Thursday, 21 June 2012

Clarks Warehouse Sale 2012 @ Corus Hotel

Sejak kebelakangan ni ramai visitor yang singgah ke blog ni dengan keyword "clarks jualan gudang hotel corus ampang", "clarks warehouse sale corus hotel", "clarks warehouse sale 2012" dan "cerita warehouse kasut clarks". Kenapa eh? Aku sebenarnya dah tau tapi saje buat-buat tak tau hehe...


Aku 'hide'kan hits number tu...malulah sikit sangat. Keywords tu berjaya menembusi entry ini.

Untuk makluman sape-sape yang belum tau meh sini aku nak bocor rahsia. Bermula esok, 22/6 sehingga 24/6/12 akan diadakan acara tahunan yang aku ternanti-nanti selama ini iaitu CLARKS WAREHOUSE SALE 2012. *tepuk tangan masing-masing*

sumber: shoppingnsales
Kali ni, warehouse akan diadakan di Corus Hotel, Jalan Ampang, KL berdekatan dengan KLCC. Confirm ramai orang serbu nanti. Pengalaman aku sebelum ni, datang awal beratur kalau nak banyak pilihan dan saiz. Nampak gayanya venue Clarks Warehouse Sale ni tak menentu. Sekejap kat Corus Hotel sekejap kat Jaya One PJ. Aku tak kesah kat mane sekalipun venuenya sebab memang berbaloi beli kasut Clarks  time warehouse sale sebab kalau kat butik memang tak dapat harga murah ni. Kualiti tetap sama ok. Cuma old season ajelah. Raya tahun ni pakat ramai-ramai pakai Clarks lah ye :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...