aku kalau-kalau diorang ada stamp Guardian ni tapi tak nak guna. Ternyata berhasil!!! Thanks to Alin, Ruby dan Kak Lisa. Terbukti bahawa orang pompuan suka shopping hehehe.....

Dapat jugak akhirnya
Redeem masa hari terakhir kat Mid Valley. Hajat di hati nak redeem cabin bag. Almaklumlah orang selalu outstation ni.... Mula-mula pergi Guardian kat LG floor sekali salesgirl tu cakap dah habis stok. Pastu kitorang try pergi Guardian kat 1st floor. For information, kat Mid Valley ada 2 outlet Guardian ok. Wife aku bernasib baik. Memang tinggal 1 je cabin bag kat situ. So cakap banyak pun tarak guna, sambar sebelum orang lain sambar. Dalam hati aku, boleh tahan jugak sambutan redeem beg Diadora ni.

Isteriku, usaha tangga kejayaan!!! Kalau takde jugak kat Mid Valley moh kita terjah semua Guardian kat KL ni :)

3 comments:

alifah@along said...

mak iiiii..memang tabah..memang tabah

Unknown said...

Btol2 tabah kan? Haha

adam said...

Beli online pun boleh dapat setem. Boleh redeem beg Garfield tanpa perlu ke outlet guardian. Jimat masa dan kos. Penghantaran by courier with promosi free postage sekarang ni. Tunggu je order dan bag Garfield di rumah. Lagi mudah dan senang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...