Thursday, 28 June 2012

Helmet Aku Pun Kau Nak Kebas?

Ok fine...aku taulah aku tak layak nak jadi mat despatch, tapi janganlah sampai helmet aku pun kau nak kebas! Memang sengal tol orang yang curik helmet aku. Nasib kau kurang baik dapat helmet aku tu. Helmet buruk macam tu ada harga ke?
"Wahai si pencuri helmet, memang kesian aku tengok kau sebab takde benda lain ko nak sebat, helmet aku pun jadik. Dah la buruk, bau yang kat dalam tu  teramatlah harum dengan peluh-peluh jantan aku ni. Memang malang betul kau dapat helmet bau puaka tu."
Helmet SGV dalam kenangan

Ni lah punca aku bengang gile semalam. Lepas kerja, singgah la kat AEON Taman Maluri. Diorang buat Member Day. Sakan la kan sebab shopping masa AEON Member Day dapat kumpul voucher. Dah puas shopping, habiskan limit kad kredit =( teruslah pergi parking motor. Sampai je, alangkah terkejutnya jacket aku je tinggal, helmet tak tau ke mana. Lepas ni kena berjaga-jaga kalau nak simpan helmet bawah seat motor.



Aku park betul-betul depan signboard ni. Haram nak baca. Dah terkena baru terhegeh-hegeh nak baca. Silap aku jugak tak check betul-betul. Tapi aku rasa kat AEON Maluri ni tak nampak pulak tempat simpan barang.

Sebenarnya memang dah lama wife suruh beli helmet baru sebab helmet ni baunya harum semerbak menusuk qalbu gitu. Boleh pengsan woo....Dah sembur febreze pun tak hilang bau. Takkan nak masuk dalam washing machine kot. Tunggu kejadian macam ni la baru timbul rasa keinsafan nak beli helmet baru. Buat masa sekarang pakai helmet wife dulu sebab lately dia drive pergi kerja.

Haaa..nak tau apa kesudahan cerita camne aku boleh balik. Takkan nak balik tak pakai helmet kan. Sudahnya aku call wife mintak datang sini bawak helmet. Barang yang banyak-banyak aku beli tu sumbat dalam kereta. 

2 masalah 1 penyelesaian. Ehh macam iklan Maya Karin la pulok :)

1 comment:

Lovely Ribbon said...

Sekali dgn jari2 mcm maya karin. Heheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...