Bior betik....nak check in hotel pun kena beratur panjang macam ni.
Kenapa ramai orang beratur ni? Mak aii panjang betul queue. Dah sampai kat ramp basement parking diorang beratur.
Corus Hotel buat promosi bilik murah ke? Nak lawan rate Tune Hotel kot. Yang ni pulak dah nak masuk lobby hotel. Barulah terasa sejuk sikit kan. Agak-agak diorang start beratur dari pukul berapa la eh.
Lor...patutlah Corus Hotel kena serbu gara-gara benda ni rupanya....
< Clarks Warehouse Sale 2012 @ Corus Hotel >
Seperti yang aku dah bagitau dalam entri sebelum ni yang ini dan yang ini, kalau ada event jual kasut Clarks murah ni memang ramai orang akan berpusu-pusu datang. Lepas tu oraganiser warehouse sale ni akan suruh korang beratur tak kiralah panjang walau sampai ke KLCC sekali pun. Lepas tu diorang akan control bilangan manusia dalam event hall tu. Bila dah surut orang, baru diorang bagi orang lain masuk sikit-sikit. Macam tu lah kaedahnya. Sebab tu queue akan jadi panjang gila. Supaya senang kontrol orang dalam event hall tu. Yang datang beli bukan satu dua pasang, berkotak-kotak tu. Kesimpulannya SILA DATANG AWAL, BERATUR MENGIKUT BARISAN DAN BAWAK-BAWAKLAH BERSABAR YE.
Pagi ni aku temankan wife ada appointment doktor. Dah selesai semua urusan, hajat dihati memang nak singgah kat Corus Hotel. Tapi setibanya aku kat situ, mak aii ingatkan hari kerja ni orang tak ramai, jangkaan meleset. Ni mesti kes ramai ngular ni hehe... Time sampai situ dalam pukul 10.30 am. Orang dah beratur sampai nak masuk ramp basement parking, kalau aku join diorang beratur alamatnya tak pergi sembahyang jumaat la hari ni huhuhu...
Takpe, esok lusa ada lagi, tengoklah mood ni camne nak pergi ke tak, kalau takpun, hujung tahun ada lagi kot. Biasanya event ni diadakan 2 kali setahun. See ya!
Hasil tangkapan tahun 2011
No comments:
Post a Comment